Aku yang kena kuat

December 21, 2011 iPai 10 Comments

Salam

Alam pekerjaan memang lain kan. Aku membayangkan suatu suasana yang seronok di mana rakan-rakan sekerja kita bersama-sama berusaha mengejar target syarikat. Sangkaan aku meleset. 

Memang dalam dunia ni mempunyai pelbagai jenis orang, namun aku tak sangka walaupun jauh daripada tanah air, sesama bangsa juga masih tidak dapat bersatu. Adakah ini yang Tuhan nak tunjukkan ? Bahawa orang sebangsa dengan aku ni orang yang cepat iri hati. Sedih aku melihat perkara kecil  yang diperbesarkan. Menyangkal hak orang lain, dan mendakwa diri sendiri lebih layak untuk semua hanya kerana pengalaman. Tidakkah mereka tahu, setiap orang mempunyai kelebihan yang berbeza-beza dan setiap orang telah Allah janjikan rezeki yang terbaik untuk diri kita. Iri hati kepada orang lain, maksudnya tidak bersyukurlah dengan apa yang kita dapat.

Mereka juga ada yang mendakwa, aku tidak layak ke mari. Hanya kerana aku tidak berpengalaman dalam bidang yang ditawarkan oleh syarikat. Tapi apa salahnya, kepakaran yang aku ada selama 4 tahun dalam ijazah dapat digunakan sebagai tambahan dalam bidang ini. Adakah orang lain tidak dapat mengembangkan bakat mereka dan mempelajari sesuatu yang baru ? Adakah salah aku masuk ke bidang yang hanya sipi-sipi dengan aku.

Aku jadi tidak duduk bila dengar kutukan dan sendaan yang dibuat. Walaupun hanya nada bergurau, ia terlalu pahit untuk didengar. Walaupun ia untuk orang lain, aku sendiri merasa percikannya. Ada banyak isu lain yang boleh dibuat gurau, tetapi bukan isu yang memperkecilkan orang lain. 

Aku pun tidak patut merungut sebegini. Dan ini harus aku jadikan sebagai satu rintangan untuk ditempuhi agar aku lebih kuat pada masa akan datang. Cuma, apa yang aku coretkan di sini supaya dapat menyampaikan mesej kepada yang membaca, agar tidak mudah iri hati kepada orang lain. Berharaplah kepada Maha Memberi agar dapat apa yang dipinta dan janganlah berharap kepada manusia, kerana ia akan dikembalikan kepada manusia juga.

P/S: Ada beberapa orang kawan pergi umrah bermula malam ni. Aku tidak berani nak pergi lagi. Merancang pada masa akan datang. InsyaALLAH.

10 comments:

TeAqArH said...

hurm...semoga tabah menghadapi ujian...manusia mmg x pernah lepas dgn PHD ni..senang btol nk iri hati kat org..cube la berusaha utk mencapai ape yg diingini..bkn hanya tau iri hati dan mengaku diri tu hebat

Ira Bulat said...

sabar ye ipai~

me suya said...

xpe lah ipai.. tak kira kita berada dalam bidang mana.. sama jugak situasinya Ipai..Jnji kita kuat, so focus and trust ourselves~

Mr.Superman said...

cool pai..abaikn mulut2 longkang tu sume.rezeki kau kt ctu,sbb tu ko tercampak jauh.hebat la kiranya result ko.so bt pe nk rs rendah dri.patut bangga sbb kau x de pengalaman mampu jgk berdiri selevel dgn diorg.

anak pak muin said...

relek bro..aku dah lalai dengan kutukan ni..layan je

teruskan bersabar. biarlah apa orang nak kata. yang pentimg kita yang tahu potensi sebenar diri kita kan

ipai...jadikan semua tu sebagai kutukan membina k. buat semua tu jadi penguat untuk ipai terus kerja ngan gigih k.

:)

yana lyana said...

alam pekerjaan memang sangat mencabar.
boleh stress tak henti.

tapi nasib baik bergaji..tahan lah juge..huhu..

Unknown said...

ipai yg aku kenal sorang yg kuat kan? hehe chaiyok

Mr. A said...

just do ur best!! then they will know who u r..

gud luck di sana...