Terbang bak burung-burung camar pulang petang

February 23, 2012 iPai 7 Comments

Salam

Ehem ...




7 comments:

Masa - Penyembuh luka

February 20, 2012 iPai 8 Comments

Salam

Dalam perjalanan hidup seharian, kita tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Kadang kala, kesilapan itu boleh menyakiti perasaan orang lain. Ia mungkin menimbulkan rasa kurang senang kepada diri kita, apabila yang disakiti itu adalah teman rapat yang dekat di hati kita.

Alololo, napa adik nanges ni

Bak kata pepatah orang dahulu, terlajur kata tidak boleh diundur, the damage have been done. Pada ketika itu kita rasa menyesal tidak berkesudahan. Malu kepada diri sendiri dengan kesilapan yang telah dilakukan.

Melalui pemikiran yang waras dan rasional, diri ini digagahkan jua untuk memohon kemaafan atas kesilapan itu. Dan mungkin aku terlalu memaksa agar dia akan memaafkan aku dengan segera. Agar aku sendiri pun merasa tenang dengan penerimaan maaf itu.

Namun ia tidak semudah itu. "Berikan dia masa. Kita sudah menyesali kesilapan kita, dan kita sudah meminta maaf. Dan sekarang terserah kepada dia untuk memaafkan. Akan tiba suatu masa, apabila dia bersedia, atau dalam keadaan dia tidak sedar, dia akan memaafkan secara rela hatinya"

Masa - Penyembuh luka

8 comments:

Kononnya aku nak buat post panjang

February 16, 2012 iPai 9 Comments

Salam

Malam ni agak menghairankan bagi aku kerana baru pagi tadi aku post sesuatu, tetapi bila malam menjelma terasa pula nak menaip dan post kan sesuatu di blog. Hairan. Sungguh hairan. Mungkin aku perlu buat utarakan yang terbuku di hati ini. Jam di laptop menunjukkan pukul 2.51 AM waktu Malaysia, jam di Jubail 9.51 PM. Waktu sudah lewat di Malaysia, tapi masih ada tweet yang bergerak dan mengreply tweet aku. Korang tak mahu tido lagi ke ?

Kenapa dengan malam ni ye? Entahlah, mungkin aku kena luahkan benda yang bermain di fikiran. Selalu bercerita kat buah hati, tapi buah hati dah terbang ke Bali bercuti bersama kawan-kawan sekerja. Moga selamat pergi dan selamat pulang ye. Kasi saya curang cerita kat blog ye malam ni.


Petang tadi, aku berblogwalking. Sudah lama aku tidak berblogwalking ke blog rakan-rakan. Dapat juga baca cerita update terbaru. Dan ada juga yang tidak aktif. Terkenang juga aku pada pertengahan tahun lepas. Kerana pada waktu itulah aku kenal mereka dengan pelbagai cerita mereka. Tatkala itu, aku terasa sangat rapat dengan mereka semua. Walaupun tidak pernah bersua muka, tapi aku rasa sudah berkawan lama dengan mereka. Kini, blog masing-masing dah berubah. Moga korang sehat-sehat belaka ye.

Sambil berblogwalking aku tertarik dengan blog-blog yang dapat menambat hati aku dengan gaya penulisan yang menarik. Dalam pada masa, aku jeles dengan penyusunan isi yang bagus. Aku bertanya pada diri sendiri, kenapa aku tak boleh menaip dan menulis sebaik itu. Kenapa aku tidak boleh mengaplikasikan benda yang sama kepada percakapan aku. Dengan itu, aku dapat memberi impressi yang lebih baik.



Aku bersyukur mempunyai otak yang dapat berfungsi dengan kapasiti yang besar. Dalam aku sedang bekerja, aku boleh berangan dengan barangan material yang aku hendak beli dan pada masa yang sama aku dapat menyusun kewangan semasa aku. Ya, mungki ada kalanya ia seperti orang gila kerana berfikir terlalu banyak dalam satu masa. Nak buat macam mana, kapasiti otak aku besar. Tapi malangnya, aku sukar untuk menyusun kapasiti itu dengan baik,dan ia menjadi tidak teratur dan beterabur.

