Bila salah masuk tandas perempuan, aku ...

Salam

Panas !! Panas !! Aku salah masuk tandas, termasuk tandas perempuan. Haish. Macam manalah boleh tersalah masuk ni. Dua minggu lepas, selepas Career Fair 2011 di USM aku dapat offer kerja di Western Digital. Alhamdulillah, belajar nak tinggal lagi 2 bulan lagi kerja yang konfirm dah tunggu kat luar.

Jadi, disebabkan itu, aku kenalah pergi ke kilang Western Digital ni kat Bayan Lepas, Pulau Pinang. Jumpa HR semua, then akak tuh suruh la masuk ke dalam pergi ke klinik. Di dalam klinik tuh, kena laa buat Urine Test. Biasalah kan orang-orang semua yang busy-busy ni, banyak kerja, diorang malas nak terang panjang-panjang sangat. Diorang expect korang pandai cari jalan sendiri, mak cik yang jaga klinik tuh, bagitau la,

"Amik bekas ni, jalan keluar dari klinik ni, ada tandas belas kiri"

Then, berjalan-jalan laa termangu-mangu mencari tandas. Biasanya carila pintu yang ada sign ni kan;


Nak dijadikan cerita, dua-dua tandas laki dan perempuan time tuh sedang dicuci. Bila cuci, cleaner biasanya gantung la sign "KERJA PEMBERSIHAN SEDANG DILAKUKAN" Macam ni haa;

Bila korang laa di tempat aku, korang agak korang perasan dua sign ni lain tak ? Aku, apa lagi, masuklaa. Opocot Mak Kau. Ni tandas mak nyah ke ? Sejak bila mak nyah pakai tudung ni? Sampaikan ada lelaki pakai tudung siap ni. Rupa-rupanya aku salah masuk tandas. Nasib baik aku tak masuk jamban lagi. Akak yang ada depan cermin tuh kata,

"Dik tandas laki belah sana dik. Depan sikit"

Apa lagi, tebalkan muka, senyum dan cakap terima kasih ya kak. Fuh, nasib baik laa akak tuh tak jerit, kalau tak hot aku kejap kat kilang Western Digital tuh.

Hari ni pergi untuk medical check up mata, x-ray dan lain-lain di klinik panel, area Sunshine Square. Lepas tuh pergi Western Digital sekali lagi hantar Sijil peperiksaan daripada SPM sampai ke Universiti  berserta dengan borang feedback internship. Lepas tuh, Balik.

Jadi untuk melengkapkan slogan tajuk tuh,

Bila salah masuk tandas perempuan, aku senyum, cakap terima kasih dan keluar balik laa. Takkan korang nak guna tandas tuh juga. Haddoi !!

My final year project !! Episode #2 - Magic Charcoal

Salam

Previously, I posted about my final year project which is called The Production of Activated Carbon From Palm Oil Shell.

Today, I will share with you guys about the application of the activated carbon. As you can read from the previous post (link is up there), the activated carbon produced will be having many pores inside the material. You may see the activated carbon are just small particle as big as tiny beads, but inside there are pores.


The amazing facts about this pores are, the surface area that could get from the pore. From the OTAI (old timer a.k.a professional) researcher, they could get up to 1200 metre square per gram. Yup. 1 gram of the activated carbon they produced is equal 1200 metre square surface area. If 2 grams, 2400 metre square. The size of the football field, (source from Fédération Internationale de Football Association) a football field is;


120 m x 90 m equals to 1080 metre square

If we compared the size of the football field with the activated carbon surface area, the activated carbon is as vast/wide as the football field. And that is only for 1 gram. If I have 5 grams, I already have 5-6 football field area in my hand.

Now, imagine the vast surface area of the activated carbon have a tiny sticky molecule that function to hold other molecule. The activated carbon could adsorp the molecule in the gas and the liquid phase (see the first picture shown above) . In the environment application, the activated carbon can be used to adsorp hazardous molecule before the waste water that is discharge from the factory to the river. (Adsorp - imagine it like a span which adsorp the water)

To help you understand more, I prepared a few pictures from my experiment in the application of the activated carbon;
This a solution with a dye in it. A dye is a colour pigment. In this case the colour pigment is blue and it is so highly concentrated as we only see it as dark blue colour, it is 100 ppm. (ppm stand for part per million a unit represent concentration). The dark blue colour is called methylene blue;
Methylene blue molecule


Then we put the activated carbon in it, and leave it for a night. Tomorrow morning you will get this;
Yup. Believe it or not, the dark blue colour molecule have been adsorp (imagine like a span) by the activated carbon. This is just for colour molecule. Same application can be use for other process. Even now, I heard, some company are selling the activated carbon which place in the small box. And this box can be put in the fridge which to adsorp the odour in the fridge.

Other than that, have you seen the water filtration which become famous right now, for example Coway, Elken or the one that been place in front of the shop which you buy 20 cents for 0.5 L (if I not mistaken), all of it are using the activated carbon as part of the water filtration process.
Different size and type of activated carbon been use in this filtration process.


Believe it or not ?

Kisah Benar - Test 8 Jam - Pukul 9 pagi hingga 5 petang

Salam

Pergh. Gila betul hari ni. Ini semua angkara Group & Open book Test Plant Design.

Korang penah mengimpikan test/ujian yang dijawab beramai-ramai bersama kawan-kawan korang? Baik korang tak yah mintak kot, sebab lecturer korang akan bagi soalan yang mustahil untuk dijawab.

Bayangkanlah saja kerumitan tahap dewa ke hape ke, sampaikan masa yang diberikan kepada setiap kumpulan untuk jawab 4 soalan adalah daripada 9 pagi hingga ke 5 petang.

Walaupun 8jam diberikan, namun semua orang berlari-lari ke pejabat semasa hendak hantar jawapan pada pukul 5 petang. Tandanya, tak cukup masa nak jawab.

Soalan yang diberikan adalah soalan projek kira-kira. Bulan Januari yang lepas, setiap kumpulan dengan projek Design Plant/Merekabentuk Loji, akan mengira kos. Walaupun masing-masing tahu cara pengiraan dan menggunakan software untuk soalan ini tetapi, masa 8 jam tuh tidak cukup untuk semua itu. Haish.

Test ni korang bebas menggunakan apa saja teknik yang boleh, janji dapat jawapan. Aku ingat nak post gambar bagi korang tengok macam mana keadaan huru kitorang ni. Ada yang duk lari ke sana ke mari. Ada yang jalan-jalan asik tanya jawapan. Penuh library dengan student Chem Engieering je. Tapi yang aku sempat amik adalah;

Gambar lepas test. Sedang berehat sebentar setelah kepenatan otak yang melampau


 Lepas tuh release tensen, pergi makan McD. Wakaka

Secara jujurnya, aku sendiri boleh kata, jawapan yang aku buat tadi salah. Hahaha. Tak kisahlah kan, janji aku bagi benda yang diminta dalam soalan. Huhuhahahah



Strategi pasang iklan Advertlets dan Nuffnang serentak dalam blog

Salam

Haa, nak tau tips dia, kena la baca sampai habis.

Sebelum ini aku ada cerita pasal eksperimen yang aku buat tentang; apa yang akan terjadi jika kita letak iklan Nuffnang dan Advertlets. Meh klik sini untuk baca post tersebut.

Dalam post tersebut, aku mungkin lupa nak stresskan pasal, apa yang akan terjadi kalau korang letak kedua-dua kod tersebut dalam blog korang. Dan mungkin juga sebab tajuk post itu sendiri telah menyebabkan korang hilang status Glitterati korang.


Sehinggakan ada sorang kawan aku ni (Nama dirahsiakan atas sebab tertentu) dia pergi daftar advertlets dan kemudiannya status Glitterati ditarik. Jeng3. Kesian dia. Aku memohon maaf jika ada di antara korang yang kena macam itu juga.

Tapi usah risau, apa yang korang perlu buat adalah buang sahaja kod untuk Advertlets dan tunggu untuk beberapa hari untuk status Gliterati anda kembali pulih. Cuba baca ni,


Jadi sistem dia yang automatik sama ada korang dapat atau tak dapat. Hanya tunggu sahaja k. Dengan itu, aku akhirnya dapat juga. Dalam masa tiga hari sahaja. Amacam ok x ?


Kesimpulan eksperimen aku ni;
Kalau korang punya viewer sikit, korang letak dua-dua dulu, Nuffnang dan Adverlets. Kemudian, bila dah ramai orang, let say 200 keatas viewer, korang offkan, Advertlets dan fokuskan Nuffnang je. Hehehe.

Rekemen yang lebih baik;
1. Cuba dapatkan strategi untuk Buffered Earning. Lagi banyak yang korang boleh dapat.
2. Daftarla HeartBeat. Klik kat bawah ni ek ? (Kasi laa chance aku dapat duit skit.)



Selamat Mencuba !!!

Contest Kucing Paling Comel

Salam

Sedangku blogwalking, aku jumpa contest. Hehe. Contest tak susah mana, jadi join je la. Siapa-siapa yang nak join, boleh klik kat banner kucing comel kat bawah ni.



Kemudian, introducing kucing aku. Nama dia Ciko. Sebab bulu dia putih macam kapas gitu, tapi ada sikit-sikit kaler coklat kat muka, kat kaki. Maka nama dia Ciko laa.

