Jubail

December 26, 2011 iPai 4 Comments

Salam

Inilah bandar yang aku duduk sekarang. Jubail terletak sebelah timur, berhampiran perairan Persian Gulf. Bandar yang dahulunya dipanggil 'Bandar Lama Al Jubail', merupakan sebuah perkampungan nelayan hinggalah pada tahun 1975, ia membangun sebagai kawasan perindustrian.



Pada tahun 1975, Jubail telah dijadikan sebagai bandar perindustrian rasmi oleh kerjaan Saudi Arabia, dan sejak daripada itulah ia membangun dengan pesat. Bandar perindustrian baru ini kemudiannya diberni nama; 

Madīnat al Jubayl aṣ Ṣinā`īyah (Bandar Perindustrian Jubail)

Bandar Perindustrian Jubail ini merupakan kawasan industri yang TERBESAR di dunia yang mengandungi industri petrokimia, baja, besi dan pelbagai industri sampingan. Bandar ini juga terdapat kawasan tentera Saudi Arabia iaitu Royal Saudi Naval Base dan Commercial Port  and Military Air Base. Di sini juga terletaknya syarikat terbesar dari kawasan Timur Tengah dan syarikat petrokimia ke-4 terbesar seluruh dunia iaitu SABIC (Saudi Basic Industries Corporation). Jubail juga merupakan tempat letaknya pemprosesan pengnyahgaraman air laut yang terbesar di dunia (untuk bekalan air harian) iaitu, MARAFIQ. 

4 comments:

eddy syrol said...

first time dgr nama bandar ini (~_~)

peAceStarZ said...

salam...betul2 first time dengar bndar nie, dan macam2 ada kat sana..
tp kenapa Ipai stay sana?? =="

Mr.Superman said...

aku rasa aku pnh dgr la..mungkin dlm jejak rasul.

xpernah dgr...btw, perkongsian menarik la ipai !!