Pada Sabtu dan Ahad ni aku akan menghadapi satu titik bersejarah dalam hidup aku, iaitu aku akan membuat satu persembahan power point bagi membentangkan kerja oleh team yang diketuai aku sendiri (selepas sebulan bekerja dan diberi kepercayaan untuk menjadi supervisor). Aku betul-betul memerlukan fungsi otakku yang dapat menyusun data dengan baik. Ini perlu supaya aku dapat memberi kefahaman kepada client dan client pula akan berpuas hati dengan kerja kami. Dan yang lebih menarik, client yang hadir itu adalah satu-satunya pakar dalam bidang tersebut di tanah arab ni (pergh, gila hyperbolik. Tapi betul tau, dia pernah dihantar ke US untuk menghadiri kursus mengenai benda ni, dan aku plak hanya guna benda yang aku tahu selama belajar Chemical Engineering 4 tahun di USM)



Kini aku memerlukan persekitaran baru kerana aku mula berasa rimas dengan apa yang ada sekarang. Mungkin kalau bukan persekitaran baru, aku mahukan rehat sementara untuk memperbaharui semangat aku yang hilang sedikit demi sedikit. Kerja di sini masih banyak. Kerja yang aku supervise hampir tamat, cuma menunggu feedback daripada client pada presentation pada hari Ahad ni, dan kerja daripada projek pertama aku masih banyak. Aku jadi muak, aku jadi jelak.

Bila kerja banyak, masa terluang aku pun makin kurang. Aku tak boleh berehat, dan masa aku dicuri untuk dibuat overtime. Untuk kerjaya aku disini, ada certification yang digalakkan oleh company dan certification itu diiktiraf satu dunia. Ia adalah certification API 570 Piping Inspector Ceritification Program, yang berharga 3.5k riyal ~ RM3000. Dengan certification ini dan pengalaman selama 5 tahun, kita boleh menjadi freelance, di mana kerja kita akan hanya pada tempoh tertentu (sebulan kerja, kemudian cuti dan akan kerja semula bila ada permintaan)  dengan gaji 5 angka sebulan.


Aku bercadang 2jam selepas masak dan makan, aku akan gunakan 2 jam untuk membuat persediaan untuk certification itu. Tetapi kalau 2 jam itu diambil untuk kerja overtime, bilakah aku nak study. Untuk certification API 570, ada 5-7 buku yang tebalnya beratus-ratus page. Argh, bila aku nak study??!!!!



Next item, aku dapat jemputan kawin seorang kawan perempuan daripada matrix. Tak sangka dah nak kawin dah dia, dan macam biasa perlu meminta maaf kerana tidak dapat hadir majlis perkahwinan dia. Dan ada juga kawan yang bakal menimang anak. Terasa diri dah jadi dewasa (tapi pemikiran aku masih kebudak-budakkan). Aku pula, masih jauh perjalanan aku untuk itu. Aku mahukan kehidupan stabil baru aku mengahwini buah hati aku. Moga jodoh kami akan tiba nanti.

Argh, aku sudah menaip hampir 30% daripada kapasiti pemikiran aku. Walaupun masih banyak yang bermain di fikiran, tetapi aku sudah penat menaip. Mungkin pembaca pun dah lost track dengan isi-isi di atas. Dan korang boleh baca isi-isi yang berterabur dan tidak berususn seperti di atas. Biarkan sahaja isi-isi di atas tuh dan terima kasih yang sudi membaca. Masalah serius.

10.40 PM waktu Jubail, Saudi Arabia. Mari tidur

9 comments:

Nak pergi Iraq tak ?

