Showing posts with label Danbo. Show all posts

Cara membuat engsel kepala Danbo papercraft

Salam



Hee, ada juga orang search cari cara nak buat engsel sahaja. Menarik betul. Tapi tak pe, untuk mereka ini, aku buatkan satu post khas untuk mereka (lagi-lagi mood tengah ke laut ni =P )

Jadi untuk Cara membuat engsel kepala Danbo Papercraft ni adalah seperti berikut; 


 Potong bahagian 15 dan 14 (print di  Model Danbo daripada Yuiiwae), untuk membentuk 2 silinder sederhana


 Potong bahagian 13, dan biarkan 2 hujung tidak bergam seperti dalam rajah.


 Masukkan silinder sederhana kedalam bahagian 13 dan gamkan pada hujungnya


Potong, bahagian 12 dan gamkan pada kedua-dua silinder


 Gamkan engsel kepala Danbo ni pada tempatnya.


Untuk maklumat lanjut untuk membuat Danbo secara penuh, sila ke
Cara-cara nak dapatkan Danbo degan harga RM3.60 | Papercraft Danbo

Dapatkn set Danbo in Pink 

Cara-cara nak dapatkan Danbo degan harga RM3.60 | Papercraft Danbo

Salam

(Post ini adalah post Cara-cara nak membuat Danbo degan kertas. Akan ditujukkan satu persatu cara untuk membuat Danbo. Terima kasih kepada blogger-blogger yang share post ini bersama rakan-rakan lain)

Haa, korang kenal Danbo tak ? Hee, aku ada jalan-jalan dan perasan, ada juga tak kenal Danbo ni. Takpe-takpe jangan risau k, aku pun dulu tak kenal, dan sekarang aku dah kenal. Tapi kenal-kenal pun terminat laa sikit sampai cari mana laa nak beli Danbo ni.

Kalau sesiapa yang berminat nak beli Danbo, korang boleh search kat forum.lowyat.net. Atau untuk paling latest, aku ada dapat link untuk beli Danbo dengan harga RM160. Klik sini.

Mahal tak harga RM160 ? Korang nak tak dapatkan Danbo ni dengan harga RM3.60 ??!! Ha, meh nak story ni, korang boleh buat Danbo pakai kertas je. Dan ia boleh gerak-gerak macam Danbo sebenar yang mahal gila tuh. Jom cikedout;




1. Download dan Print
  • Ni dia link untuk download papertoy Danbo. Klik kat Model Danbo daripada Yuiiwae. [Penting: Model print Danbo ini mengandungi 2 helai, iaitu A dan B. Sila pastikan anda mendapat keduanya] 
  • Bila korang nak print, korang memerlukan kertas A4 yang lebih tebal daripada A4 Double A (80GSM). Jadi korang pergi cari kedai alat tulis dan korang mintak kertas A4 160GSM. Tebal dan keras. Satu helai kertas biasanya beharga RM0.50, jadi 2 helai = RM 1.00. 
  • Kos printing RM 0.30, so dua helai dah RM 0.60
  • Kalau pakai kertas photo dan print guna LasetJet, kemungkinan besar, korang punya Danbo kalis air.


2. Alatan yang diperlukan
 RM 2.00 + RM 1.00 + RM 0.60 = RM 3.60 !!


3. 5 Langkah melipat model papertoy
 Amik 2 kad top up. Kad lain pon boleh. Janjinya ia lebih keras daripada model kertas.



 Letakkan 1 kad selari dengan garis lipatan.



 Letakkan lagi 1 kad top up disebalik kertas lipatan



 Dan lipat kedalam. Lipatan ini lebih sekata dan kemas.



Kemudian lipat keluar dengan jari-jari panjang korang.




4. Anggota badan Danbo

a. Kepala
 Cari bahagian yang bernombor 01 daripada katalog kertas yang di-printkan Model Danbo daripada Yuiiwae. Potong, lipat, gam.
b. Tangan
 Bahagian no. 16, potong, lipat dan gam.


Bahagian no. 03, Potong dan lipat


 Gamkan 03 dengan 16 seperti dalam rajah di atas.


 Potong, gulung dan gam bahagian bernombor 06 dan 07 untuk membentuk silinder kecil


 Potong, Lipat dan gam bahagian bernombor 09 seperti rajah di atas. Biarkan yang hujung tergantung atas itu tidak bergam.


 Silinder kecil (06 dan 07) yang dibentuk tadi diletakkan dalam 09 (seperti dalam rajah) dan hujungnya di gam. Menjadikan ia sendi lengan Danbo.


Sendi lengan Danbo tadi dislotkan ke lengan (03 dan 16) dan digamkan pada permukaan bulat silider.

c. Kaki

 Potong bahagian bertanda 02, lipat dan gam. Biarkan hujung atas tidak bergam.


 Potong bahagian 17 dan 5 untuk membuat satu silinder besar.


Masukkan silinder besar dan gamkan hujung bahagian kertas 02 itu.



d. Badan dan Engsel tangan


 Potong bahagian 08. Dengan menggunakan pisau, buatkan lubang pada 08, dan dua lubang putih.


Bila dilipat, jadilah ia begini.


 Potong bahagian 18. Dengan menggunakan pisau, toreh mengikut garis X dan lipat keluar. Kelihatan seperti 4 kepak putih, seperti yang ditunjukkan dalam gambar.


 Masukkan bahagian no. 18 itu daripada dalam dan pastikan 4 kepak itu terkeluar daripada dalam


Letakkan gam dengan cermat pada 4 kepak tadi, dan lekatkan ia dengan bulatan berlabel 19. 
Untuk memastikan tiada gam berlebihan, semasa gam kering, putar-putarkan bahagian bulatan ini.
Ulang langkah yang sama untuk bahagian kiri model.

Dan ulang langkah yang sama pada bahagian 10 dan 11 untuk bahagian bulatan besar (bahagian kepala)



e. Tengkuk/Leher 


 Potong bahagian 15 dan 14, untuk membentuk 2 silinder sederhana


 Potong bahagian 13, dan biarkan 2 hujung tidak bergam seperti dalam rajah.


 Masukkan silinder sederhana kedalam bahagian 13 dan gamkan pada hujungnya


Potong, bahagian 12 dan gamkan pada kedua-dua silinder


f. Gabungkan semua

 Gamkan tengkuk


 Gamkan tangan


 Slotkan kaki dan gamkan


Last sekali gamkan kepala !!

Siap !!


Nak tahu apa yang anda boleh buat dengan Danbo ? Boleh klik kat Danbo
Credit/Source: Model Danbo daripada Yuiiwae

Danbo Meets Angry Bird

Salam 










P/S2: Nak baca cerita danbo yang lain ? Boleh klik kat Danbo

P/S3: Abang Stalker dah terjah dan mengganas di blog aku. Aku rasa cam nak nanges je. Hairan aku dengan kegigihan yang dia ada. Ni adalah segmen anjuran oleh Abang stalker sendiri. Banyak juga rahsia yang dia korek dalam blog aku ni. Adeh2.


Wordless Wednesday: Danbo dan handphone

Salam









Nak baca cerita danbo yang lain ? Boleh klik kat Danbo