Jubail pun ada sendikit minta sedekah

April 02, 2012 iPai 4 Comments

Salam

Aku sendiri merasa terkejut dengan keadaan ni. Kat arab sini pun ada peminta sedekah. Dan bukannya orang yang susah, tapi dah macam sendikit, sebab kat banyak tempat ada. Macam mana nak cam depa ni ? Kebanyakkan peminta sedekah ni perempuan (bangsa yang kulit gelap) memakai jubah hitam sekitar kawasan traffic light.

Ada di antaranya siap bawa geng (anak-anak mereka) untuk join sekaki meminta sedekah. Bila lampu isyarat merah, mereka akan pergi ke setiap kereta dan mengetuk tingkap untuk meminta duit. Sampai laa lampu hijau, mereka akan kembali ke tepi jalan untuk memberi laluan kepada kereta.

Pada mulanya memang aku rasa kesian juga, tapi sejak aku pernah nampak peminta sedekah tuh bawa beg tangan jenama Gucci, aku jadi tak percaya. Yelaa, Wat the heck peminta sedekah ada beg tangan yang lagi mahal dari mak aku punya. HAhaha. Member aku plak pernah nampak, depa-depan ni ada handphone Blackberry. 

So macam mana ? Ada macam sendikit tak ?

4 comments:

sweet pearl said...

hahahhaha...ipai..penat kami pikiaq apa itu "sendikit", 1st baca mcm "sikit", tengok2 last skali baru tau.. sendiket lah.. =D

wahhhh....beg gucci tue yer ipai...hehehehe

canggihnya peminta sedekah kt sana..huhu

hai ipai, how are you? :)

cik Salwa said...

same mcm wani...sendikit? sindiket la sygggg oitt...