National September 11 Memorial | See the Google Earth 9/11 Memorial Virtual Tour

September 12, 2011 iPai 12 Comments

Salam

Badan penat drive 3 jam dari Skudai, selepas hantar adik ke UTM (Tak sempat nak ajak Keroro jumpa). Tambahan, malam sebelum itu aku tak dapat tidur sebab atuk sedara meninggal dunia (jika tidak keberatan, minta sedekahkan pahala al-Fatihah kepada arwah). Tapi sekarang masih tak dapat nak tidur. Mungkin banyak sangat minum power root, kesan cafein tak hilang lagi. Luang sedikit masa nak update sikit, sebab mungkin Isnin pagi akan sibuk dengan perancangan lain.

Buat adik-adik yang dah masuk belajar balik, Selamat memulakan pengajian di semester baru. Usahalah dengan gigih untuk mencapai kejayaan. Dan jangan tumpu pada pembelajaran dalam kelas sahaja, tapi tumpukanlah juga pada pembelajaran luar kelas. All the best !!! 



Tahun ini dah genap 10 tahun sempena memperingati kejadian 9/11. Jadi pernah dengar pasal National September 11 Memorial ni tak ? Aku pun baru tahu bila tengok Discovery Channel tadi. Kalau tak tengok tadi memang tak tahu langsung pasal benda ni. National September 11 Memorial adalah satu binaan sempena memperingati 3 000 orang mangsa serangan pada 11 September 2001 di World Trade Center, berhampiran Shanksville. Walaupun terdapat banyak konspirasi mengenai serangan 11 September 2001 ni, namun nyawa manusia yang terkorban itu tidak seharusnya menjadi sia-sia. Moga yang benar itu akan menang pada akhirnya.

National September 11 Memorial

Jika korang tengok pada 2 petak dalam gambar di atas, ia adalah tapak asal menara bekembar World Trade Center dan sekarang ia dibuat kolam. Arkitek Michael Arad dan arkitek landskap Peter Walker (pemenang design untuk Memorial ni daripada 5,201 penyertaan daripada 63 negara pada tahun 2003) mereka air terjun terbesar buatan manusia di Utara Amerika di tapak yang sama. Tambahan, semua nama mangsa akan diukir di tepi kolam tersebut.

Antara gambar lain;


 Nama mangsa yang terkorban akan diukir di pinggir kolam air terjun


Bahagian muzium 


Perhiasan dalaman

Jadi kalau nak lagi stylo, bolehlah pergi ke;

Mari tonton video ringkas ni;



Sumber: Official 9/11 Memorial site

12 comments:

al-fatihah kepada arwah..

ohh..hantar adik ekk ipai..pesan kt adik belajar rajin2 :)


thanks share info 9/11 tu..cantik memorial tu..hmmm

Alif Haris said...

al fatihah buat arwah juga ..huhu

memorial tu memang style kan .. huhu

ct kektus said...

owh. baru tau ada memorial ni. ;)





lain kali turunlah skudai lagi. haha ;p

cantik tuu design dia......

Ezad Skytech said...

Al-Fatihah buat arwah..

cantik design kolam tu..aq pon baru tahu ni..:)

Al-Fatihah..

kolam tu mcm menarik je..saya pon baru tahu..

iPai said...

@[sutera kasih]
baik .. akan disampaikan

iPai said...

@alif haris
thank u alif haris

iPai said...

@siti kektus

sitik kat situ juga ke ?

iPai said...

@merahitujambu
tu laa .. kagum juga ni

iPai said...

@Ezad Skytech
yup2 .. sama2 laa kita baru tahu

iPai said...

@.izzati liyana.
haa, betul2 .. menarik kolamnya ..