Jubah merupakan fesyen

December 04, 2011 iPai 8 Comments

Salam



Di Malaysia, nampak sahaja yang berjubah akan dianggap Pak Imam atau anak pak Imam. Dan kerana itu sukar, kita melihat orang kebanyakkan memakai jubah. Ini kerana risau akan dianggap sesuatu yang bukan dirinya sendiri.

Namun di sini, insan yang baik atau jahat, akan berjubah. Kerna jubah merupakan fesyen bagi masyarakat penduduk arab. Pakaian jubah juga merupakan pakaian rasmi dan formal ke pejabat. Jadi ia tidak dianggap janggal malah ia merupakan fesyen bagi lelaki.

Kalau pada musim biasa (panas) akan kelihatan penduduk arab lebih selesa dengan berpakaian jubah putih. Maka ketika itu, mata kita akan merasa jelak dengan warna yang sama.

Namun, apabila tiba musim sejuk (dah mai dah musim sejuk tuh), penduduk arab lelaki mengenakan jubah berwarna dan bercorak. Sedap sikit mata memandang dengan kepelbagaian warna


8 comments:

Ira Bulat said...

metallity org kat sini, kadang-kadang bila aku nak g kelas pakai jubah pun segan sebab orang ingat aku nak transform jd "ustazah". tu yang bila dah nak pakai, letak balik. amik baju lain. haha.

sedap mate memandang kot bila pakai jubah kan.

Dear bella said...

Kat uia, nampak lelaki berjubah adalah perkara biasa... ^^

ppuan pakai jubah pon diaorg kata..close minded

syuxer said...

aku kadang-kadang beranggapan bila orang tu pakai jubah, automatik mind dah set yang orang tuh memang dari jiwa yang baik dan disanjung oleh orang ramai..

dikatakan,pemakaian jubah menarik perhatian mak cik dan pakcik untuk jadikan menantu hehe..

Unknown said...

Jubah pakaian yg cantik dan dihormati bagi yg memandangnya. :)

*hari ni baru kesempatan buka blog, cuti katakan.haha

Orang sini memang nampak pelik je kan. ada uncle n aunty yang menetap kat qatar, diorang pun cakap kat sana jubah tu dah jadi biasa, bila balik malaysia jadi kekok nak pakai baju biasa :)

Ezad Skytech said...

mentaliti rakyat Malaysia mmg macam tu..pakai jubah je..akan dianggap macam tu...

kalau kat Malaysia pakai kemeja..kat sana pakai jubah sebagai pakaian formal untuk ke pejabat...sama je kan...hee~

pergh... smart aper berjubah