Solat Jamak Ketika Hujan

Salam

PERHATIAN: Isi dalam kandungan post ini adalah berdasarkan research Google. Untuk makluman lanjut, sila rujuk yang pakar.

Semasa mengerjakan solat zohor keadaan hujan. Kita dapat merasakan rahmat itu turun daripada langit kerana di Saudi Arabia, biasanya memang jarang hujan. Hujan biasanya berlaku ketika perubahan musim pans ke sejuk dan juga sebaliknya.Sebaik sahaja salam diberikan, semua pak arab bangun dan mengerjakan solat Asar. Itulah dia solat jamak ketika hujan

Biasa kita akan buat solat jamak, ketika kita bermusafir lebih daripada 2 marhalah. Tetapi adakah hanya itu sahaja sebab yang dibenarkan untuk melakukan solat jamak?


Sumber: MyQuran

Mazhab Syafii’ tidak membenarkan melakukan jamak kecuali ketika:
• Musafir yang jauh – Lebih dua marhalah
• Hujan
• Di Arafah (haji) – Jamak taqdim Zohor dan Asar.
• Di Muzdalifah (haji) – Jamak Ta’khir Magrib dan Isyak.

Tiga mazhab (Syafi’i, Maliki dan Hanbali) membenarkan jamak dilakukan sebab hujan dengan alasan antaranya ialah:

1. Hadis dari Ibnu Abbas r.a.:
“Nabi s.a.w. pernah sembahyang Zohor bersama Asar dan Maghrib bersama Isyak secara jamak dalam keadaan tanpa ketakutan dan tanpa musafir."

2. Hadis dari Yahya bin Wadih dari Musa Aqabah dari Nafi’ dari Ibnu Umar r.a.:
“Rasulullah s.a.w. pernah di Madinah menjamak antara Zohor dan Asar kerana hujan.”

3. Dalam Sunan al Athram, dari Abu Salamah bin Abdul Rahman katanya:“Termasuk sunah Nabi s.a.w. apabila hari hujan dijamak antara Maghrib dan Isyak."

Sumber: MyQuran



Duit adalah segalanya tetapi jangan menjadi hamba kepada duit

Salam

Kita tak pernah tahu apa yang orang lain lalui. Kita mungkin nampak dia senyum dia happy, tapi dia sudah belajar manage perbelanjaan diri sendiri sejak berumur 16 tahun. Sejak umur 16 tahun itu, menggunakan duit biasiswa anak tentera untuk belanja tahunan. Apabila selesai SPM, bekerja untuk mengumpul duit untuk persediaan ke matrix. Dan di matrix, duit dua ribu yang diperolehi (dulu yang masuk matrix dapat 2k sorang, tak tau laa sekarang ada lagi atau tak), digunakan belanja selama 2 sem dan juga persediaan ke universiti pula. Besyukurnya dia dapat biasiswa JPA, tidaklah dia menyusahkan ibu bapa dia memikirkan mengenai belanja.

Dan aku pula, tiap-tiap minggu dapat RM 10 belanja masa sekolah. Outing je, habiskan dekat CC. Masuk matrix dapat 2k, simpan pada mulanya. Tapi sikit demi sikit, belanja juga. Itupun tiap-tiap bulan ayah kasi RM 30-40 sebulan. Di universiti pula, tiap-tiap sem dapat hampir 4.5k (selepas tolak yuran). Tiap-tiap bulan ayah bagi belanja RM 100. Itu pun sampai ke hari terakhir USM, satu sen pun tak boleh simpan.

Duit ni memang akan jadi masalah kepada kita kalau ia tiada. Maka, kita kenalah rancang sebaiknya dan menabung sebaiknya kerana kita tak tahu, kita mungkin memerlukan ia di saat kesusahan. Namun, janganlah sampai menjadi hamba kepada duit. 

Selamat hari jadi kepada diriku !!

Salam

Wah, lamanya tak mengepost something di sini. Maaf ye, busy sungguh sekarang dengan kerja. Balik kerja, memasak makanan (wah macam ibu bekerjaya). Lepas makan, terus ada masa sekejap nak rilex, dan seterusnya bergantung kepada keadaan. Kadang kala, mengaji Code American Petroleum Institute. Kadang-kadang buat kerja-kerja office sikit.Sampai tak sempat nak wish birthday untuk diri sendiri kan. Uhuhuh. 