February 15, 2012 iPai 3 Comments

Salam

Haa, saja je nak update kat sini. Semalam aku ditanya oleh orang atasan, tentang kesudian aku dan rakan-rakan lain untuk pergi ke Iraq kerana tender plant di sana. Aku jadi terkedu dan tak terkata.

Ok, mereka tanya hanya nak lihat respon kami dan tender masih dibincangkan. Cumanya aku masih teringat pada masa aku melangkah ke arah pekerjaan. Inilah perasaan yang sama aku rasakan semasa membuat keputusan dulu. 

Pada mulanya memang kita akan rasa eksited dan mula berangan nak pergi ke sana ke sini, berangan nak kerja sana-sini. Tapi bila peluang tuh betul-betul berada di depan mata, kita akan rasa teragak nak membuat keputusan. 

Apa-apa pun aku tidak berharap, kerana ia masih di peringkat perbincangan. Jika betul ada rezekinya, InsyaALLAH, sampai juga kita ke sana.

Rezeki itu ada di mana-mana, dan ia telah ditentukan untuk kita. Ia hanya menunggu masa untuk kita mengutipnya.

Ganjaran yang aku kecapi kini adalah atas nikmat doa dan kebajikan yang dilakukan pernah kupanjatkan. Moga nikmat ini membuatkanku menjadi insan yang sentiasa besyukur.

P/S:
-Sebenarnya aku rasa cam takut je nak pergi. Macam mana keadaan di sana sebenarnya ye ?
-Patut minggu depan ada trip pergi Umrah. Tapi kouta dah penuh. Belum sampai rezeki lagi ni. Kena tingkatkan azam dan banyak doa, InsyaALLAH, jemputan itu akan sampai kat kita. Er tak pun, dosa berlambak lg, tak minta keampunan. Tak layaknya nak sampai sana.

3 comments:

Catatan perjalanan Ke Madinah Kota Bercahaya Bah. 2 - Raudhah tempat mustajab doa

February 09, 2012 iPai 8 Comments

Salam

Untuk bahagian 2 ni, aku buat pendek sikit ye. Ada kerja lain yang perlu dilakukan. Maaf kalau ada yang tak puas membacanya.

Apabila menghampiri kawasan Masjid Nabawi, kita boleh lihat bangunan yang tinggi-tinggi;

 Bangunan yang tinggi ini mengelilingi kawasan masjid Nabawi.
Kebanyakkan bangunan tinggi ini adalah hotel.


Apabila sudah check-in hotel, dan mempersiapkan diri, bolehlah turun dan pergi ke arah masjid untuk beribadat. Bagi aku, adalah lebih mudah kita pergi awal sejam untuk mendapat tempat di bahagian hadapan masjid, atau pun bersedia di kawasan berdekatan dengan Raudhah.

 Curik-curik amik gambar lepas solat Zohor.

Raudhah adalah sebahagian Taman Syurga dan ia terletak dalam Masjid Nabawi. Pada asalnya ia adalah tapak asal rumah Nabi Muhammad SAW dan luasnya hingga ke mimbar masjid tersebut. Dan ia adalah merupakan tempat mustajab doa. Kawasan ini dapat dikenali dengan perbezaan warna karpet, iaitu karpet bercorak warna hijau, dan kawasan lain adalah dengan karpet berwarna merah.

Jadinya, kena laa pasang strategi yang baik untuk dapatkan masa dan tempat ini seketika untuk berdoa, kerana tersangatlah ramai orang yang berada di kawasan Raudhah ini.

Strategi yang aku baca daripada buku 'Pembimbing ke Tanah Suci' dan juga ditambah dengan pengalaman sendiri aku menyarankan;

1. Datang awal (satu jam) ke masjid dan duduk berhampiran dengan kawasan Raudhah. Kalau ada kesempatan boleh terus sahaja ke kawasan Raudhah jika orang tidak ramai.

