Family Trip Day#1 - Melaka

February 02, 2011 iPai 8 Comments

Salam

Owh yes, 1 Feb ini telah membuatkan birthday adik aku belated. Tapi disebabkan ayah aku yang begitu cool, ayah aku decide nak belanja satu family pergi makan ikan bakar kat Umbai, Melaka sebagai hadiah harijadi sampingan (sebab dia dapat shopping free kat Melaka, cesh)

Dulu masa kecik-kecik memang selalu jalan juga. Bila dah besau panjang macam ni, macam kelakar plak nak jalan-jalan dengan family. Dulu nek satu kereta, dan disebabkan masing-masing dah debab, kena la naik dua kete asing. Jadi kereta wira tuh, bapak aku drive. Aku tak perlu drive, sebab ada driver, ngeh3 .. adik aku daa.

Masa belajar kat KMM dulu, ini laa tempat yang korang akan sampai bila korang naik bas daripada Londang. Melaka Sentral


 Sampai-sampai Melaka je, semua orang dah kelaparan dan kebuluran. Maka sampailah kami ke Restoren Lot 85. Yang famous kat sini adalah asam pedas ikan pari. Tapi datang sini tadi tak beli lauk tuh pun, sebab macam dah kering dah. Peak hour dah abis, maka lauk pun abes sudah.


 Setelah habis makan, bergerak ke masjid. Selalunya akan ke Masjid Negeri tetapi kali ini lain pula arahnya. Bila lalu sini, teringat juga zaman KMM dulu. Inilah tempat yang dinamakan Plaza Melaka Raya, tempat kelab bowling student KMM main bowling dulu. Huhuh.. Tak sangka tempat ni dah bankrupt abes dah. Nak tutup dah pun.


 Haa. Tempat ni menarik tau. Korang kena baca post ni dulu, klik kat sini. Ok, aku penah baca post tuh, dan aku bertanya, macam mana laa dia leh masuk kawasan construction yang merbahaya tuh. Bila jumpa tempat ni, huhu, dah tau laa, mana dia pergi ek ?


Haa, akhirnya sampai ke Masjid Selat Melaka. Cantik laa masjid ni. Dan masjid ni ala-ala masjid terapung juga


 Tersempak dengan kawan bestfriend masa kat sekolah dulu. Dia bersama teman rapatnya juga berada di sini membuat research pasal struktur bangunan. Pelajar arkitek kan. Biasa laa tuh. Kalau korang zoom kat gambar tuh, korang boleh nampak ada manusia berjubah biru. Aku agakla, dari rupa macam orang Korea datang melawat. uhuhu. Hairan sungguh mereka ni tengok masjid.

 Selepas itu, bersiap pergi berjalan-jalan di Dataran Pahlawan.


 Mahkota Parade pun dah lain sekarang. Dulu masa kecik-kecik dulu selalu datang sini. Sekarang dah lain dah


 Dan sekarang dah ada shopping mall baru kat sebelah tuh. Bersambung dengan jambatan nak ke Dataran Pahlawan. Tempat shopping baru ni nama dia Hatten. huhhu


 Setelah penat berpusing dalam shopping mall, melepak laa kami beramai-ramai di Dataran hijau Pahlawan ini. Ramai orang suka lepak kat atas ni. Cam cool je kan


 Maka sesi pengambaran pun bermula, walaupun menggunakan kamera digital. Apa yang penting teknik ya. Teknik. eheheh


 Lepas tuh, pergi ke rumah mak cik, nak ajak diorang join makan ikan bakar. Mak cik aku ni kata, ada budak USM selang beberapa rumah dia, tapi malangnya mak cik aku tak tau nama betul dia. Ada ke dia cerita kat mak cik aku pasal aku kat kampus. Maka terkantoilah aku dengan mak aku. (Nasib baik aku baik je kat kampus kan ?)


Bila semua dah siap, maka bergerak la kami dengan 3 kereta dan sampai ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai, Melaka


Haa, korang pergi second floor, kedai ni je yang ada.


 Memilih ikan dan masakan. Our favourite ikan siakap dan ikan pari


 Kami semua semeja menanti makanan. uhuh


 Yeay. Makanan pun dah sampai. Kitorang makan semua lauk ni dengan nasi lemak tau. Korang boleh pilih nasi putih atau nasi lemak. And of course, nasi lemak lagi shedap !!


 Setelah, phiranah dan jaws kekeyangan, begini la jadinya. Semua licin dan habis dimakan. Kami tempah 3 dulang nasi lemak, uhuh, habis !! Aku rasa, I can go for 1 full plate of nasi lemak beserta lauk. Tapi lauk dah habis, so tak leh tambah.


 Lepas tuhkan, tadi aku ada cerita nak pergi uptown kan ? Huhu. Takde. Tempat tuh dah ada construction. Macam nak buat mall baru lagi je. Maka kami (anak-anak muda sahaja) berjalan dan melepak di Dataran Pahlawan sekali lagi sampai mengantuk. Hee

Orait. Aku mahu tidur. Esok punya trip, esok malam pula aku update ya (Ayat mengong)

8 comments:

Unknown said...

pergh..ikan fresh tu..
agak2 ada x ikan terubok?
hehe

n a d said...

cantek kan dat place ^__^
niway byk lg tempat kat melaka ni kite rase dah travel.
sedangkan byk lg tempat2 yg tertinggal.

niway, nice post. ^__^
love it!!

iPai said...

azie ~ alamak .. rupa ikan tuh cam ne ek .. tak kenal laa .. =P

nadiah ~ yup2 .. betul tuh .. byk tempat laa .. yg paling penting, Melaka memang dah cantik dah sekarang ni

Ikan terubok pun x kenal naufal nie.hehe. ang byk tulang 2 lah! hehe..

btw saya suka p Melaka!hehe

iPai said...

owh .. ikan tuh .. sedap tuh .. sedap kan ??

ececeh .. memang laa suka kan .. ada enche abg syg kan ?

sgt sedap.tapi byk tulang.

hiks . pastila itu faktor utama.eh.hehe. (~_^)

iPai said...

orait .. enche abg syg kene baca komen ini yer ..

Mr.Superman said...

baju putih tu adik ko ke pai?kim slm ye. :D hahahah..

melaka the best ;)