Jadi dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI yang ke-17 =P kepada diri aku. Semoga panjang umur, diberkati umur, dapat pergi mengerjakan umrah banyak kali selagi ada kesempatan di sini, dapat pergi haji (kalau dah dapat iqama nanti), dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan seterusnya dapat berbakti kepada ibu bapa. Amin AMin, Amin.

Dalam tengah jiwang-jiwang ni kan, teringat member-member satu kos. Depa penah buat prank nak kenakan masa time besday aku. Haish Tersenyum sendirian teringatkan mereka semua. AKu doakan kalian semua berada dalam keadaan yang sebaiknya, dan dipermudahkan segala urusan korang. Kalau yang mana halangan yang menimpa, bersabarlah, kelak kesabaran itu akan dibalas dengan sesuatu yang lebih. Dan ketika sesuatu yang lebih baik itu datang, janganlah kita lupa diri, kelak ia ditarik semula. 

Terima kasih kepada semua yang meng'wish' birthday aku. Aku sangat terharu. Yang tak wish, atau terlupa wish, aku tak kisah. Janji aku segar diingatan korang. (Budget ayat retis laa plak. Pasan plak mamat ni)

The End

Selepas seminggu kembali ke Jubail, Saudi Arabia

Salam

Haa, jauh tak Al-Jubayl tu dengan Mecca. 18 jam perjalanan bas je

Ya aku sudah kebali bertugas di Saudi Arabia. Mungkin agak serabut apabila mula sampai di sini. Tetapi semangat harus diperkuatkan juga. Rindu pada keluarga harus dibendung sebaik mungkin agak tidak mengganggu fokus. (Cewah, ayat tak nak mengaku anak manja).


Tengok, Malaysia punya sistem juga stylo. Automatik lagi.
(Sebab itu juga ada orang kata imigresen kat Malaysia tak ketat)


Hee, macam biasa benda pertama yang tak best adalah mengharungi tempoh menunggu yang sangat lama di imigresen Saudi Arabia. Kalau kali pertama dahulu aku menungg 8 jam untul lepas daripada pihak imigresen, kali ini 4 jam (Half !! but still tulang belakang boleh cramp kalau berdiri 4 jam stret tanpa dibenarkan duduk).


Ok, ni gambar kontroversi. Saudi takde winter cam ni k

Aku sangkakan suhu sudah berubah ke musim panas, tetapi tidak. Masih dalam musim sejuk. Rakan-rakan memberitahu aku, suhu semenjak 2minggu ini sentiasa berubah. Sekejapnya panas, dan sekejapnya memang kena pakai sweater tebal. Itu menandakan fasa peralihan musim sejuk ke musim panas sudah bermula. Dan tidak lama lagi, tata kepada selimut tebal dan sweater, dan say hello to our beloved air-cond.


Kerja pulak makin serabut. Aku terpaksa tinggalkan projek yang aku handle selama 2 minggu. Dan saat aku tinggal itu, merupakan saat-saat yang agak penting di mana isu-isu dalam kerja kami diketengahkan untuk diselesaikan. Dan kini, aku bertungkus lumus membuat kerja 2 projek dalam satu masa. Mencuri masa sendiri pada waktu malam dan tidak claim OT.

Untuk exam certification API 570, aku tarik diri. Persediaan aku sangat kurang dan perkiraan aku tidak cukup untuk membuat persediaan hingga bulan Jun nanti. Walaupun berat untuk melepaskan peluang tersebut kerana memikirkan masa yang mungkin terbuang untuk menanti peluang seterusnya pada bulan Disember, namun aku harus ambil sebagai pengajaran untuk tidak leka.

Pokoknya, semangat aku sangat tinggi sekarang ni. Kononnya sebab baru je dapat melepaskan rindu dengan keluarga minggu lepas. Tetapi persoalan yang biasa orang tanya, sampai bilakah semangat ini dapat dikekalkan ? Heeee

Yang penting, aku target kerja aku dapat siapkan dengan kualiti yang baik, persediaan API dapat dilakukan dengan istiqamahnya dan target buat umrah !!

Oh ye lupa, target nak kumpul duit nak kawin juga. hahahahhaha


Aku di Malaysia sebenarnya

Salam

Cubaan kali ketiga memaksa diri sendiri untuk update di blog ini dan kemudian pergi melawat rakan-rakan blog. Argh, mengapa aku semalas begini.