2. Apabila selesai waktu solat fardhu dan solat jenazah (setiap waktu solat fardhu selesai, akan ada solat jenazah), bergeraklah ke kawasan Raudhah dan sambil berzikir dan berdoa agar usaha dipermudahkan untuk beribadat dalam kawasan Raudhah.

Boleh nampak tak mimbar kat tengah-tengah gambar tuh ?

3. Jangan menyelit daripada tepi kawasan Raudhah, kerana sukar untuk mendapatkan tempat. Bergerak  daripada arah belakang Raudhah dan bergerak sedikit demi sedikit ke hadapan, sehingga menjumpai tempat yang sesuai.

4. Apabila sudah mendapat tempat, lakukan solat sunat dua rakaat. Dan setelah selesai, berdoalah diampunkan dosa dan dikurniakan syafaat pada Hari Akhirat. Kemudian tambah laa hajat sendiri.

5. Jangan ambil masa terlalu lama, dan setelah selesai, berilah peluang kepada orang lain untuk membuat solat sunat.

6. Setelah selesai, ikut arus orang ramai bergerak ke hadapan ke arah jalan keluar daripada Masjid melalui hadapan makam Nabi Muhammad SAW. 

7. Semasa melalui makam, berilahlah Salam kepada Nabi Muhammad SAW. Dan kemudiannya Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

Kawasan Raudhah ini ada ditutup untuk masa-masa tertentu kerana memberi laluan kepada Jemaah Wanita untuk mendapatkan peluang beribadat dalam Raudhah. Tapi aku tak pasti waktunya.

 Kawasan luar Masjid Nabawi selepas waktu solat

Apabila selesai, boleelah pergi mendapatkan tempat di masjid untuk meneruskan ibadat ataupun keluar sebentar untuk makan, atau memberi sedikit ole-ole.

Suasana selepas solat fardhu, di kawasan berpayung 

 Ni laa payung yang ada dalam masjid
Sayang tak dapat tengok time dia buka tutup

 Mula misi mencari kedai makan

Gambar member di depan Hotel Madinah Hilton



Ruang legar di depan pintu belakang (pintu tengah) Masjid Nabawi


8 comments:

Catatan perjalanan Ke Madinah Kota Bercahaya Bah. 1

February 08, 2012 iPai 7 Comments

Salam

Sori sangat buat yang menunggu. Boleh je nak taip dulu baru nak post pasal benda ni. Tapi boleh lak ngada-ngada nak buat spoiler dulu baru nak post kan. Sebab excited betul.

Pertamanya, aku tak sangka yang aku akan sampai ke Madinah. (Perhatian ye, adab n tingkah laku kena dijaga di Madinah, sama macam Mekah, kerana Nabi Muhammad SAW, memberi amaran keras terhadap yang membuat binasa di kawasan Madinah). 

Lawatan ini adalah anjuran Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ, yang anjurkan Festival Malaysia hari tuh) dan kos untuk menyertai aktiviti adalah 250 riyal sahaja (lebih kurang RM 200).

Perjalanan daripada Jubail ke Madinah mengambil masa selama 14 jam perjalanan (serius lama), tapi mungkin aku tak berasa terlalu lama, sebab tidur hampir keseluruhan perjalanan kerana pada hari sebelumnya terpaksa overtime selama 4 jam, selama seminggu. Tersangatlah penat.

Disebabkan cuti hujung minggu di Saudi Arabia adalah pada hari Khamis dan Jumaaat, maka perjalanan kami bermula pada pukul 6.00 PM (sesudah waktu Maghrib, 5.15 PM) pada hari Rabu. 

Dalam perjalanan ini, hampir penuh satu bas (mungkin dalam 36 orang) dan hampir separuh daripada rombongan adalah se-syarikat dengan aku. Ada daripada yang mereka ni pernah pergi dan juga ada juga kali pertama.

