FESTIVAL BUNGA & TAMAN PUTRAJAYA 2011 @ Putrajaya FLORIA 2011
SalamBersemangat gila nak update ni. Walaupun dah berpenat lelah, gagah berjalan sana-sini, cepat-cepat juga aku nak update pasal Festival Bunga & Taman Putrajaya 2011 aka Putrajaya FLORIA 2011. Aku pernah pergi FLORIA sebelum ini pada tahun 2009, tahun lepas tak dapat pergi, dan tahun ini dapat juga menjejaki FLORIA 2011, yang bertemakan 'Ros Untuk Selamanya'.
FLORIA 2011 ini telah bermula pada hari ini iaitu 9hb Julai 2011 dan akan tamat pada 17hb Julai 2011 bertempat di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. Haa, kalau tak tahu kat mana tempat ni, cari je Masjid 'Besi' Putrajaya, dan Floria ini berada dekat-dekat situ sahaja.
Seperti tahun-tahun lepas, Floria memang menjanjikan pameran yang menarik dan terdapat pelbagai karya landskap yang dipertontonkan. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual produk-produk landskap yang tidak dilepaskan oleh mak cik-mak cik untuk mendapatkannya.
Tak boleh cerita je, korang tengok gambar, kasi gambar cerita kat korang. Pada mulanya, aku menangkap gambar menggunakan kamera digital kesanyangan aku, Kodak M530. Uhuhu;
Tiba-tiba, keluar status mengong kat kamera kesayangan aku 'Memory Full'. Apa ke halnya baru amik sikit dah penuh kan ? Rupanya aku yang lupa masukkan Memory Card dalam kamera digital aku ni. Jadi, kena la amik guna kamera pinjam;
Cantik tau, rugi tak tengok satu-satu. Mula-mula jalan kat luar sampai berpeluh basah
Kemudian, dah jumpa bilik air-cond duk tangkap gambar lama-lama dalam tuh
Er, jangan tanya aku kenapa ada kaki palsu kat situ. Bukan sengaja tetapi memang prop di situ.
Lepas makan malam dan solat, datang balik untuk usha Pertandingan Bot Berhias. Tapi malangnya, semua bot dah terlepas, jadi tak dapat laa usha dekat-dekat.
Tapi masih ada harapan untuk tengok benda best iaitu Persembahan Bunga Api. Terima kasih kepada Cik Wani, kerana memberi tips untuk mengambil gambar bunga api ini. Jadi saksikanlah semua gambar bunga api yang berjaya aku ambil (termasuk yang gagal dan tak lawa);
Aku rasa paling jadi, yang ini. Betul-betul last shot daripada bunga api.
Kesimpulannya, Pesta FLORIA 2011 memang best. Jalan-jalan tengok bunga dan landskap. Tarikh masih panjang, nanti korang pergi laa jenguk-jenguk kat sana. Tak rugi woo.
Gambar Putrajaya Floria 2011 Edisi 2
P/S: Gambar selebihnya akan diupload selepas mendapat kebenaran jurufoto;
P/S 2: Penat tunggu gambar ni upload.
P/S 3: Saya bukan jurufoto professional.
P/S 4: Saya suka bunga !!!!
P/S 4: Saya suka bunga !!!!
58 comments:
wow...mcm best je...esok alif nak gi tgk jugak lah..huhu
wah bestnye~
teringat pulak kenangan time pameran bunga yg tahun lepas....best ... ^_________^
ni yg kne gi ni...thanks for the updates :)
cmne amek gmba bunga api tuhh?
aaaaaaa~
suka fireworks tuuuuu~
tahun lepas pergi..tahun ni x dapat p.. ada kt kg~ heheh..tapi cntik la.. sep ada strawberry lagi tu..(^^!
wah cantik..masuk free ke weh?
makk aii. P/S nya sampai 8. ahahaha
cantik bunga2 tu tapi eyfa xsuka bunga. ehehee
yup dah pernah pergi jugak masa tahun abg aku konvo UPM..tapi aku bukan mamat bunga pon..haha!
ros?nice theme.. mesti cun.. (cakap bukan mamat bunga tpi tetiba kuar statement mesti cun)
Ipai!!! lana pun pegi,hahahha. malam semalam..tapi seriously, memg penat..letih pun tak habis lagi ni T__T
Betol2, this year memg lebih baik dri sblm2nya. pelancaran pun bt on 1st day, perahu berhias,bunga api, semua hari pertama. memg tak rugi.
Rasanya malam macm lgi ramai org, and paling best, jalan2 banyak ditar..semalam tgk biter, tak silap lana, penganjur dah anta ke kabinet mohon pesta ni kekal dianjurkan di putrajaya.. elok juga..kemudahan asas semua ada.hehehe
wah,tahun lepas tak dapat pergi.. lepas di-review nie cam excited plak..
p/s: i love white ros :)
apesal ade kaki2.aneh jer....
cantik! hope boleh pergi sebelum abes! mesti pergi nih!
Nice job..!! bunga n bunga api... bleh buat lagu nie
cantik..nak pegi jugak..sob3
cantiknya gambar... bila agaknya leh pergi lihat sendiri ..
ipaii....jauh sgt..nk pegii..T_T
nice pics. huhu. sgt suke bunge. tp tak dpt nk pegi. haha. dpt tgk gamba pon jadilah ;D
waa..thx 4 d info..
@alif ismail
so amacam ? dah g tgk dah ?
@SoLy SoLicious
owh tgk tahun lepas punya ek ?
@Bill 丰 Kayroon
pergi jangan tak pergi ..
@azie5ouh!8
dah tau kan ? sama2 ..
@Wani
lawa kan ? lawa kan ?
@senyumSOYA
uhuh .. tu la pasal .. ada laa satu tempat tuh letak buah strawberry
@AkuTaip
free .. pergi je semua tempat situ free .. ada siap free gift lagi nanti
@EYFAalias
alamak, tak suka ke ? nanti orang bg bunga, eyfa tak eksited plak ..
@Suhazli
cantik laa .. kan2 .. uhuh
@TYNTHA LANA
La, lana pergi ke .. napa tak bagitahu .. kalau tak, dah kontak2 dah ..
@Anif Abdullah @Mr AA
huhu .. try laa curi2 balik .. nanti pergi .. lama lagi tuh ..
aku suka ros merah !!
@izzad b*
itulah pasal .. aku pun tak tahu kenapa ada kat situ ..
@Acik
terjah2 ..
@abglan
wah ... lagu apekah itu ..
@syarifahsidrus
alolo .. ajak r family pergi ..
@danish
pergi tengok .. pergi tgk cepat !! best tau
@Tea
Tapi strawberry kat sini takleh makan .. uhuh
@najihah sahami
alamak ... jauh ke ? meh datang tidur sini, tumpang bilik adik perempuan kita ..
@[ita]
lama lagi tarikh ni .. nanti kalau ada kesempatan, cuba datang
@azie5ouh!8
sama2 ..
oo da start ea...adess..aku tiap thn kot pegi...thn ni camne leh terlepas info lak ni..tp ahad dpn habis..rasanya klu g ahad dpn bunga tu cantik lg tak? hahaha
Cik Aish
uhuh . yang itu tidak pasti .. tp suppose panganjur tahu cara bagi mengekalkan kecantikan bunga tuh sampai penghujung program
tu la...aku nk g ahad ni..dr td asik belek entry ni je..tgk gamba bunga2 tu..cantiknya.:(
Cik Aish
wah sampai macam tuh sekali ke .. takpe2 .. sabar2 .. nanti ajak PP epal pergi .. hehe
@Tea
Minggu depan ada lagi Tea .. nanti Tea pergi laa
wahhh...best betul larh..... mesti pergi ni....
sebelum2 ni, jrg la tk join apa2 progrm yg d buat kat putrajaya ni, sbb tak jauh putrajaya dri tmpat tggal....
@AL AZRUL
kadang2 sebab dekat tuh laa kita tak hairan ..
seriously jeles tgok gmbar2 nih..
tk sabar nk pergi nih...siap ada firework lgi time mlm...
-strawberi tu tk bleh petik dan mkan ke?? haha
@AL AZRUL
fireworks tuh tak pasti kalau ade lagi ke tak .. harap2 ye ada ..
strawberry tuh boleh kot, tp kalau sakit perut, memang takleh buat ape r .. ehheeh
pg, jgn tak pergi ..
kena byr x masuk taman ni???????brapa?
brapa byran masuk ke taman 2?
bila aku tgk gamba ni balik, aku jumpa strawbery..tp yg merah da takde..tecabut gaknya takpun ada org makan. haha.. yang ada strawbery putih, lum masak lagi..hampeh btol
@faridahlovu
alamak .. sori tak sampat jawab ..
free entry ..
@Cik Aish
kalau ada lagi, mesti nak sebat ni .. uhuhu .. tahu dah .
cantiknya gambar2 entry ni.. terutamanya gambar bunga mawar dan strawberry.. :)
@absolutely emy
hee .. yang tuh memang cantik kan ..
jeles2! nak pegi jugak~
chantekknyer fireworkks kanns.. ehhhee
Post a Comment