Kem budak 1st yer kimia

March 19, 2010 iPai 0 Comments

Salam ..

Minggu lepas, tengah busy2 dengan TEJA, aku dijemput untuk menjadi salah satu fasi untuk kem 1st yer kimia .. kem ni dah dibuat tahunan untuk menaikkan semangat dan kesedaran pelajar melayu untuk cemerlang di dalam akademik.. disebabkan busy yg terlampau, aku hanya dapat pergi hari Ahad sahaja iaitu pada hari interaksi bersama senior tertentu dengan junior ..

Kem pada kali ini dibuat di Mukahead, Taman Negara Pulau Pinang iaitu di tapak penyelidikan, Sains Biologi Bahagian Marin .. Disebabkan datang pada hari Ahad, kami yang pergi lewat ni kene la jalan kaki masuk hutan .. yang bersama aku ini adalah Faiq (sama kelas) dan Khozema (4th yer) .. senior lain dah pg sekali dengan budak-budak 1st yer, iaitu Nad (sama kelas), Azreen (2nd yer) dan Kak Ikin (4th yer) ... senior-senior yang pergi ini dipilih atas dasar pointer yang sekitar 3.5 (alhamdulillah setakat ni, kecuali Khozema 3.66)

Hmm, jadi sesi forum kami berjalan seperti biasa dan saya jangka semua budak2 1st yer tersebut mendapat input daripada senior ..

Tamat sesi tu, aku jumpa senior2 wanita untuk dapatkan feedback .. dan di sini bermulanya cerita ... menurut cerita Nad (kami turut serta untuk kem 1st yer tahun lepas) pelajar 1st yer tahun ni sangat 'lain' .. hehhe .. haa, apa yang 'lain' nya ?? yang part tuh rahsia - nak tau cerita kene dengar dari mulut aku sendiri laa ..

Selepas daripada cerita itu, aku dapat merasakan beban orang-orang dewasa yang selalu memikirkan tentang pembentukan generasi baru. Melalui pengalaman yang aku lalui itu, aku dapat lihat, betapa susahnya orang-orang dewasa ini ingin menyedarkan generasi muda tentang apa yang berlaku sekarang ini. dengan keadaan politik yang huru hara, kalau kita semua masih nak bersenang lenang, tunggu sahajalah masa susah yang akan mendatang nanti. (dah stat merepek dah, mesti korang tak paham) .. So, betul laa kot apa kata Tun Mahathir, 'Melayu Mudah Lupa' ... orang duk hentam dia macam2, tapi kalo pk balik ap yang dikatakan oleh dia memang betul sangat laa tuh .. susah2 ... so, cam na, ada cadangan yang nak menyedarkan orang melayu ???

(dah tersasul cerita lain je ni)

Yang nak cerita ye, part 'lain' tuh .. hemm . aku dah experience untuk kem tersebut dengan 3 bacth yang berbeza .. kem sendiri dan 2 kem batch junior ... dan daripada situ, aku dapat lihat, setiap tahun, orang-orang muda ni mempunyai patern yang tersendiri .. maka, tahun depan pelajar baru yang nak masuk pun mungkin akan jadi bertambah lain .. Lain dari segi pemikiran dan juga kelakukan .. dan di situ lah, modul-modul biasa yang orang buat seperti ceramah tidak memberi impak langsung malah menjadi ubat tidur semata-mata. hmm .. sapa2 yang adik kita yg masih bersekolah, guidelah mereka dengan cara belajar yang betul .. mungkin ada di antara adik-adik kita yang mengikut jejak langkah abang/akak yang banyak main tapi boleh masuk Universiti ... sekarang zaman dah semakin banyak persiangan .. anda tak rajin, anda yang akan ketinggalan ..

Bayangkan je la kat paper pun keluar pasal jurang keputusan SPM .. kalau ini berterusan, Malaysia tidak dapat melahirkan generasi yang bagus ..

Akhir sekali, kita yang peringkat dah nak masuk dewasa ni bersedia la .. anda semua ada tangungjawab kepada setiap generasi muda .. Mereka semua adalah pelapis anda .. bersedialah dengan method-method yang baru dan lebih kreatif berbanding cara konvensional (ceramah, spoon feed etc) ... moga-moga, sedikit jasa kita itu dapat memberikan impak yang besar di kemudian hari .. InsyaALLAH

0 comments: