Al-kisah di check point

January 18, 2012 iPai 10 Comments

Salam



Hari ni nak cerita pasal kisah di check point. Check point ini adalah tempat di mana setiap orang dan kenderaan yang hendak masuk ke kawasan perindustrian yang dikategorikan sebagai trade secret akan disemak dengan sepenuhnya. Jadi untuk aku hari-hari pergi kerja kat kawasan Jubail ni, aku akan lalu 3 check point setiap hari. Senang punya cite, korang bayangkan macam mana nak masuk kem tentera, haa macam tuh laa dia cek untuk kasi masuk.


Haa, cam ni laa lebih kurang check point pertama

Check point pertama adalah check point yang kami masuk ke kawasan perindustrian tersebut. Kebiasaannya memang bersesak dengan kereta r. Kalau depan kita bas, haa, memang lama sikit laa tunggu. Sebab yang tukang cek tuh (askar dan polis) akan masuk dalam bas dan cek sorang-sorang ada ID plant ke tak.

Kemudian pergi check point kedua. Selalunya check point ni adalah check point untuk masuk plant tempat kita kerja. Kalau kita kerja kat syarikat A, masuklaa gate check point syarikat A. Haa, yang ni depend naik kereta atau masuk gate jalan kaki. Kalau aku, hari-hari ada orang hantar naik van, jadi aku berjalan kaki laa ke gate. Lepas je check point kedua ni korang hanya akan boleh masuk bangunan pentadbiran dan sewaktu dengannya la.

Kemudian untuk masuk ke dalam kawasan plant yang ada paip dan equipment-equipment tuh, kena laa masuk check point yang terakhir. Selalunya check point terakhir tuh macam ni;

Kat check point ketiga ni akan ada metal detector. So hari-hari lalu memang akan bunyi sebab setiap orang pakai safety shoes yang dalamnya ada besi. UHuh. Selalunya kat sini, korang akan dicheck supaya jangan membawa handphone, kerana signal handphone boleh menyebabkan plant meletup dan juga handphone ada fungi gambar. Kerana gambar adalah dilarang sama sekali. Kedua adalah lighter, bukan nak kata tak leh merokok sebab rokok boleh dibawa masuk. Yang tak boleh hanyalah lighter. Takut meletup plant nanti.


Inilah check point yang aku kena lalu setiap hari dan setiap kali nak masuk dan hendak keluar. Benda yang aku nak cerita adalah pasal kejadian-kejadian yang aku lalui di check point pertama. Kerana ada yang menakutkan dan ada juga yang kelakar. Meh aku listkan;

Bila sampai je dekat guard tuh, aku angkat ID dan memberi salam. Kemudian ....

1. guard tuh amik ID aku dan baca details yang ada dekat kad tuh. Tiba-tiba senyum.

"Owh you are from Malaysia. Malaysia is good, good. Kaifahal ? (Bahasa arab, bermaksud apa khabar?)"
"Kau pehal ? (Bunyi macam kaifahal gak, kononnya pelat arab. Adalah kurang ajar bagi masyarakat arab apabila mereka tanya khabar dan kita tidak bertanya khabar dia pulak). Alhamdulillah."
"Ok. Ok" Sambil memberi isyarat untuk jalan.


2.  guard tuh amik ID aku.

"Philipino ?"
"No. No. I'm Malaysian." (Muka hensem cam ni kau kata macam Filipina)
"Wah. Malaysia *&%$^**&(*)*^^%)(*(**)($#$%@" (Ok dia cakap arab yang aku tak faham. Tapi gaya dia cakap macam nanti dia nak kawin dan pergi honeymoon kat Malaysia)


3. guard tengok ID aku. Sambil tengok orang-orang dalam van.

"All have ID ?"
"Yes. Yes." (Takkan cakap no plak, karang tak lepas. Kalau ada yang takde, takkan nak ngaku. Ngeh3)
"Khalas2.(bahasa arab, maksud sudah/ok) Go. Go" (Ni time part guard tengah malas)


4. guard tengok ID aku. Sambil tengok orang-orang dalam van.

"Kullu )*&*(&*&(*()(*%$#$@$" (macam tanya "All have ID")
"Kullu kullu" (Sambil angguk, agaknya maksudnya 'Ya' kot)
"$#$%#%$&^%&^%&. Maafi maklum fi arabic " (Kena marah. Jangan main cakap je)
"Maafi maklum fi arabic" (Maksudnya 'Maaf saya tak tahu arabik')


5. guard amik ID aku. (Ni time aku bawa kereta sekali tuh)

"Open your back" (Time supervisor dia ada, bonet pun dia cek)
Lepas dia cek.
"Ok. Khalas, you can go"


6. guard amik ID. Tiba-tiba buat muka gembira jumpa orang hensem. Guard tuh mula pandang muka.
Dia hulur tangan dia, main janggut. Sambil cakap apa ntah dalam bahasa arab. Then senyum-senyum. Lepas tuh baru kasi lepas.

(Ok jangan risau k. Yang ni bukan aku yang kena. Janggut aku masih teruna)


7. guard check sorang-sorang. N tiba-tiba terkejut tengok gambar kat ID aku. Dalam fikiran dia, dia macam cakap 'Hensem mamat ni'. Mula pandang muka aku buat muka nak ngurat. Sambil-sambil tuh cek ID orang lain. Lepas tuh cepat-cepat pandang muka aku balik. Senyum-senyum gatai. Pada masa yang sama, aku tengah seriau, buat muka dek je.


Er, takat ni ini je kot yang aku ingat. Yang lain mungkin ada lagi, tapi tak ingat dah. Uhuhuh


10 comments:

sweetpearl24 said...

haha, mcm2 ragam diorang check ID eh =D

tak boleh bawak lighter sbb takot plant meletop, tp boleh plak merokok eh, merokok plant tak meletop ke? hahahhaha

me suya said...

hot ni Ipai ko kat sana.. hehehe take care

hamboi..cek point kemain... cm ketat gila la kan..btw, take care slalu ye ipai ^^

yang last tu over. HAHA :)

Mr.Superman said...

HAHAHAH..dia ckp comelnya mamat nih.kecik je x mcm mamat arab,bsr2. :P pasni ko kne cukur janggut la sebagai langkah berjaga2 pai.ahaha

hawiz said...

hehee....macam2 kan..

Zahirah said...

Wah, pakat ngorat abang ipai. Hebat betul. Haha. Kahwin nanti, for sure tak ada yang ngorat. Hoho :p

ehem ipai hehe
filipino ke ipai? haha
x lama lg, ipai pun jd pak arab sbb hari2 dgr bahasa arab kan :P
gilerrr ahh hari2 limpas check point camni..

Alif Haris said...

yg last tu gay ke ape tu ? haha

hahaha. lawak. mcm2 experience kan. menakutkan je mcm nk masuk kem tentera. sy lalu kat guard uitm tu pon da cuak lagikan mcm ni. huu.