3 orang yang saya akan tag
Wani (sebab dia ada banyak gambar kucing yang comel)
Izyan (Rasanya ada nampak dia tangkap gambar kucing)
Sheqa (Dia baru DSLR, suh dia tangkap gambar kucing)

Post yang ke-200 !!!! Dan tempahan header free !!

Salam

Bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya sampai ke tahap ini. Turun naik dalam dunia blog, kini sudah post yang ke 200. Kalau dulu masa mula-mula buat blog hanya suka-suka, kini sudah lain visinya. Menzahirkan perkembangan dan percambahan idea seorang budak lelaki kepada seorang yang lebih dewasa. (Hahah. Dewasa ke ?)

Untuk entry yang kali ke-200, adalah special kepada Kak Fizah yang menerima header blog yang direka khas oleh saya. Harapnya, Kak Fizah suka dengan design yang dibuat. Kak Fizah kata cantik, husband kak Fizah pun kata cantik. So, ok laa tuh. Meh serbu ke blog Kak Fizah ni;


Hee.. Alkisahnya, aku berjalan-jalan di alam dunia blog ini lalu aku tersempak dengan blog Kak Fizah. (Tak ingat sangat daripada link blog mana aku tekan dan sampai ke blog Kak Fizah). Buka-buka je, post yang berada kat atas sekali adalah post pasal header lama dia. Dan dia mencari sesiapa yang boleh designkan header blog dia. Aku dengan rela hati terus reply kata nak tolong.

Bila ditanya reason kenapa Kak Fizah ? Atau siapa Kak Fizah sampai dia special sangat dapat design header free ni ? Aku sendiri pun tak boleh jawab. Sebab, seingat aku, itu post pertama yang aku nampak kat blog tuh, dan hati kecil aku berkata "Aku nak buat". Macam tiba-tiba tergerak hati, gitu laa. Sebab sebelum ini aku memang tak pernah baca blog kak Fizah ni pun, memang tak kenal. Maybe blog Kak Fizah ni ada magic kot.

Dulu ada plan nak buka tempahan header blog  dan design benda-benda lain. Tapi memandangkan terlalu busy dengan tanggungjawab hakiki dan pengalaman design yang cukup sikit, aku kuburkan sahaja niat tuh. (Jadi cita-cita nak buka tempahan header blog ni belum nak bangkit dari kubur lagi.) Maka, aku buat free untuk yang mana yang sempat tolong je.

Kalau anda nak juga, doa-doalah hati saya ringan nak pergi blog anda. Kot-kot ditakdirkan saya baca post yang sama dengan kak Fizah dan hati tergerak nak tolong, saya cuba sebaik mungkin ya.

Salam

Haa, lama betul tak kena tag jawab soalan. Tiba-tiba hari ni kena plak satu daripada Kak Linda. Kak Linda ni antara orang yang terawal yang aku kenal masa mula-mula masuk USM dan dengan bersama dia juga la aku banyak join program-program di USM.

Dia punya blog, simple gila dan takda tempat untuk berinteraksi dengan dia pun. Comment dia off, shoutbox lagilah takda. Hee. Kalau takcaya, pergi klik kat nama Kak Linda kat atas tuh. Dia dah paksa 5 orang jawab tag dia.

Apa benda penting dalam hidup korang?
Segala benda yang aku ada secara sedar dan tidak sedar, bersyukur atau terlupa nak bersyukur, itulah benda penting dalam hidup aku.

Benda terakhir yang korang beli gune duit korang?

RM 2. Beli air kotak, air epal dan air anggur. Haus daripada buat lab final year project tadi.

Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?

Mak ai. Aku jarang fikir pasal benda ni. Tapi yang aku pernah terfikir, aku nak buat garden wedding, nak bawa family terdekat pergi sewa garden kat UK. Tempat yang aku tahu adalah dekat area Bristol.



Adakah korang sedang bercinta sekarang?
 Ops, Ya.


Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Mak ai. Mana aku nak tau. Karang jawab selama-lamanya, silap-silap ada plak benda tak elok jadi kat aku. Semuanya dengan izinnya.


Novel/buku/majalah terakhir dibeli?

Pergh. Novel Ramlee Awang Murshid tahun lepas. Sampai sekarang tak baca lagi. Haddoi

Apakah nama penuh korang?
 Nama penuh ?? AAAAHHHHHMMMMMAAAAADDDD NNNNNNAAAAAUUUFFFFAAAALLL BBBIIIIINNNNN SSSSSSSSUUUUUHHHHHHAAAAAIIIIIMMMMMIIIIII


Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Ibu

Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?Huh? Sapa ek? Maybe Taylor Swift ??


Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Tak. Takut tak bersih. Hahahah


Di manakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
 Jalan-jalan kat mana tempat yang cantik dalam dunia ni

Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
  1. Akak Linda suka buat muka blur (Maaf kak Linda, terjujur pulak, tapi rasanya dah ramai bagitahu Kak Linda)
  2. Dia suka senyum dan peramah kat orang lain
  3. Tak tau kenapa dia tak kasi orang komen dalam blog dia
Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
 Benda ? Laptop, Broadband, kereta, handphone, atm

Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
Tadi terdengar lagu Speak Now kat blog kak linda.

Lima rakan Blogger yang korang nak tag:
  1. Wani http://sweetpearl24.blogspot.com/
  2. Aidil http://terbaek-dari-aku.blogspot.com/
  3. Ogy http://ogiesdacuteis.blogspot.com/
  4. cikDa http://duniabarucikda.blogspot.com/
  5. Izyan http://izyannazihah.blogspot.com/

Jalan-jalan kat tempat sejuk

Salam

Aku dah kata dah aku blogaholic. Tengok, rehat kejap pun nak update juga. Tapi aku letak gambar je laa. Tak leh menahan diri untuk menaip di blog.



Dulu dan Sekarang : Shopaholic dan Blogaholic

Salam

Dulu aku ada masalah shopaholic. Nampak benda best sikit dan murah je, aku nak beli. Pantang ada sale, confirm aku beli. Sampai bankrupt. Sebulan makan guna duit syiling yang diselotep seringgit demi seringgit. Kononnya kreatif. Sekarang ? Hmm bolehlaa kawal sikit, kononya nak simpan duit untuk permulaan nak kerja nanti, macam bayar rumah sewa, bayar duit minyak untuk bulan pertama kerja. Tapi tetap, aku suka shopping, dan aku boleh mengawalnya dengan baik.


Sekarang ini ada masalah baru plak, aku Blogaholic !!!!! Haish .. Parah .. Setakat ni, banyak kerja aku tergendala, kerana sentiasa mahu ke blogspot. Argh .. Susahnya nak kawal diri. Ada je benda nak cerita. Ada je benda nak kongsi. Dalam kepala ni, ada beratus idea nak cerita kat korang, tapi masa takde. Parah !! Parah !! Parah !!

Tengok !! Archieve aku untuk dua bulan pertama ni dah sama banyak dengan dua tahun berturut-turut punya post. 
Haish. Parah ni. Silap-silap, kena bagi orang lain pegang akaun aku ni, suruh tukar password. Argh !!!

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Salam

Lama tak join. Hari ni nak menggatal nak join menda ni. Dah kali-3 masuk dah.


Haa, mari join juga klik ke link sini

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Gambar Semasa berhingus

Salam

Adeh ramai yang view kat blog nih (tengok sat kat statistik) tapi aku plak tak update apa-apa kan? Segan-segan. Kena update ni.

Sapa kat sini berani letak gambar dia masa kecik-kecik dulu ? Hahah. Zaman di mana korang selekeh, tak lawa, tak hensem, kiut (maybe sikit), dan banyak hingus dulu.

Gambar-gambar ni aku dapat daripada seorang sedara (Mak dia, sepupu aku, so kiranya anak sedara sepupu laa kan?). Agaknya koleksi-koleksi yang dia ada, diletaknya di Facebook dan aku ambil untuk diletakkan di sini

Kredit to Nur Adilah

 Gambar ni, gambar adik beradik aku dengan adik-beradik diorang. Umur kitorang lebih kurang sama je.
Yang abang sulong tuh, sama dengan umur dengan aku.
Yang abg second sama umur dengan adik aku no.2
Ha, cuma adik aku yang last tuh je yang tak sama. tapi beza umur setahun je laa
Tapi, pangkat adik beradik aku dengan adik beradik mereka ni, adalah anak sedara.
Sebab, adik beradik aku ini, sepupu dengan emak mereka.
Comel tak kami. Cari laa kami



Yang dalam gambar ni, memang sepupu aku. Cuba tengok seragam je kan. 
Cuba laa cari aku mana satu ye.


Yang ini pula, gambar pergi melawat Singapore tahun 1996.
Aku pun tak ingat sangat kitorang pergi jalan mana.
Tapi berdarkan gambar yang ditangkap, jauh juga laa berjalannya.
Mak aku kata, kat Singapore ada sedara-mara, tapi
aku sendiri pun tak pasti relationshipnya macam mana.
Mak cik kah, atuk kah atau sepupu kah
Memang tak tau.
Haa, apa lagi, teka laa mana satu aku

Yang dapat aku bagi cokelat 2 posen