Ibu bekerjaya

November 09, 2011 iPai 14 Comments

Salam


Jam sudah pun menunjukkan pukul 5 petang. Kelihatan matahari pun sedang melabuhkan tirainya menandakan waktu solat fardhu Maghrib bagi kawasan Jubail, Kingdom of Saudi Arabia. Aku bersama 3 yang lain berada di  dalam kereta yang dipandu oleh bos pulang ke rumah. Aku yang berada di tengah-tengah seat belakang menoleh ke kanan. Kelihatan kawan ku, M merangkap chef rumah kami sedang asyik termenung keluar. Entah apa la yang dimenungkan tuh.

***** Imbas kembali di office *****

“Weh menung apa tuh? Jauh benornya menungnya”
“Aku tengah fikir resipi apa nak masak malam ni”, kata M
“So, ko nak masak apa malam ni ?”
“Aku rasa, aku nak masak kicap laa”, kata M lagi
“Hahah. Hari tuh, kau kata kau nak masak kicap, tapi yang keluarnya kari juga”
“Hahah. Hari tuh tak cukup bahan laa”, jelas M

**********

Hmm, mesti M tengah fikir nak masak apa malam ni. Tak kisah la, apa yang kau nak masak M oii. Yang kau masak tuh tetap kami sepuluh orang serumah makan. Bagi aku, M memang tahu asas dalam masakan. Selama aku membantu dia dalam memotong bahan masakan, banyak juga info yang dikongsikan dalam ilmu memasak. Resipi yang aku pelajari dan paling aku gemari adalah resipi ayam KFC. Huhu

Aku dapat merasakan beginilah pemikiran seorang ibu yang bekerjaya. Setiap hari pulang daripada kerja mereka akan memikirkan apa yang ingin di masak untuk sekeluarga. Alangkah hebatnya ibu bekerjaya ni memasak walaupun sudah seharian penat bekerja di pejabat.

Sekurang-kurangnya aku dapat merasa keadaan dan situasi mereka.



14 comments:

betol tu..tak sangka bilaa dah berkahwin..banyak menda yg bermain2 dalam fikiran ni...lebih2 lagi study + keje + isteri...terasa mencabar sungguh!

miss puteri said...

belum betul2 merasai situasi itu. insyaAllah tak lama lagi (^_^). Pengalaman mengajar erti hidup

Azzah said...

betul..walau belum ada anak,masa drive nak balik keje mesti fikir menu apa nak masak utk suami..

emy|farid said...

ibu bekerjaya tak pernah lelah untuk meneruskan hidup

Wani said...

dlm situasi ini si M tu lah yang ibu bekerjaya eh? hehehehhe

lama dah tunggu entry ipai! =D =D

Betul2 kagum bila isteri berkerjaya pantas fikir nak masak apa setiap hari, bertahun-tahun lamanya.

izfanora said...

gaya penulisan dah macam cerpen lah ipai.. hihi..

tau tak per. masa cuti 4bulan ritu, hari-hari pening kepala fikir menu. dah lah satu hari kena at least 4 menu. 2 lunch, 2 dinner..

BLADE EDGE said...

tu la..jadi org pompuan, mcm2 la keje rumah nak dibuatnye. tu kalo senaraikan smua yg nk dibuat tu, rasanya xcukup kertas la nak tulis.

atiyahkaman said...

great mom..my mom pon berkejaya dulu..but we never get starve..:)

TYNTHA LANA said...

Salam ipai.. apa khabar? moga sihat hendaknya.. lana singgah sebentar..smentara masih punya masa :)

Cik Salwa said...

syg, thats so sweet. :)

bukan mudah jd ibu berkerjaya..kagum dgn mereka !

betul2

Tea Dno said...

ibu bekerjaya?