Hai kawan-kawan, saya kini berada di Malaysia (Tiru ayat rancangan TV kanak-kanak di TV9). Yaaa, aku sudah berada di Malaysia selama seminggu lebih. Maaf aku terpaksa merahsiakan kepulangan aku kepada semua orang. Ini kerana aku pulang bukan kerana cuti, tetapi aku pulang untuk me-'renew' (memperbaharui) visa aku yang sudah tamat. Jadi disebabkan pulang ke Malaysia, bos aku yang baik hati telah membenarkan kami, tidak bertugas di cawangan syarikat Malaysia di Sungai Buloh, tetapi bertugas di rumah. Dengan itu, setiap daripada kami mempunyai bekalan kerja semasa berada 2 minggu di Malaysia. 


Balik denga Srilankan Airlines
Transit di Sri Lanka selama 2 jam.

Maka kerana itulah kepulangan aku dirahsiakan, dan hanya beberapa teman rapat sahaja yang tahu. Aku risau, karang ada yang request (minta) nak jumpa, dan aku terpaksa mengecewakan kerana kerja. (Budget Worker of the Year)

Mee mamak sedap dari Kuala Pilah
Makanan yang aku makan pada hari kedua aku sampai sini.

Bagi aku, kepulangan ini adalah sangat bermakna kepada aku. Aku dapat merehatkan minda seketika serta dapat melepaskan rindu kepada keluarga dan bakal-bakal keluarga. (Eh awat bakal tuh kata jamak plak).

Aku dapat pergi shopping banyak benda yang aku idamkan (Confession of Shopiholic, daa budget cam retis). Er dah habis nak dekat seribu kot (Membazir ye. Ok2, janji balik kerja lepas ni, tak nak shopping dah, nak simpan je. Iye laa tuh) 

Sangat seronok dapat makan makanan Malaysia yang sedap-sedap belaka. Thanx to my ibu yang memasak segala menu yang saya listkan. (Oh Emm Gee. Siap ada list tau). Saya dapat makan; Nasi Lemak, Pulut kuning dengan sambal ikan bilis, roti jala, asam pedas ikan pari masak cara biasa dan cara grill portugis (Gulp, tiba-tiba telan air liur jap), Sambal ikan, sambal ayam, sambal sotong dan udang (walaupun aku tak makan sotong dan udang tuh. Ngeh3), nasi goreng pagi-pagi yang sedap dan tidak lupa TEMPOYAK cara masak orang selatan (Oh eemmm Geee. Benda ni sedap !!!). (Bau menangkap di hidung, waa ibu kita masak lemak laa hari ni. Jangan jeles (sambil buat muka, supaya korang jeles))

Sekarang charge bateri rindu/home sick penuh-penuh. Nak bertahan kerja sampai bulan 10 nanti, baru boleh balik. Dua hari lagi aku fly balik ke Saudi. Maka kawan di sini jaga diri baik-baik ye. Ada rezeki kita jumpa ye. Sayang kowang semua (Waa retis sangat)


Terbang bak burung-burung camar pulang petang

Salam

Ehem ...





Masa - Penyembuh luka

Salam

Dalam perjalanan hidup seharian, kita tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Kadang kala, kesilapan itu boleh menyakiti perasaan orang lain. Ia mungkin menimbulkan rasa kurang senang kepada diri kita, apabila yang disakiti itu adalah teman rapat yang dekat di hati kita.

Alololo, napa adik nanges ni

Bak kata pepatah orang dahulu, terlajur kata tidak boleh diundur, the damage have been done. Pada ketika itu kita rasa menyesal tidak berkesudahan. Malu kepada diri sendiri dengan kesilapan yang telah dilakukan.

Melalui pemikiran yang waras dan rasional, diri ini digagahkan jua untuk memohon kemaafan atas kesilapan itu. Dan mungkin aku terlalu memaksa agar dia akan memaafkan aku dengan segera. Agar aku sendiri pun merasa tenang dengan penerimaan maaf itu.

Namun ia tidak semudah itu. "Berikan dia masa. Kita sudah menyesali kesilapan kita, dan kita sudah meminta maaf. Dan sekarang terserah kepada dia untuk memaafkan. Akan tiba suatu masa, apabila dia bersedia, atau dalam keadaan dia tidak sedar, dia akan memaafkan secara rela hatinya"

Masa - Penyembuh luka


Kononnya aku nak buat post panjang

Salam

Malam ni agak menghairankan bagi aku kerana baru pagi tadi aku post sesuatu, tetapi bila malam menjelma terasa pula nak menaip dan post kan sesuatu di blog. Hairan. Sungguh hairan. Mungkin aku perlu buat utarakan yang terbuku di hati ini. Jam di laptop menunjukkan pukul 2.51 AM waktu Malaysia, jam di Jubail 9.51 PM. Waktu sudah lewat di Malaysia, tapi masih ada tweet yang bergerak dan mengreply tweet aku. Korang tak mahu tido lagi ke ?

Kenapa dengan malam ni ye? Entahlah, mungkin aku kena luahkan benda yang bermain di fikiran. Selalu bercerita kat buah hati, tapi buah hati dah terbang ke Bali bercuti bersama kawan-kawan sekerja. Moga selamat pergi dan selamat pulang ye. Kasi saya curang cerita kat blog ye malam ni.


Petang tadi, aku berblogwalking. Sudah lama aku tidak berblogwalking ke blog rakan-rakan. Dapat juga baca cerita update terbaru. Dan ada juga yang tidak aktif. Terkenang juga aku pada pertengahan tahun lepas. Kerana pada waktu itulah aku kenal mereka dengan pelbagai cerita mereka. Tatkala itu, aku terasa sangat rapat dengan mereka semua. Walaupun tidak pernah bersua muka, tapi aku rasa sudah berkawan lama dengan mereka. Kini, blog masing-masing dah berubah. Moga korang sehat-sehat belaka ye.

Sambil berblogwalking aku tertarik dengan blog-blog yang dapat menambat hati aku dengan gaya penulisan yang menarik. Dalam pada masa, aku jeles dengan penyusunan isi yang bagus. Aku bertanya pada diri sendiri, kenapa aku tak boleh menaip dan menulis sebaik itu. Kenapa aku tidak boleh mengaplikasikan benda yang sama kepada percakapan aku. Dengan itu, aku dapat memberi impressi yang lebih baik.



Aku bersyukur mempunyai otak yang dapat berfungsi dengan kapasiti yang besar. Dalam aku sedang bekerja, aku boleh berangan dengan barangan material yang aku hendak beli dan pada masa yang sama aku dapat menyusun kewangan semasa aku. Ya, mungki ada kalanya ia seperti orang gila kerana berfikir terlalu banyak dalam satu masa. Nak buat macam mana, kapasiti otak aku besar. Tapi malangnya, aku sukar untuk menyusun kapasiti itu dengan baik,dan ia menjadi tidak teratur dan beterabur.

Pada Sabtu dan Ahad ni aku akan menghadapi satu titik bersejarah dalam hidup aku, iaitu aku akan membuat satu persembahan power point bagi membentangkan kerja oleh team yang diketuai aku sendiri (selepas sebulan bekerja dan diberi kepercayaan untuk menjadi supervisor). Aku betul-betul memerlukan fungsi otakku yang dapat menyusun data dengan baik. Ini perlu supaya aku dapat memberi kefahaman kepada client dan client pula akan berpuas hati dengan kerja kami. Dan yang lebih menarik, client yang hadir itu adalah satu-satunya pakar dalam bidang tersebut di tanah arab ni (pergh, gila hyperbolik. Tapi betul tau, dia pernah dihantar ke US untuk menghadiri kursus mengenai benda ni, dan aku plak hanya guna benda yang aku tahu selama belajar Chemical Engineering 4 tahun di USM)



Kini aku memerlukan persekitaran baru kerana aku mula berasa rimas dengan apa yang ada sekarang. Mungkin kalau bukan persekitaran baru, aku mahukan rehat sementara untuk memperbaharui semangat aku yang hilang sedikit demi sedikit. Kerja di sini masih banyak. Kerja yang aku supervise hampir tamat, cuma menunggu feedback daripada client pada presentation pada hari Ahad ni, dan kerja daripada projek pertama aku masih banyak. Aku jadi muak, aku jadi jelak.

