Seronok melihat kawan berjaya
Salam
Berusaha mencari masa dan idea untuk blog yang dirindui. Walaupun internet sudah boleh di-acess di rumah, namun tetap blog tidak ber-update. Apa bezanya bila ada internet dan bila tidak. Aku tidak lari daripada lumrah sifat normal manusia, yang hanya tahu memberi alasan dengan benda yang tidak ada. Walhal aku lupa, orang terdahulu berpunjangga; 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'. Kemahuan yang tiada jalan, di-komplennya, tetapi bila jalannya ada, sedikit pun kemahuan itu tidak dipenuhi. Ah, cukup saja aku membebel di situ. Alhamdulillah kerana tersedar kelemahan ini, untuk aku berusaha membaikinya.
Aku seronok melihat rakan-rakan aku sudah ke sana dan ke mari. Dahulunya kami bersama-sama mengharungi cabaran dan dugaan selama 4 tahun, kini kita semua berada di merata tempat meluaskan pengalaman dan bakat serta menyara diri sendiri dan keluarga.
Mungkin masih terlalu awal aku bayangkan, rakan-rakan yang sudah bekerja di tempat berlainan, dapat berkumpul dan berkongsi pengalaman sesama sendiri. Di kala itu juga, berkesempatan juga menyelit kisah-kisah silam semasa berlajar bersama di kampus.
Setiap manusia akan menempuhi berbagai dugaan. Dan setiap dugaan itu adalah ujian kepada kita untuk mematangkan diri kita. Kebiasaannya, setiap dugaan yang mendatang akan diberi 2 pilihan untuk direspon;
1. Mempersoalkan mengapa perlu bersusah payah
2. Menerima dan berusaha untuk lebih baik
Alangkah ruginya kita bila kita memilih respon yang pertama. Kita mempersoalkan susah payah yang dilalui. Mungkin juga terlalu iri hati dengan orang lain yang boleh duduk senang lenang. Kita tidak sedar, yang orang lain dapat duduk senang lenang adalah kerana telah bersusah payah terlebih dahulu. Maka ia, akan menjadi tidak masuk akal jika kita berkehendakkan kesenangan tanpa usaha yang setimpal.
Betapa untungnya, jika respon yang kedua. Kerana setiap dugaan yang dilalui dapat menjadi pengajaran kepada diri sendiri. Walaupun ia hanya pengalaman sekecil belajar menggunakan mesin photostat. Pengalaman yang kecil dapat dikumpulkan hingga menjadi besar.
Aku doakan semua rakanku berjaya. Buat rakanku yang masih menunggu, jangan putus harapan. Teruskan usaha untuk mendapatkan yang terbaik. Dengan izinNya, ia akan tiba.
P/S: Menahan kesejukan yang teramat sangat.
9 comments:
Amin...kejayaan pasti datang bagi yang terus berusaha
kejayaan milik orang yang berusaha. orang yang berusaha takkan berputus asa. hehe..
lama tak tegur ipai..harap ipai sihat..:)
Allah bagi kelebihan pada mereka yg berusaha :)
dari susah tu lah lama2 jadi senang. kan? ;)
ipai pun.. selamat berjaya,.semoga apay yg diimpikan dpt dikecapi ye
betul2..pasni kita gather cerita pgalaman memasing
salam...
sambil2 jejalan rapatkan ukhwah.., jom singgah sini jap..hehe
http://bloggeralif.blogspot.com/2011/12/tanya-pendapat-sweet-couple.html
hujan ke kat sana? hee
haiii..i'm back!!entry ipai memwatkan syiera bucuk rndu kat kngkawan..:(
Post a Comment