Serius (yang ni bukan blog serius) Peluang kencing kat muka kawan korang !!!

April 03, 2011 iPai 7 Comments

Salam

(Explaination pasal tajuk ni ada kat gambar orang yang pejam mata kat bawah)

Ops. Kawan-kawan blogger yang dekat dengan aku jangan terkejut ye. Actually ni aktiviti yang dah lepas lama dah. Cuma aku je tak hupdate pasal menda ni. Time tu busy nak ber-FYP. Malam ni tangan plak gatal nak hupdate. Tok Wan kata, ubat dia, kena update blog. Baru tak gatal. Aku sebagai cucu dan cicit yang baik, maka kena laa update blog. TERPAKSA OK !! Sebab tangan ini gatal. (Orang lain plak, semua mesti tengah sibuk tengok Anugerah Berita Harian)

Seingat aku, 12 March 2011, merupakan hari pilihan bertuah untuk kitorang hiking. Waktu tu, baru lepas dateline besar report, jadi masing-masing jadi gila nak lepaskan tensen. Aktiviti ni pun memang dah lama rancang, cuma nak pilih masa yang sesuai je. Maka, kalau korang jenis yang suka hiking dan alam sekitar ni, recommend korang untuk datang sini. Dulu pernah datang ke sini, dengan 3 orang member, kali ini team hiking bertambah laa banyaknya.

Bagi aku, dalam banyak-banyak hiking ke Pantai Kerachut ni, yang ini paling the best. Haa, nak tahu kenapa ? Meh tengok gambar-gambar kat bawah ni. (Atas permintaan Suya, saya tak edit gambar-gambar ini ok. Saya amik fresh dari oven er kamera. Tapi takde laa fresh mana pun. Dah basi dah).

 Ni tengah bincang nak pergi pantai mana. Ada 3 pantai dalam taman negara Penang ni


 Sambil menunggu peserta daripada Kedah sampai, possing-possing dulu

 
Semua dah sampai, baru boleh gerak masuk


 Yang ini, tak sampai lagi pun nak amik gambar banyak-banyak


 Amik gambar lagi kan


 Possing lagi !!


Hiking pun mesti jaga keterampilan juga. Pakai sunglass, baru style (Bunyi muntah kat belakang)


Haa, ni laa Cik Sweet Pearl. Sapa-sapa berminat, contact saya ek, nanti saya kasi jalan.


En Bob berasa bangga kerana berjaya membawa buah tembikai ni. Berat katanya


 Bila dah sampai, melantak laa. Apa lagi !!!


Sambil makan, sambil buat possing Oh Yeah ! Yang ni, lecturer kat school Chemical Engineering. Dia ni ada bercadang nak tukar profession nak join team lakonan Afdlin Shauki untuk Oh Yeah !

 Lepas tuh, apa lagi terjun laut laa. Beb, keterampilan kena jaga beb, dalam laut pun boleh pakai sunglass (Muntah lagi)


Namun, hanya aku sahaja berjaya turun ke laut. Kerana kawan aku si Bob ni kena serang dengan obor-obor. Aku rasa, masa aku berenang membuatkan obor-obor datang ke tempat mandian kitorang, dan Bob jadi mangsa. Katanya, dia kena kejutan eletrik kat muka (tengok dahi dia merah), tangan dan kaki dia. Kesian dia. 10 minit dia duk diam sebab nak tahan sakit.
Namun, ada ubatnya. Ubatnya adalah kencing kat tempat kena sengat obor-obor tuh. Amacam ? Korang agak, kitorang kencing kat muka dia tak ? Hahaha. Of coz laa tidak, melainkan kalau Bob ni suka buat hal, boleh juga ada yang berebut nak kencing kat muka dia. Hahaha

Selain air kencing, benda lain yang korang boleh guna adalah spray cuka kat tempat kena sengat tuh. Kalau di Pantai Kerachut ni, memang ada satu pondok kawalan yang menyediakan air cuka. Korang boleh lee mintak kat diorang. Pinjam je ye. Jangan bawa balik pulak. Sian plak kat orang lain yang kena sengat nanti.


 Bila suasana kembali tenang, program diteruskan dengan sesi terapi kecantikan. Masing-masing buh pasir hitam yang dapat kat Tasik berdekatan, dan di sapu ke muka. Dan hasilnya;







 Haaa, nah HAMBIK KO !!!


 Lepas tuh balik. Uhuh. Terima kasih kepada semua. Best gila hari tuh !!!

7 comments:

sweetpearl24 said...

hai..saya cik sweet pearl =D

iPai said...

ahah .. sila2 promote wani !!

ogies said...

pasir itam = lumpur...
addooiii, skema lak sebut pasir itam.. haha

iPai said...

hahah ... biar laa .. pasir hitam kot .. hahah

Afikah Aziz said...

jerawat leh hilang klu cenggini hehe

iPai said...

@Afikah Aziz
ohoo .. memang jerawat n jeragat semua hilang

hahha...lawak tengok muka tu penuh lumpur