Bila kerja banyak, masa terluang aku pun makin kurang. Aku tak boleh berehat, dan masa aku dicuri untuk dibuat overtime. Untuk kerjaya aku disini, ada certification yang digalakkan oleh company dan certification itu diiktiraf satu dunia. Ia adalah certification API 570 Piping Inspector Ceritification Program, yang berharga 3.5k riyal ~ RM3000. Dengan certification ini dan pengalaman selama 5 tahun, kita boleh menjadi freelance, di mana kerja kita akan hanya pada tempoh tertentu (sebulan kerja, kemudian cuti dan akan kerja semula bila ada permintaan)  dengan gaji 5 angka sebulan.


Aku bercadang 2jam selepas masak dan makan, aku akan gunakan 2 jam untuk membuat persediaan untuk certification itu. Tetapi kalau 2 jam itu diambil untuk kerja overtime, bilakah aku nak study. Untuk certification API 570, ada 5-7 buku yang tebalnya beratus-ratus page. Argh, bila aku nak study??!!!!



Next item, aku dapat jemputan kawin seorang kawan perempuan daripada matrix. Tak sangka dah nak kawin dah dia, dan macam biasa perlu meminta maaf kerana tidak dapat hadir majlis perkahwinan dia. Dan ada juga kawan yang bakal menimang anak. Terasa diri dah jadi dewasa (tapi pemikiran aku masih kebudak-budakkan). Aku pula, masih jauh perjalanan aku untuk itu. Aku mahukan kehidupan stabil baru aku mengahwini buah hati aku. Moga jodoh kami akan tiba nanti.

Argh, aku sudah menaip hampir 30% daripada kapasiti pemikiran aku. Walaupun masih banyak yang bermain di fikiran, tetapi aku sudah penat menaip. Mungkin pembaca pun dah lost track dengan isi-isi di atas. Dan korang boleh baca isi-isi yang berterabur dan tidak berususn seperti di atas. Biarkan sahaja isi-isi di atas tuh dan terima kasih yang sudi membaca. Masalah serius.

10.40 PM waktu Jubail, Saudi Arabia. Mari tidur

Nak pergi Iraq tak ?

Salam

Haa, saja je nak update kat sini. Semalam aku ditanya oleh orang atasan, tentang kesudian aku dan rakan-rakan lain untuk pergi ke Iraq kerana tender plant di sana. Aku jadi terkedu dan tak terkata.

Ok, mereka tanya hanya nak lihat respon kami dan tender masih dibincangkan. Cumanya aku masih teringat pada masa aku melangkah ke arah pekerjaan. Inilah perasaan yang sama aku rasakan semasa membuat keputusan dulu. 

Pada mulanya memang kita akan rasa eksited dan mula berangan nak pergi ke sana ke sini, berangan nak kerja sana-sini. Tapi bila peluang tuh betul-betul berada di depan mata, kita akan rasa teragak nak membuat keputusan. 

Apa-apa pun aku tidak berharap, kerana ia masih di peringkat perbincangan. Jika betul ada rezekinya, InsyaALLAH, sampai juga kita ke sana.

Rezeki itu ada di mana-mana, dan ia telah ditentukan untuk kita. Ia hanya menunggu masa untuk kita mengutipnya.

Ganjaran yang aku kecapi kini adalah atas nikmat doa dan kebajikan yang dilakukan pernah kupanjatkan. Moga nikmat ini membuatkanku menjadi insan yang sentiasa besyukur.

P/S:
-Sebenarnya aku rasa cam takut je nak pergi. Macam mana keadaan di sana sebenarnya ye ?
-Patut minggu depan ada trip pergi Umrah. Tapi kouta dah penuh. Belum sampai rezeki lagi ni. Kena tingkatkan azam dan banyak doa, InsyaALLAH, jemputan itu akan sampai kat kita. Er tak pun, dosa berlambak lg, tak minta keampunan. Tak layaknya nak sampai sana.


Catatan perjalanan Ke Madinah Kota Bercahaya Bah. 2 - Raudhah tempat mustajab doa

Salam

Untuk bahagian 2 ni, aku buat pendek sikit ye. Ada kerja lain yang perlu dilakukan. Maaf kalau ada yang tak puas membacanya.

Apabila menghampiri kawasan Masjid Nabawi, kita boleh lihat bangunan yang tinggi-tinggi;

 Bangunan yang tinggi ini mengelilingi kawasan masjid Nabawi.
Kebanyakkan bangunan tinggi ini adalah hotel.


Apabila sudah check-in hotel, dan mempersiapkan diri, bolehlah turun dan pergi ke arah masjid untuk beribadat. Bagi aku, adalah lebih mudah kita pergi awal sejam untuk mendapat tempat di bahagian hadapan masjid, atau pun bersedia di kawasan berdekatan dengan Raudhah.

