Hargai apa yang anda ada sekarang ..

August 06, 2009 iPai 7 Comments

Salam,

6 Ogos 2009, jam menunjukkan 3.05 petang dan aku sedang menghala keluar daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, setelah tamatnya perbincangan Kumpulan Subjek Control ...

On d way keluar, aku nampak seorang pak cik sedang mengangkat plastik hitam (sampah daripada skul kimia) ke dalam lori, yang lori ye bukan laa lori sampah, tapi lori angkut barang ...

Aku lalu tepi lori itu dan aku ternampak seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan 3-4 tahun ... kanak-kanak itu menemani bapanya bekerja ..

Tiba-tiba hati aku runtun ketika melihat kanak-kanak itu... kerana mungkin dia terpaksa menemani bapanya .. mungkin bukan kemahuannya untuk menemani bapanya ... dan mungkin juga tidak dapat menjalankan aktiviti seperti kanak-kanak lain ...

Dan hati aku bertambah runtun, bila membayangkan apabila kanak-kanak itu, apabila besar, menjadi beban masyarakat .... membuat perkara-perkara yang menjatuhkan maruah keluarganya .... Menyusahkan ibu dan bapanya ...

Bagaimanakah hati seorang bapa, yang bertungkus-lumus untuk mendapatkan duit untuk kanak-kanak tersebut ... apakah yang dia rasa, apabila harapan untuk melihat anaknya berjaya, menjadi impian semata-mata ... khayalan semata-mata ...

Terdetik dalam hati,mendoakan kanak-kanak tersebut ...
'Ya Tuhanku, Yang Maha Esa dan Maha Pemurah, Kau jadikanlah kanak-kanak lelaki itu, apabila besar, menjadi insan yang berbakti kepada ibu dan bapanya. Amin'

Hargailah apa yang kita ada sekarang, kerana tidak semua orang dapat merasa apa yang kita dapat ...

7 comments:

sweetpearl24 said...

fuh..sedeyh pulak rasanya..
sob sob..

*jum doa ramai2..amin..
nghee~~

iPai said...

yup .. masa time tuh, rasa cam sedeyh gile ...huhu ... ape kes ntah, sedey ..

sweetpearl24 said...

ish ish ish...
ape sedeyh2 nih...
tak rock ar..
dah3..hehehe..

tahukah anda,
org yg banyak bersedey akan kelihatan lebih tua dari usianya,
ahaa...gembiralah slalu..wee~~

nikillas said...

wah.. berhati permata rupanya ko ye.. huhu..

iPai said...

nik : berhati permata ?? wah, leh aku kikis sket, dan g jual .. hehehe

sweetpearl : ape plak, tuh kalo muka tak senyum laa ... hehehe ... ok2 .. semua org kene senyum k .. kene senyum ..

buKaNsaLwa said...

bukan permata la
tapi hati kaca..
woopz~
huhu...
but then, seyesly..
sedey gak.
so, bersyukurla dgn kurniaan-Nya..
hargai org sekeliling kite =)

iPai said...

bukansalwa ?? then sape ekh ?? hehehe ... thanx for the comment ..