Nama Malaysia gah di mana-mana
Salam
P/S:
-Autopost. Kembali masuk ke plant petrokimia. Maaf tak dapat nak update blog selepas ini.
4 sekawan memasuki ke kawasan klinik diketuai seorang staff senior. Ia merupakan klinik utama bagi bangsa asing selain daripada bangsa arab. Mereka semua dapat memerhatikan pelbagai jenis bangsa yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor. Antara mereka terdapat warga Bangladesh, warga India, Filipina dan tidak ketinggalan juga Indonesia.
Kebisaannya staff yang baru sampai akan dibawa ke klinik ini untuk menjalani ujian jenis darah. Ujian jenis darah ini merupakan keperluan oleh pihak industri petrokimia kawasan Jubail. Berbeza di Malaysia, ujian yang diperlukan lebih terperinci seperti ujian x-ray, ujian darah dan sebagai. Namun di sini, ujian jenis darah sudah mencukupi. Aneh.
Selepas membayar di kaunter, mereka berlima bergerak ke tingkat tiga untuk ke bilik uji darah. Kelihatan seorang nurse yang lengkap berpakaian jubah dan purdah hitam sedang sibuk mengisi dokumen. Purdah yang hanya mendedahkan bahagian mata sebagai keperluan nurse itu untuk melihat. Namun keperluan melihat itu dapat dinikmati oleh 5 sekawan kerana nurse tersebut mempunyai sepasang mata yang cantik.
4 sekawan sudah bersedia untuk menjalani ujian. Antara mereka teringat dengan cerita-cerita yang didengari daripada staff lama bahawa nurse Arab ini kasar. Kasarnya mencucuk jarum untuk ujian darah seperti mahu jari tuh dirobek sebesar duit syiling.
Setelah sabar menunggu, tiba masa untuk rakan yang ketiga untuk menguji darah. 2 rakan yang terdahulu telah menjadi mangsa kekasaran nurse Arab yang merobek kasar jari hantu semata-mata hanya untuk diuji. Rakan yang ketiga bersedia dengan jari kental untuk menahan sakit.
Sedang dia bersedia menghulurkan jari hantu untuk dicucuk, tiba-tiba ..
“Are you from Malaysia ?”, tanya nurse tersebut.
Terlopong seketika. “Oh yes, I am from Malaysia”.
Nurse tersebut mula mencucuk jarum ke jari.
“Ouch, is it hurt ?” prihatin nurse tersebut.
“No. no. It’s ok.” Mula merasa pelik mengapa tidak seperti yang diceritakan 2 rakan terdahulu tadi.
Cerita yang digembar-gemburkan itu tidak berlaku kepada rakan yang ketiga itu, kerana layanannya benar-benar lain daripada dua rakan yang terdahulu.
Pabila selesai, staff yang membawa 4 sekawan untuk ujian darah itu pun menjelaskan bahawa orang Arab sangat sukakan Malaysia. Apabila mereka mengetahui kita ini daripada Malaysia, kita akan dilayan seperti seorang artis. Bangga sungguh orang Arab ni apabila dapat berkenalan dengan warga Malaysia.
Cuma, sekali imbas rupa paras orang Malaysia memang serumpun dengan Indonesia dan Filipina. Dan dengan kerana itulah layanan itu kita tempias sama. Namun, pabila mereka mengetahui kita orang Malaysia, mereka menjadi ramah.
Tipsnya hanya mudah. Berilah salam apabila masuk ke kedai. Maka, sangkaan pertama mereka yang menyangka kita adalah daripada Filipina akan meleset.
Terima kasih kepada pemimpin Malaysia yang menjadikan nama Malaysia gah di mata dunia !!
P/S:
-Autopost. Kembali masuk ke plant petrokimia. Maaf tak dapat nak update blog selepas ini.
7 comments:
ooo..mcm tu ke?..so, kalau pergi arab nak travel for the first tyme takdelah takut sgt ek? coz..dorg ada good perception pd kite..so, diorg akan tolong kite...
memang la dorang suka malaysia, kat sini pun belambak orang arab. hehehe. tp satu je xbest. bila time orang arab shopping. Perghhh~ tension nak layan. huhuhu
best gile...haha
bangga jadi anak Malaysia ! :)
hai ipai..maaf la sy pun jarang dh blogging ni huhu jaga diri tau !
wow... sy bangga jugak !! heee
bangga jadi rakyat Malaysia
eh memang ustaz aku ckp orag arab ngn orag malaysia baik .. ^^
Post a Comment