 Curik-curik amik gambar lepas solat Zohor.

Raudhah adalah sebahagian Taman Syurga dan ia terletak dalam Masjid Nabawi. Pada asalnya ia adalah tapak asal rumah Nabi Muhammad SAW dan luasnya hingga ke mimbar masjid tersebut. Dan ia adalah merupakan tempat mustajab doa. Kawasan ini dapat dikenali dengan perbezaan warna karpet, iaitu karpet bercorak warna hijau, dan kawasan lain adalah dengan karpet berwarna merah.

Jadinya, kena laa pasang strategi yang baik untuk dapatkan masa dan tempat ini seketika untuk berdoa, kerana tersangatlah ramai orang yang berada di kawasan Raudhah ini.

Strategi yang aku baca daripada buku 'Pembimbing ke Tanah Suci' dan juga ditambah dengan pengalaman sendiri aku menyarankan;

1. Datang awal (satu jam) ke masjid dan duduk berhampiran dengan kawasan Raudhah. Kalau ada kesempatan boleh terus sahaja ke kawasan Raudhah jika orang tidak ramai.

2. Apabila selesai waktu solat fardhu dan solat jenazah (setiap waktu solat fardhu selesai, akan ada solat jenazah), bergeraklah ke kawasan Raudhah dan sambil berzikir dan berdoa agar usaha dipermudahkan untuk beribadat dalam kawasan Raudhah.

Boleh nampak tak mimbar kat tengah-tengah gambar tuh ?

3. Jangan menyelit daripada tepi kawasan Raudhah, kerana sukar untuk mendapatkan tempat. Bergerak  daripada arah belakang Raudhah dan bergerak sedikit demi sedikit ke hadapan, sehingga menjumpai tempat yang sesuai.

4. Apabila sudah mendapat tempat, lakukan solat sunat dua rakaat. Dan setelah selesai, berdoalah diampunkan dosa dan dikurniakan syafaat pada Hari Akhirat. Kemudian tambah laa hajat sendiri.

5. Jangan ambil masa terlalu lama, dan setelah selesai, berilah peluang kepada orang lain untuk membuat solat sunat.

6. Setelah selesai, ikut arus orang ramai bergerak ke hadapan ke arah jalan keluar daripada Masjid melalui hadapan makam Nabi Muhammad SAW. 

7. Semasa melalui makam, berilahlah Salam kepada Nabi Muhammad SAW. Dan kemudiannya Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

Kawasan Raudhah ini ada ditutup untuk masa-masa tertentu kerana memberi laluan kepada Jemaah Wanita untuk mendapatkan peluang beribadat dalam Raudhah. Tapi aku tak pasti waktunya.

 Kawasan luar Masjid Nabawi selepas waktu solat

Apabila selesai, boleelah pergi mendapatkan tempat di masjid untuk meneruskan ibadat ataupun keluar sebentar untuk makan, atau memberi sedikit ole-ole.

Suasana selepas solat fardhu, di kawasan berpayung 

 Ni laa payung yang ada dalam masjid
Sayang tak dapat tengok time dia buka tutup

 Mula misi mencari kedai makan

Gambar member di depan Hotel Madinah Hilton



Ruang legar di depan pintu belakang (pintu tengah) Masjid Nabawi



Catatan perjalanan Ke Madinah Kota Bercahaya Bah. 1

Salam

Sori sangat buat yang menunggu. Boleh je nak taip dulu baru nak post pasal benda ni. Tapi boleh lak ngada-ngada nak buat spoiler dulu baru nak post kan. Sebab excited betul.

Pertamanya, aku tak sangka yang aku akan sampai ke Madinah. (Perhatian ye, adab n tingkah laku kena dijaga di Madinah, sama macam Mekah, kerana Nabi Muhammad SAW, memberi amaran keras terhadap yang membuat binasa di kawasan Madinah). 

Lawatan ini adalah anjuran Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ, yang anjurkan Festival Malaysia hari tuh) dan kos untuk menyertai aktiviti adalah 250 riyal sahaja (lebih kurang RM 200).

Perjalanan daripada Jubail ke Madinah mengambil masa selama 14 jam perjalanan (serius lama), tapi mungkin aku tak berasa terlalu lama, sebab tidur hampir keseluruhan perjalanan kerana pada hari sebelumnya terpaksa overtime selama 4 jam, selama seminggu. Tersangatlah penat.

Disebabkan cuti hujung minggu di Saudi Arabia adalah pada hari Khamis dan Jumaaat, maka perjalanan kami bermula pada pukul 6.00 PM (sesudah waktu Maghrib, 5.15 PM) pada hari Rabu. 

Dalam perjalanan ini, hampir penuh satu bas (mungkin dalam 36 orang) dan hampir separuh daripada rombongan adalah se-syarikat dengan aku. Ada daripada yang mereka ni pernah pergi dan juga ada juga kali pertama.

Pada mulanya aku berniat nak join rombongan ini sebab ingin bersiar-siar. Ye la, seronok dapat tengok tempat orang kan. Tapi terima kasih kepada AJK KRMJ yang mengingatkan pada awal perjalanan, untuk pasang niat, beribadat di Masjid Nabawi. Itulah tujuan utama rombongan ini dibuat juga.

<Skip cerita dalam perjalanan k. Kami berhenti kira 3-4 kali untuk berhenti ke tandas dan mengisi minyak bas>

Selepas solat Subuh di perhentian RnR, perjalanan 1jam seterusnya akan sampai ke Madinah. Dan digalakkan (berdasarkan buku panduan 'Pembimbing Ke Tanah Suci' hasil Haji Wan Moh Nor) bila sampai ke Madinah untuk pergi ke Masjid Quba dan solat sunat dua rakaat di situ dalam keadaan berwudhu sebelum masuk ke Madinah. Pahalanya adalah sama seperti pahala melakukan umrah. (tak dapat, sebab terkentut)

Geng satu company di Masjid Quba

Setelah selesai solat, kami diberi kebebasan untuk berlegar di sekitar masjid sambil bersarapan, sambil membeli kurma dan sambil menunggu tour guide kami Ustaz Syafiq (pelajar tahun kedua Univerisiti Madinah)


Kawasan kedai sekitar Masjid Quba

Suasana di sini memang ramai dengan pelbagai bangsa. Berbagai ragam juga. At least tak macam Jubail, bila tengok kami, mereka ingat kami Filipina, tapi di sini, bila tuan kedai nampak kami, semua perkataan Melayu yang dia tahu, dia akan sebut. Contoh, "Belilah", "Sepuluh riyal sahaja", "Macam2 kurma ada". 

Tag kedai yang macam kat Malaysia

Apabila Ustaz Syafiq sampai, kami pun mula bergerak, dan destinasi pertama kami adalah Masjid Qiblatain (Masjid 2 Kiblat)

Aku dan Masjid Qiblatain

Sama maksud dengan nama masjid ini, inilah dia tempat berlakunya turunnya wahyu di mana arah kiblat ditukarkan daripada Masjid Al-Aqsa kepada Masjidil Haram. Di mana, semasa turunnya wahyu tersebut, Nabi Muhammad SAW sedang mengimamkan solat, mendapat wahyu. Dan ketika itu, Nabi Muhammad SAW, berpusing sebanyak 180 darjah, dan bergerak menerusi jemaah sehingga ke barisan terakhir. Dan ketika itu, baris pertama menjadi baris terakhir dan baris terakhir menjadi saf pertama dalam solat tersebut.


Geng budak bilik berlatar belakang Bukit Uhud

Destinasi kedua kami adalah ke Bukit Uhud. Dan disini, kami diperdengarkan kisah perang Uhud oleh Ustaz Syafiq. Di mana dalam perang ini, tentera Islam kalah kerana pemanah ingkar dengan perintah nabi, untuk kekal berada di bukit memanah walau apa pun berlaku.


Bukit memanah


Pemandangan daripada bukit memanah
Kawasan lapang di dalam gambar itu adalah kawasan perkuburan orang Islam yang mati syahid dalam perang Uhud. Di sinilah kuburnya Saidina Hamzah

Dalam pukul 10 lebih, lawatan kami pon tamat, dan kami semua naik ke bas untuk bergerak ke hotel penginapan. Dan berapa untungnya kami, hotel yang ditempah sangat berdekatan dengan Masjid Nabawi. Haa, berapa punya dekat ? Keluar daripada bangunan hotel, dalam 30-40 langkah, dah sampai gate Masjid Nabawi. 


Bersambung nanti boleh tak ?