Pernah anda terfikir ...

May 26, 2009 iPai 3 Comments

Salam ...

Pernah anda terfikir, yang sebenarnya anda bukan diri anda yang sebenarnya apabila berada di depan orang ramai, di depan kawan-kawan, di depan keluarga malah di mana-mana sahaja. Mungkin anda sedar yang, itu yang berlaku pada anda dan mungkin juga anda adalah orang yang yang di suka berbuat demikian kerana bagi anda berpura-pura itu tdak baik.

Pernah anda terfikir, bagaimana perasaan mereka yang di sekeliling anda tahu siapa diri sebenar anda. Adakah mereka akan menerima anda, ataupun mereka semua terlalu terkejut kerana kawan mereka yang di sangka baik itu, tidak sebaik mana pun.

Saya tidak layak untuk perkara-perkara tersebut kerana saya orang jahat. Anda tidak percaya? Kerana anda sendiri tidak tahu dan kerana anda pun sudah terpedaya dengan tipu helah 'baik' saya.

---------------------

Seorang kawan bertanya,
"Apakah benda jahat yang kau dah buat? Ceritakanlah kepada aku. Mana tahu, aku boleh tolong kau."

Kawannya menjawab,
"Kau tak kan faham apa yang telah aku lakukan. Tidak ada gunanya untuk membuat kau faham. Aku telah membuat sesuatu yang jahat. Membuat dosa"

"Apa yang kau telah buat?"

"Ah. Kau takkan faham. Ia lebih teruk daripada mebunuh. Lagi teruk daripada membunuh"

"Adakah kau telah memfitnah seseorang?"

"Aku dah kata kau takkan faham. Apakah beza orang yang melakukan fitnah dan orang yang membunuh? Orang yang memfitnah, orang yang menggunakan mulutnya untuk mengatakan sesuatu yang buruk kepada orang lain. Dan membunuh, orang yang mengambil nyawa orang lain secara paksa. Kau tahu kan apa itu bunuh?"

"..."

"Kau takkan faham"



(post ini angker sket. No comment pliz)

3 comments:

Tea Dno said...

memang takkan paham. huuuu..

Tea Dno said...

diri kita sendiri je yang tahu paras mana baik buruk diri kita. :)

Tea Dno said...

dah tukar nama, no more tea. ;p