Hari terakhir 2011

December 31, 2011 iPai 7 Comments

Salam

Wah, tiba-tiba ngigau menaip blog kan. Nak conclude sikit pasal tahun 2011. Secara amnya, memang banyak laa perbezaan pada 1 Januari 2011 dengan 31 Desember 2011. Sebabnya, pada awal tahun aku masih sibuk dengan tugasan harian dan juga final year project yang dirasakan tiada berkesudahan.

Dalam banyak-banyak tahun pelajaran, tahun terakhir inilah merupakan tahun yang paling banyak mendapat ilmu teknikal dan yang aku sedang gunakan dalam kerja sekarang. Walaupun ia sekadar benda yang remeh temeh, namun, ia merupakan satu aset yang besar kini. Itulah habuan terbaik bila kita pandai menghargai ilmu.

Pada tahun ini juga aku telah membuat pelbagai keputusan-keputusan drastik untuk hidup aku. Daripada pilihan untuk sambung ke bidang master, penilaian offer kerja di WD di Thailand, atau hanya menatap ke siling rumah bertanyakan nasib sendiri. Kesabaran itu terbayar dengan harga yang lumayan dan kini aku bekerjaya.


Siapa sangka rezeki yang kita dapat. Kini, aku berada di Kingdom of Saudi Arabia untuk mendapatkan pengalaman dan rezeki. Tiba-tiba aku teringat doa-doa yang aku panjatkan semasa berada di tingkatan 5 iaitu;

Mahu melanjutkan pelajaran di luar negara

Setelah 6 tahun kemudian, doa itu telah dimakbulkan dan ya, melanjutkan dan meluaskan pelajaran sambil bekerja di luar negara. Alhamdulillah. Syukur nikmat.

Inilah yang aku dapat simpulkan selama 6 tahun;
Janganlah kita menilai benda-benda yang tiada, nescaya kita tidak berasa puas.
Nilailah apa yang dikurniakan, dan bersyukurlah terhadapnya. Kerana dengan syukur itu akan dikurniakan nikmat yang melimpah ruah.

P/S: Selamat ulang tahun Reminiscence yang pertama !!! Yeay !!!

7 comments:

syukurlah apa yang diidamkan tu tercapai:) tahniah awak =)

dah nak masuk tahun baru.apa azam baru plak?

Azwa Mohamad said...

selamat menyambut tahun baru... :D

Unknown said...

tahniah tercapai study overseas...

Ezad Skytech said...

tahniah...apa yang diimpikan da tercapai..:D

Aimifiqa said...

alhamdulillah. tercapai hajat abg ipai stadi luar negara kan. hehe. hepi new year

Al-Manar said...

Assalamualaikum i-Pai...maafkan mengganggu, saya ni someone yang you tak kenal, tapi saya berminat nak tahu tentang research you carbon from palm oil shell tu...saya ni tinggal di Kulim, kedah, kalau boleh ingin komunikasi dengan tuan, apakah sama carbon dari tempurung sawit dan kelapa?saya pengusaha carbon tempurung kelapa.harap tuan dapat hubungi/sms saya di 013-4522885....harap ada respon...TQ

oh. study dan kerja di sana. alhamdulillah. semoga berjaya encik ipai. :)