Cucur Pisang

November 19, 2011 iPai 13 Comments

Salam


Mataku celik. Aku dapat melihat persekitaran sekelilingku masih dalam keadaan gelap. Hari ini hari Jumaat. Hujung minggu bagi pekerja di sini. Syarikat biasanya akan cuti pada hari Khamis dan Jumaat tetapi syarikat aku hanya cuti pada hari Jumaat sahaja.

Jam menunjukkan 5.50 pagi. Jika diikutkan waktu Subuh akan tamat dalam beberapa minit lagi mengikut waktu kiraan bagi kawasan Al-Jubail.  Kalau di Malaysia, inilah waktu masuk solat Subuh. Betapa teruknya aku asik berSubuh Gajah di sini.

*** Mandi dan solat ***

Aku bergerak ke dapur untuk mendapatkan minuman. Aku lihat terdapat 3 pisang yang berada di dalam peti ais. Mataku meliar ke sekeliling menganalisis bahan lain yang ada untuk menu sarapan pagi.

“Masak cucur pisang pun sodap ni”

Sambil menyanyikan lagu iklan ‘Tepung Cucur Adabi’ aku masukkan bahan-bahan seperti pisang yang dilumatkan, sedikit gula dan juga tepung. Setelah ku gaul hingga sebati, aku masukkan ia ke dalam kuali berisi minyak hangat dengan api yang kecil.

Setelah siap masak, aku merasakan cucur tersebut.

“Hmmmm”
“Pisang terlalu sedikit dan tepung yang berlebihan. Tapi sedap !!!” Sedikit kembang sebab dapat sediakan sarapan pagi hari ni.
“Tapi kenapa cekodok ni tak bulat ek?. Mungkin akan datang boleh masukkan telur sebiji ke dalam cucur pisang ini.”

Sekarang ku mengerti mengapa ada lelaki yang begitu minat memasak. Aku merasakan seperti sedang berkarya dan hasil daripada karya itu, dapat membuatkan orang lain kenyang dan puas.

“Nanti aku dah pandai masak, boleh aku masak untuk family aku ek. Tapi segannya”

13 comments:

senyumSOYA said...

waaa...pacik ipai masak cucur pisang nun di arab saudi sana...kih3~

Ezad Skytech said...

bila tengah lapar ni..makan apa pun sedap la ipai..hee~

Zahirah said...

haha. bestnya~ nak! eh eh, baru pagi jumaat ke? dah sabtu la sini. hoho

K said...

bila dah lapar semua sedap ipai :p

waah...msak sndirik ye ... ^^

Unknown said...

perkembngan yang baik...pandai masak\

me suya said...

aik setahu suya mana ade org letak telur dalam cekodok pisang.. cekodong lemak manis org letak la telur.. hebat la ipai~

alahai.bestnya dia bekpes dengan cekodok pisang.yummy~~ bestkan bila dah start masak2...antara rajin dengan malas jer sebenarnya :)

bab masak ni xyah malu or segan la..rugi kalau segan ni..ehe..

Munn Jaafar said...

me buat cekodok pun tak bulat... bersegi2... =.=*

Anonymous said...

untung la mampu masak dahhh ahahahhaha ;p

Masak ni macam tu lah. Cuba dan cuba lagi. Nanti makin boleh dan pandai. Boleh je masak untuk family tu :)

Ann Ishak said...

mesti sedap rasa kodok pisang di sanakan walaupun buat sendiri, feel lain hihihi

Tea Dno said...

ish3..xyah ltak telur la ipai,pun boleh jd bulat jugak..huhuh..