Pada mulanya aku berniat nak join rombongan ini sebab ingin bersiar-siar. Ye la, seronok dapat tengok tempat orang kan. Tapi terima kasih kepada AJK KRMJ yang mengingatkan pada awal perjalanan, untuk pasang niat, beribadat di Masjid Nabawi. Itulah tujuan utama rombongan ini dibuat juga.

<Skip cerita dalam perjalanan k. Kami berhenti kira 3-4 kali untuk berhenti ke tandas dan mengisi minyak bas>

Selepas solat Subuh di perhentian RnR, perjalanan 1jam seterusnya akan sampai ke Madinah. Dan digalakkan (berdasarkan buku panduan 'Pembimbing Ke Tanah Suci' hasil Haji Wan Moh Nor) bila sampai ke Madinah untuk pergi ke Masjid Quba dan solat sunat dua rakaat di situ dalam keadaan berwudhu sebelum masuk ke Madinah. Pahalanya adalah sama seperti pahala melakukan umrah. (tak dapat, sebab terkentut)

Geng satu company di Masjid Quba

Setelah selesai solat, kami diberi kebebasan untuk berlegar di sekitar masjid sambil bersarapan, sambil membeli kurma dan sambil menunggu tour guide kami Ustaz Syafiq (pelajar tahun kedua Univerisiti Madinah)


Kawasan kedai sekitar Masjid Quba

Suasana di sini memang ramai dengan pelbagai bangsa. Berbagai ragam juga. At least tak macam Jubail, bila tengok kami, mereka ingat kami Filipina, tapi di sini, bila tuan kedai nampak kami, semua perkataan Melayu yang dia tahu, dia akan sebut. Contoh, "Belilah", "Sepuluh riyal sahaja", "Macam2 kurma ada". 

Tag kedai yang macam kat Malaysia

Apabila Ustaz Syafiq sampai, kami pun mula bergerak, dan destinasi pertama kami adalah Masjid Qiblatain (Masjid 2 Kiblat)

Aku dan Masjid Qiblatain

Sama maksud dengan nama masjid ini, inilah dia tempat berlakunya turunnya wahyu di mana arah kiblat ditukarkan daripada Masjid Al-Aqsa kepada Masjidil Haram. Di mana, semasa turunnya wahyu tersebut, Nabi Muhammad SAW sedang mengimamkan solat, mendapat wahyu. Dan ketika itu, Nabi Muhammad SAW, berpusing sebanyak 180 darjah, dan bergerak menerusi jemaah sehingga ke barisan terakhir. Dan ketika itu, baris pertama menjadi baris terakhir dan baris terakhir menjadi saf pertama dalam solat tersebut.


Geng budak bilik berlatar belakang Bukit Uhud

Destinasi kedua kami adalah ke Bukit Uhud. Dan disini, kami diperdengarkan kisah perang Uhud oleh Ustaz Syafiq. Di mana dalam perang ini, tentera Islam kalah kerana pemanah ingkar dengan perintah nabi, untuk kekal berada di bukit memanah walau apa pun berlaku.


Bukit memanah


Pemandangan daripada bukit memanah
Kawasan lapang di dalam gambar itu adalah kawasan perkuburan orang Islam yang mati syahid dalam perang Uhud. Di sinilah kuburnya Saidina Hamzah

Dalam pukul 10 lebih, lawatan kami pon tamat, dan kami semua naik ke bas untuk bergerak ke hotel penginapan. Dan berapa untungnya kami, hotel yang ditempah sangat berdekatan dengan Masjid Nabawi. Haa, berapa punya dekat ? Keluar daripada bangunan hotel, dalam 30-40 langkah, dah sampai gate Masjid Nabawi. 


Bersambung nanti boleh tak ? 

7 comments:

Catatan Perjalanan Ke Madinah Kota Bercahaya (Spoiler)

February 05, 2012 iPai 8 Comments

Salam

Spoiler sikit nak post pasal benda ni. Tapi ye masih sibuk dengan kerja. Kena taip sedikit demi sedikit. Nantikan catatan penuh ye nanti.




8 comments: