Prosedur, cara membuat passport Malaysia antarabangsa serta cara renew (perbaharui) passport

September 13, 2011 iPai 70 Comments

Salam

(Info updated on 29 Ferbruary 2012)

Sibuk sikit dalam dua hari ni. Macam-macam kena buat. Salah satunya kena pergi buat passport. Jadi hari ini aku share, cara dan prosedur membuat passport Malaysia Antarabangsa dan cara renew passport yang tamat tempoh. Aku share secara ringkas sahaja ye, sebab untuk kes-kes tertentu boleh rujuk di Portal Rasmi, Jabatan Imigeran Malaysia. (Makluman, entri ini dibuat pada 13 September 2011, jika ada yang membaca pada masa akan datang, mungkin cara dan maklumat ini sudah berubah).


Passport baru ni cam lawa sikit la. Bila renew passport baru, passport lama akan digunting seperti gambar kanan 


Cara buat passport Malaysia Antarabangsa
Benda-benda yang perlu dibawa masa buat passport 
  • Mykad**
  • Fotostat Mykad (Depan belakang, sehelai sahaja) 
  • Gambar berukuran passport (2 keping background biru)
  • Duit***
  • No. Surat Beranak (Memudahkan pengisian borang)
  • Info mengenai ketinggian pemohon (Memudahkan pengisian borang)  

Cara renew (perbaharui) passport Malaysia Antarabangsa 
[Sebab renew: Passport tamat tempoh, Urusan visa baru yang memerlukan tempoh sah passport lebih daripada 6 bulan, Passport kehabisan mukasurat.]
Benda-benda yang perlu dibawa masa buat passport 
  • Mykad** 
  • Fotostat Mykad (Depan belakang, sehelai sahaja)
  • Bawa passport lama (Penting - Passport akan dibatalkan)
  • Gambar berukuran passport (2 keping background biru. PENTING: Gambar ini seharusnya berbeza dari gambar passport lama. Dengan erti kata lain, jangan recycle gambar passport yang digunakan dalam passport sebelumnya. Pergi ke kedai dan ambil gambar baru)
  • Duit***
  • No. Surat Beranak (Memudahkan pengisian borang)
  • Info mengenai ketinggian pemohon (Memudahkan pengisian borang)  

Mykad**
Semasa pengurusan passport berlangsung, Mykad anda akan digunakan untuk membaca info peribadi anda. Dan pada ketika itulah, baru anda tahu yang Mykad anda mempunyai masalah (kebiasaannya masalah cip). Dengan itu, anda diminta untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat Mykad baru.

Menunggu Mykad baru siap akan mengambil masa selama beberapa minggu. Maka, semasa membuat pembaharuan Mykad, sila maklumkan kepada pegawai tujuan pembaharuan Mykad ini adalah bagi menggantikan Mykad yang rosak, semasa pengurusan membuat passport. Pegawai di kaunter akan memberi satu slip khas (IC sementara, selain daripada resit pengambilan Mykad) untuk membolehkan pengurusan rasmi seperti membuat passport. Sila buat salinan IC sementara dan sertakan sekali bersama borang membuat passport.

Duit***
[Sebelum ini, harga passport ditentutkan dengan bilangan muka surat (32 m/s atau 64 m/s). Tetapi kini, passport dibezakan harga dengan tempoh tahun (seperti tertera di bawah) dengan bilangan 48m/s passport.
Bayaran untuk passport adalah seperti berikut;
  • RM 100 - untuk 2 tahun
  • RM 300 - untuk 5 tahun 

Selepas selesai semua urusan borang dan bayaran, passport akan diproses dan akan siap selepas 1-2 jam berikutnya. Jadi susunlah masa dengan baik. Penting: Tuan punya passport haruslah datang untuk mengutip passport yang siap, kerana wakil/kawan/sanak sedara tidak dibenarkan untuk mengambil passport.

Info tambahan: Bagi sesiapa yang membantu warga emas untuk pembuatan passport, sila maklumkan kepada kaunter angka giliran. Selepas mengambil nombor, pegawai akan menunjukkan kaunter khas untuk warga emas, tanpa menunggu giliran.

Moga info ini akan memberi manfaat


Jawab Soalan

1. Ada angkat sumpah tak wat pastport ? By Fazli O'Shea
Aku tak pasti plak kalau pasal angkat sumpah ni. Kena tanya pegawai sana.


2. Saya ada satu situasi.. Surat beranak asal mmg dah hilang tapi No saya ada. Mykad pulak cip mmg tk leh pakai.. Nak redah gi imi terus ke or nak kena buat mykad dulu.. Nak guna minggu depan.. Kusut nih.. Mintak pendapat rakan2.. Tq
Saya sarankan buat mykad dulu. Hari tuh saya renew mykad tak perlukan surat beranak. Kalau perlukan juga, kena laa buat surat beranak baru kat JPN. Apa-apa pun boleh tanya pegawai. Yang penting buat mykad dulu.

70 comments:

Unknown said...

wahh ipai thank info..tapi belum terfikir nak keluar negara..p

baru je buat aritu..thanks share info berguna ni :)


p/s: mesti ipai busy gilerrr kan..bagi setel la dulu segala urusan tu k..nnti ada masa boleh borak2 lagi :)

Careila said...

thanks untuk info ni Ipai..
Ipai ila tagg Ipai dalam segmen XXtra follower..jom join..:)

me suya said...

Ipai nak ke Saudi? waaa bila berangkat.. Good job my friend! hehehe Suya xrenew lagi passport.. tp nk g jalan2 laaaa :)

Akunyer said...

adeii pasport kena renew nih.. pas baca entri iPai ni baru teringat pasport da nk expired.. tq tq :)

Unknown said...

ko dah buat pasport kan? jom kt g paris. hahaha

Acik said...

wahhh
iPai nak pegi jauh ye? sambung study ke? tahniah!

Yumida said...

bez nyer da passport...jelessss

ct kektus said...

dah pernah dah buat pasport yg dua tahun. tapi tak pernah guna lagi. tersa rugi pulak buat pasport tu dulu2. hukhuk

further study mana ipai??? :D

Ezad Skytech said...

hee..thankz untuk info ni ipai..tapi rasa lambat lagi kot nak buat passport..tak tahu nak g mana..hee~

Anonymous said...

aku susah sangat nak buat passport kat kl ni. aku kan sabahan jadi kene tunggu sebulan!oh tidak!. kalau nak cepat aku kene buat kat sabah.ish ish ish.

encik iPai. maaf Jue bz jadi aku tolg jawabkan. nak tau siapa yang tulis entry kan lepas title entry tu ada perkataan "ditulis oleh...". tak pun biasanya kat penutup tu ada sign sama ada hanie atau jue. ni kes tak baca habis la ni. hukhuk.

yang 1 jam ni dekat putrajaya aje kan?

Anonymous said...

ala iPai.tak yah jeles. nanti ur besday mesti ur gf kasi kek. kan. kan. gi mintak kat gf.

Shaherah said...

shera buat passport tok 5 tahun nyer.. malas nk buat bnyk kali.. hehee..

anismelon said...

ipai nak kemane..further study erk..nak ikot..:D

RHI said...

masa sekolah rendah dulu pernah buat, bayaran pun murah lagi masa tu, siap pun lambat, ambil masa 1 minggu rasanya, tapi sekarang 1 jam dah boleh siap

waa.....mahal gak passport eh.

iPai said...

@Bro ahmad
tak pe .. nanti kalau ada, leh jenguk sini ..

iPai said...

@Tea Dno
jom pergi singapore jalan2 .. hee

iPai said...

@[sutera kasih]
eh syaza pon buat juga ..

iPai said...

@Nor Fadila Rosli
hee, thanx tag .. esok akan post .

iPai said...

@me suya
ops .. heee .. tak tau lagi bila ..

mari renew then kita g jalan2 ..

iPai said...

@~~Ticer Wann~~

hee . jom renew, lepas tuh kita g jalan2 ..

iPai said...

@Cik Aish
wahh .. paris tuh .. jom2 . nak pergi gak .. tak pernah pg paris .. uhuh

iPai said...

@Acik
opss .. suprise .. nanti achik tahu k ..

iPai said...

@Yumida
eh nanti yumida boleh buat juga .. akan datang

iPai said...

@siti kektus
eh jangan buat saja2 .. mahal kot ..

iPai said...

@Ummi_R❀salici❀us
nanti bgtau k .. suprise .. heee

iPai said...

@Ezad Skytech
hee. nanti kalau ada hala tujunya buat laa satu ..

iPai said...

@Hanie_Dew
ops .. lepas je komen, dah perasan tulis kat mana .. hehehe

iPai said...

@dhiera
rasanya pejabat jpn yang besar2 je .. seremban ye pon satu jam juga

iPai said...

@Hanie_Dew
hee .. cenggitu ye .. baik2 ..

iPai said...

@Shaherah
wah2 .. 5 tahun tuh .. lama tuh !!

iPai said...

@anismelon
hee .. nanti orang bgtau k .. nak ikut leh, tp anis buat passport dulu .. heee

iPai said...

@Yatie Awang
tu laa .. skrang dah cepat dah ..

iPai said...

@najihah sahami
boleh tahan laa .. tapi rasanya yang dulu punya lagi mahal ..

ok ! bagitau nanti :D

zuneta said...

nak g mana?? g jepunnnn...hehe.

Jue said...

Aku plg benci tunggy passport siap lbh2 lg bila tmpt tu xde byk tmpt utj mrayau hoho. Nak main hp takut kna ragut, nak main lappy takut kna rampas, nak bc mag takut kena jeling ngan owner kdai hahaha

Beb, sorry x g blog ko bbrapa hr nie. Bz giler wuwu

Anonymous said...

eyh kejap je nak urus pasport..??
bukan amik mase berbulan-bulan ke pasport siap..?

cik jannah said...

kena bawak gambar yer?

sarah hata said...

bukan rm300 ke untuk 5 tahun?

Anonymous said...

Nak tanya, kalau renew; nombor passport berubah tak? thanks in advance.

Fazli O'Shea said...

ad angkt su
mpah x wat pastport

Fazli O'Shea said...

ad angkt su
mpah x wat pastport

Anonymous said...

Saya ada satu situasi.. Surat beranak asal mmg dah hilang tapi No saya ada. Mykad pulak cip mmg tk leh pakai.. Nak redah gi imi terus ke or nak kena buat mykad dulu.. Nak guna minggu depan.. Kusut nih.. Mintak pendapat rakan2.. Tq

Unknown said...

kalau passpord kita lagi 2 minggu tamat tempoh...ada masalah x nk renew...? please info...tq...:)

Unknown said...

kalau passpord kita tamat tempoh lagi 2 minggu...ada masalah ke nk renew? info please...tq...:)

iPai said...

@muhammad fairul

takde masalah .. renew sahaja .. kalau dah tamat tempoh, proses dia mcm buat passport baru ..

Anonymous said...

nak tanya sikit boleh tak?
kalu pasport mati bln 6 2013, kira nya bln 12 2012 kena renew kan...kalu nak beli tiket flight bln 1 2013 mcm mana?kena renew dulu ke boleh beli dulu tiket flight?tolong saya...saya tak tahu sangat....terima ksih

iPai said...

@Anonymous

Saya dah tidak berapa ingat pasal details sebegini .. kalau flight (ke negara tersebut) itu akan melibatkan pemerolehan visa, memang tempoh minima untuk memohon adalah 6 bulan sebelum tamat tempoh passport.

Jika tidak, anda dikehendaki untuk memperbaharuinya.

