Kerna Sayang ....

July 26, 2009 iPai 5 Comments

Salam ..

"Kerna sayang" .... Cewah, catchy tak tajuk post kali ini ... Mana datang eh ungkapan ni ?? Kononnya, ungkapan ini datang bagi seseorang yang akan buat segala-galanya kerana sayangnya ... tak kisah laa sayang kepada ibu bapa, adik beradik ataupun (selalunya) soulmate ..



Ok, sebenarnya bukan nak kupas banyak pasal "Kerna Sayang" tuh ..
Al-kisahnya bermula beberapa minggu yang lepas, selepas solat Maghrib di Surau Kecil blok 5 .. Seorang daripada ahli jemaah malam tuh bangun dan mara kehadapan lalu mengambil senaskah buku hadith. Setelah membelek-belek seketika, lalu membacanya:

[Ni bukan dari teks yang asal]
Dosa tinggalkan satu waktu solat, kita akan diseksa selama 1 'wukuf' .. Bila sahabat nabi bertanya, berapa lamakah 1 wukuf itu ? 1 wukuf bersamaan 80 tahun . 1 tahun mempunyai 365 hari. Dan satu hari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia ..

Pergh, bila terdengar pasal hadith ni, terkejut dan rasa takut. Baru je satu solat tertinggal. Belum lagi dosa-dosa yang lain. Walaupun ada orang mengatakan yang kalau orang Islam yang diseksa di neraka, akhirnya akan masuk syurga juga, tetapi bayangkanlah dulu berapa lama tempohnya kita perlu diseksa di neraka sebelum masuk ke syurga. Sesuatu yang menakutkan untuk difikirkan.

Dan sejenak aku terfikir: Apakah sebab-sebab kita bersolat ? (Apa yang anda akan jawab)

Ada yang akan jawab, sebab pahala .
Ada yang jawab, sebab tak nak dapat dosa. (Menghindarkan diri daripada dosa yang dinyatakan di atas)

Tapi kalau kita lihat balik kat niat untuk solat, "Sahaja aku solat fardhu Zohor, Kerana ALLAH swt"

Jadi, kita solat adalah untuk pahala kah, atau tak dpat dosa kah, atau kerana ALLAH ..

Runsing seh. Bayangkan kalau niat kita tak betul, tak diterima ibadat kita. Bukan sahaja ibadat khusus seperti solat, tapi ibadat am sperti, benda-benda yang kita kerjakan seharian. Runsing.

Jadi, aku fikir punya fikir, teringat pula satu pengisian dari Ustaz Syukri PI .. (yang ustaz banyak gelak tuh) .. masa pengisian ni, adalah pengisian yang paling banyak tak gelak ..

Ustaz ni bagitau, setiap ibadat tuh adalah ibarat pokok (time tu die tunjuk pokok mangga kot) .. Kita tak boleh nak letak baja sampai 20 kg kat pokok tuh, dan siram, sampai banjir tanah sekelilingnya dalam satu hari terus dan esoknya kita akan dapat hasil buah mangga yang sedap dimakan .. Tak boleh kan ??

Kita kena buat sedikit demi sedikit .. letak baja sedikit, seminggu sekali .. siram pokok bunga memadai tanahnya lembap, setiap hari ... dan tahun berikutnya, barulah kita akan mendapat hasilnya. Buah mangga yang sedap dimakan.

Ia sama seperti 'istiqamah' .. Betul tak ? Sikit punya sikit, kita tingkatkan mutu solat kita. Dan akan tiba masanya kita akan merasakan 'kemanisan ibadah' .. Bayangkan, 'kemanisan ibadah' ni, buat apa pun, kita rasa gembira. Alangkah indah, semua orang Islam dapat rasa macam tuh.

Jadi apabila nak kaitkan balik kepada niat solat tadi, pada permulaannya, boleh laa kita berniat untuk mengejar pahala yang dikhabarkan dalam hadith dan juga Al-Quran .. Buatlah dengan bersungguh-sungguh.. Seakan-akan kita tiada kesempatan lagi untuk beribadat. Namun, dengan masa, tingkatkan mutu ibadat kita dengan sedikit demi sedikit dengan betulkan niat ibadat kita 'Kerna ALLAH' ..


(Aku ni takde laa perfect sangat .. Banyak lagi kekurangan yang aku ada dan perlu diperbaiki .. Jadi sama-sama la kita berusaha ke arah itu .. Semoga ALLAH memberi hidayat kepada kita semua .. AMIN)

5 comments:

anna said...

setelah di'paksa' oleh tuan empunya blog, jd sy pun bacelah..huhu alhamdulillah..sgt2 b'gune, sama2 lah kite m'ningkatkn ibadah kite w'pun pd mulenye rase brt hati tuk m'lakukannye, keikhlasan tu ibarat semut hitam yg b'jln di dlm gua yg gelap, sukar dinilai ttpi amat b'hrga dan hasilnya hnya tuan empunya diri yg dpt merasakannya.. Wallahua'lam p/s: kerna sygkan kwn.. kite patut saling ingt-mengingtkan bukan? thanks naufal..

iPai said...

wah ... siap mention aku paksa lagi ... ceh ..

Shahidah said...

sajian rohani yang mantap ipai...^^

Diriku.... said...

motif paksa org bace blog sendiri...??? hahahhaha....
sama2 kite perbaiki diri kita sendiri..

iPai said...

saje je paksa die .. aku suka buli die kot ... (nanti kalo kite jumpa nanti,kite gosip2) ... hahaha