Dilema Melayu ke ?

April 18, 2012 iPai 4 Comments

Salam


Persekitaran di Ofis aku makin tegang. Bila dilihat dalam-dalam, tidak jelas isunya. Tapi ia ada. Mungkin aku tak rasa apa yang mereka rasa.

Ada saja yang tak kena. Tidak adil. Tertindas. Syarikat orang Melayu sinonim dengan pengurusan tak bagus ?

Sama pula keadaanya dengan politik di Malaysia. Pihak A dan pihak B, tak pernah nak sepakat. Jangan sampai ada pihak C datang mengaut keuntungan.

Adakah mungkin nanti apabila aku berada di atas, aku akan melakukan benda yang sama? Perkara yang sama juga berlaku dengan orang bawahan aku ? Walaupun sebagus mana sistemnya.

Mungkin orang Melayu ni tidak boleh bekerja dengan bangsa dia sendiri. Nilai-nilai yang terbaik akan keluar bila kita bekerja dengan selain Melayu. Begitu ?

Sabar penawarnya ? Kalau sabar saja, manakan dapat hasil !!
Kalau dah usaha, tapi tak sabar, takde hasil juga.
Sabar akan membawa kepada kemenangan. Sabar, lama-lama kena pijak kepala.

Dilema

4 comments:

me suya said...

sama je sebenarnya Ipai..
macam suya kerja sini, 2 kepala berbeza, Melayu ikut cara melayu.. Org putih ikut cara mereka.. kita yg kat bawah.. tersepit!

apa boleh buat, mindset dh mcm tuh

p/s follow twitter ipai

yep..aku kje dalam kalangan majoriti melayu.memang selesa, tapi, klau da terlalu selesa, akan naik lemak dan malas nk berubah.yeah..boleh nmpak pd senior2 tpt kje

ipai, okey ke? apa2pun, bykkan bersabar yeaa?