Tips nak simpan duit

June 26, 2012 iPai 4 Comments

Salam

Aku ni bukan jenis orang yang menabung dari kecil. Jadi duit aku banyak ye habis, sampai laa aku menyesal sebab kehabisan duit selamat tamat belajar degree. Duit yang dikumpul sepatutnya boleh digunakan pada saat-saat memerlukan telah habis. Kini, aku bekerja dan menyedari kesilapan lama, berusaha menyimpan sebaik mungkin dengan strategi yang bagus.

Cubalah kalau boleh follow;

Tips 1: Buat excel file

Bila korang ada matlamat nak menyimpan, ia akan lebih cantik kalau korang ada plan untuk duit bulanan korang. Buat excel file untuk setiap sen yang dibelanjakan dan untuk bahagian yang disimpan. Kalau rasa excel file tu terlalu over obsessed, atleast korang ada pembahagian kemana duit itu pergi.


Tips 2: Jangan pergi shopping time frust/sedih

Senang punya cita, emosi boleh menganggu matlamat kita. Korang akan cenderung untuk berbelanja dan mengetepikan matlamat korang. Jadi elakkan pergi shopping complex time mood tak stabil. Dan berfikirlah dua tiga kali semasa hendakkan berbelanja. Tanyakan kepada diri sendiri keperluan atau kehendak.


Tips 3: Sibukkan dengan aktiviti/hobi yang positif dan menarik

Bila korang disibukkan dengan aktiviti dan hobi yang positif, menarik serta tidak melibatkan duit, dengan secara tidak langsung tidak dapat menganggu kewangan korang. Macam aku sekarang ni, hobi time weekend sukalah sangat pergi tepi pantai rasa angin pantai. Kalau rajin sikit, mandi-manda laut di pagi hari. 


Tips 4: Simpan sedikit dan istiqamah

Inilah amalan yang biasanya susah nak buat, tapi inilah asas kepada penabungan yang berjaya. Semua yang berjaya menabung banyak akan menyebut tips ni. So korang suka tak suka, ini benda basic yang korang kena pupuk dalam diri.


Tips 5: Asingkan duit nak berfoya-foya

Kesinambungan dari tips no.1, korang seharusnya mengasingkan duit nak pergi berfoya-foya. Contohnya macam aku yang gila sangat-sangat nak tengok wayang, tiap-tiap bulan ada budget RM50 sahaja (padahal kat Arab Saudi ni mana ada wayang daa). Kalau movie banyak, leh guna RM50 je, kalau movie kurang, leh foward RM50 ni ke bulan depan. 


Tips 6: Dapatkan khidmat nasihat

Errr, jangan mintak khidmat nasihat aku plak, aku ni semula jadi boros. Dapatkan nasihat dari kawan-kawan yang berjaya kumpul banyak. Berkawanlah dengan mereka-mereka ni. Bila kawan dengan mereka yang berjimat ni, kita pun jimat sama ye tak ?

Tak pun search je tips nak simpan duit, macam korang jumpa post ni. Dah tambahkan teknik yang baru. 


Some people learn by others experience and advice, and some people learn it by hard. I learn it by hard in which I'm broke and cannot do anything. So start you strategy and make it work, before its too late. Better  you spend well and you happy with it than you spend but you don't know where it goes.


4 comments:

Aieda Adnan said...

asingkan duit berfoya2..yep..sangat betol.dulu, gji msuk dkt maybnk, belanje pon maybank.dlm otak dok pkir 'xpe, ade lg duit..ade lg duit'..last2, xleh nak simpan mnde pon..bru je strt pengasingan dana simpanan n foya2..hehe

ieza ashaari said...

ipai simpan duit nk kawin.. lalala..

Hanie Dew said...

tang buat excel file tu memule je semngat pastu malas.

part bajet waygn tu mmg la..sekrg ni movie best best. pastu harga tiket tak tentu.tgk populariti movie.belum poopcorn lg.

tp sekurang kurangnya RM50-100 tu kene asingkan utk disimpan.

me suya said...

ok.. most of it saya ade la encik Ipai.. nak nak yg tang excel tu.. hehehehe so sekarang yg paling penting ialah hati kayu dan disiplin.. jgn nk kesian kat diri sendiri... So, lepas tu.. keje setahun terus boleh kawen ng duet sendiri.. hahahaha