Tidak ada masalah jika lawatan hanya untuk jangka masa yang pendek.

Sila pastikan dengan pihak imigresen.

iPai said...

@Anonymous

Er, rasanya macam dah jawab ari tuh. Walaupun dah lewat, saya jawab juga ye ..

Sila buat mykad baru dan sila maklumkan kepada pegawai (semasa membuat mykad baru) untuk memberi salinan sementara IC yang boleh digunakan untuk memohon passport ..

Penghasilan mykad baru (kad keras, warna biru) mengambil masa dalam sebulan, dan sementara itu pemilik kad akan memakai kad sementara.

iPai said...

@Fazli O'Shea

Tiada angkat sumpah

iPai said...

@Anonymous

Nombor passport akan berubah bila renew passport baru .

Anonymous said...

yer mmg nom pasport akan berubah...mslh nye sy nak beli tiket dlu br renew pasport...boleh x mcm tu?
- mr k -

iPai said...

@Anonymous

tak boleh rasanya .. cuba awak cek dgn syarikat kapal terbang .. boleh tukar tak ..

Anonymous said...

salam..passport saya hilang..tapi saya ada buat passport sementara..sah laku hanya setahun dan sekali perjalanan(emergency passport)...saya nak tanya..jika saya mahu pulang ke malaysia..tarikh tiket saya 4/9/12.. tapi passport saya mati 8/9/12.. sah ke perjalanan saya...

iPai said...

@Anonymous

Bahaya ni .. kalau jadi begini, kena pergi tanya siap2 dgn pihak yg berkenaan ...

takut tak sampai malaysia jee

waw.. info yg sgt menarik.. saya nk buat passport utk trayel dgn wife ke Bali...

iPai said...

@QeuZa GeneRation

Selamat bercuti ^_^

Saya mau nanya, pada saat daftar online saya tidak dapat menemukan status pekerjaan pelajar disana..

Soalnya kan kalau data diisi secara online khususnya buat status pekerjaan harus sama dengan KTP yg dibawa pada saat iu. Nah permasalahnnya status saya sebagai pelajar sedangkan tidak ada pilihan yg cocok untuk itu bagaimana seharusnya pilihan yg tepat.. terima kasih bpk/ibu/mas/mbak

Unknown said...

tertiba baca blog ni, sahaja nak dapat info sikit.

Unknown said...

Salam..sy nak wat pasport tp kita kene bwk sdri gmbar or leh snap kat cne.? Lg 1 pakaian n tudung bebas or ada syarat2.?? Plzzz..

Unknown said...

Salam..sy nk g bwt pasport tp sy krg pasti sama ada snap gmbar kat cne or bwk gmbar sdri.?? 1 lg pakaian n tudung bebas colour or ada syarat2 nyer?? Plss share..tq...

Unknown said...

Salam..sy nak wat pasport tp kita kene bwk sdri gmbar or leh snap kat cne.? Lg 1 pakaian n tudung bebas or ada syarat2.?? Plzzz..

miera said...

Nk tanya..kalau saya wakilkan adik saya untk buat passport saya boleh x??..
Kiranya dokumen2 yang diperlukan saya siapkn awl2 la..

miera said...

Nk tanya..kalau saya wakilkan adik saya untk buat passport saya boleh x??..
Kiranya dokumen2 yang diperlukan saya siapkn awl2 la..

iPai said...

@Shema Khashari

Maaf lewat membalas ..

Bergantung kepada pejabat imigresen .. kebiasaannya sekarang, pejabat imigresen menerima gambar yang dibawa

Dan jarang sekali ada perkhidmatan gambar di pejabat imigresen (bergantung kepada pejabat imigresen tersebut)

iPai said...

@miera

Saya merasakan tidak boleh .. kerana akan ada thumb print ..

Tambahan, untuk warga emas juga perlu hadir sendiri untuk membuat passport, maka kita pun kene hadir