Nuffnang ads

Jiran Terbaik ♥ S U T E R A K A S I H ♥

Sunday, May 20, 2012

Gaji teksi 5000 riyal

Salam

Lama aku tidak menge'post' di sini. Perkhidmatan internet saban bulan menganggu mood aku menaip update terkini di Saudi Arabia. Sehingga mood aku menegur sapa rakan di Malaysia pun turut terganggu.

Dikesempatan ini, aku ingin berkongsi satu berita daripada Arab, mengenai yang tertera di tajuk post. Sini. Inisiatif daripada kerjaan Saudi membantu golongan muda (rakyat Saudi sahaja) untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka ingin menggantikan 28 000 pekerja asing yang mendominasi di sektor teksi limosin dan digantikan dengan anak muda di sini.

Bukan itu sahaja, kerjaan mereka menyediakan 5000riyal (dalam RM 4200) sebulan diberi kepada mereka yang akan sudi bekerja.

Mungkin anda akan terkejut dengan tawaran yang diberikan. Jikalau ia berlaku di negara kita, sudah ramai yang berebut berkehendakkan kerja dan gaji yang tetap sebegini.

Realitinya, rakyat sini dimanjakan dengan duit sehingga kerjaan perlu merangka sebegitu. 

Ada baik, ada buruknya.

Baik: Kerajaan membuat perancangan yang baik bagi membantu rakyat

Buruk: Terlalu dimanjakan dengan duit. Lama kelamaan, bagi betis nak peha lagi

Ini cuma peringatan untuk diri sendiri dan sekelian yang sedar tentang ini, jangan biarkan duit menguasai kita. Berusaha untuk apa yang kita mahukan, tetapi jangan sampai kita leka dengan keadaan sekeliling kita.

1 ngomelan:

h A n Y s said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

"gaji pak guard sini pun lagi mahal daripada gaji engineer pekerja asing di sini"

woooooow!!! kalau kat m'sia macam ni, alamat adalah jugak karang yg malas nak study gigih masok yunibesiti..;p

close button
ShoutMix chat widget
Twitter Bird Gadget