BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT ??

January 15, 2011 iPai 19 Comments

Salam


Terjumpa satu segmen yang menarik minat aku, kerana aku sendiri pun tak pasti fakta yang aku nak taip. Dan dengan semangat itulah aku join menda ni.

Masihkah kau ingat tarikh post pertama? 
Inilah benda pertama yang aku cari adalah tarikh mula-mula aku buat blog. Yang mula-mula sekali !!! Yang aku ingat, blog pertama yang aku buat adalah blog di friendster. Hahah. Kenapa di friendster? Sebab senang, sambil buka friendster sambil buka blog. Maka tarikh keramat itu adalah ;

November 29, 2007

Dengan tajuknya;

(Tak sangka, blog ni tak expired lagi)

Masihkah kau ingat kenapa kau buat blog ?
Bila kenang balik, sebab aku buka blog, adalah kerana, semua orang ada blog dan kebanyakannya mereka menggunakan blog itu untuk didengari oleh orang ramai. KENAPA BEGITU? Kerana kita semua SELFISH (Pinjam En Rizal [ceramah GET THAT JOB semalam] punya idea jap). Ya, aku selfish dan juga engkau pun. Aku mahu didengari. Kau juga mahu didengari. Aku mahu semua orang tahu apa aku buat. Aku mahu orang tahu aku ini orang yang HEBAT !!! hahhahah... (Pemikiran pada waktu itulah, sekarang ni dah pandai cover dah)

Masihkah kau ingat apakah benda pertama yang kau rasa susah sangat dalam mem'blog'?
Benda pertama yang aku rasa susah sangat nak buat blog ni, adalah nak cari nama best untuk blog. Orang lain duk fikir pasal nak template cantik, aku plak duk fikir nama untuk blog. (Yela, time tuh, nak buat blog kat friendster, template theme dia berapa kerat je pon. Jumpa, amik letak, dah siap dah). Nak pilih nama, mesti NAMA YANG HOT !!! Baru meletup ...  mesti NAMA YANG COOL !!!! Baru sempoi ..  akhirnya yang aku dapat;

nama yang HOT dan COOL;
The Way Of My Life ... IPAI ...
 (Agak-agak korang laa xhot ke xcool ?)

Masihkah kau ingat blogger pertama yang tinggalkan komen ?
Secara jujurnya, memang aku tak ingat. Jadi, aku tengoklah kat post kedua di blog pertama aku tuh. Inilah komen beliau;
Insyallah pai, yup, semwa apa yg berlaku 2 de hikmahnyer… klu ko x msk matrix, xlah ku knal ko..hehe..
   'MaDl' 12.22.07 @ 3:53 am
Owh rupanya Madi ke !!! Madi atau nama penuh yang aku ingat adalah Asmadi, yang berasal daripada Sabah. Kali pertama aku kenal dia ketika trip kami bersama mewakili kolej matrikulasi masing-masing (beliau daripada K.Matrikulasi Labuan) ke Palembang, Indonesia. Pada ketika itu, beliau adalah Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Jika aku tidak salah, beliau sekarang belajar di Universiti Teknologi Petronas mengambil jurusan Kejuruteraan Awam, yang aku ingat ketika itu, dia berkata, 
 "Aku minat Awam". 
Pelajar yang pintar, walaupun YDP, kedua-dua sem 4 flat beb. Good luck Madi, kita grade sama-sama !!!

Masihkah kau ingat siapa yang kutuk blog kau ?
Fuh, secara terang-terangan belum lagi aku jumpa. Kalau ada yang senyap-senyap tuh, lantak korang laa. Tapi rasanya kalau ada antara rakan-rakan blog yang memang saya kenal secara fizikalnya dan juga rakan-rakan yang kenal secara mayanya, ada rasa tak senang hati, mari kita jumpa, kita settle cara baik k? 
Chillex maa. 1Malaysia maa .. Buat apa nak gaduh maa. Kau ada dua tangan maa, aku ada dua tangan juga maa. Kau taip kat kau punya blog, aku taip kat aku punya blog maa.

Masihkah kau ingat apa cabaran kau membuat blog ini ?
Cabaran aku yang paling besar dalam blogging ini adalah, MASA. Masa sangat mencemburui aku. Nak kata aku curi awek dia, aku tak kenal awek dia pon. Nak kata aku show off aku ada kereta, kereta aku buruk je. Yang aku dapat setakat ni, sebab masa cemburu aku hensem. Tu je yang aku dapat simpulkan setakat ni 
(Khembang pungguqqq taakk HENGAT dunia). 
Ya, masa. Cabaran paling besar. Bila dilihat kembali pada post-post aku. Kejap ada, kejap takde. Bila yang ada tuh, panjang berjela dan memang fakta tungang langgang. Sebab apa? Sebabnya nak kasi tau pasal apa jadi kat aku. Sebab apa? Sebab aku selfish macam korang =).
Masihkah kau ingat siapa yang memotivasikan kau ?
Yaa, orang yang bertanggungjawab membawa aku ke arena Blogspot adalah saudara DarkLight. Ya, dia la yang rekemenkan aku suruh tukar daripada friendster blog ke Blogspot. Tanggal May 22nd, 2009 aku berpindah ke alamat baru iaitu ;


Seperti yang dinyatakan dalam post ini, aku tukar ke alamat baru, kerana bakat aku berkembang. Apa yang simple di dalam blog friendster tidak lagi cukup bagi aku. Aku mahu yang lebih. Dan aku mahu yang lagi bagus. Kerana apa? Kerana aku SELFISH. Aku mahu lebih banyak function, aku mahu ade sidebar yang boleh letak link. Aku nak kat sidebar aku tuh ada menda gerak-gerak. Aku nak letak link-link kawan-kawan aku kat sebelah tuh. Maka, terhasillah blog;

Reminiscene | iPai 

di Blogspot. Reminiscene yang bermaksud, mengimbas kembali. Aku mahu imbas kembali pengalaman aku, yang aku kira, setiap berlaku itu ada sesuatu yang istimewanya, sesuatu yang aku hargai dan aku abadikan di dalam blog ini. Lahirlah Reminiscene.

Pergh waktu tuh, blogger USM tengah hot kot. Aku amik link sorang-sorang, letak dalam aku punya blog. Dan mereka memberikan galakan yang sangat membina. Mereka yang paling aku ingat, Sally dan Hadi.

Dan tidak lupa juga pada waktu itu, best friend aku sejak dari kecil hingga sekarang;
Post istimewa untuk Syiqah bertajuk Hepi Besday Rasyiqah !!!

Dan post istimewa untuk Izyan bertajuk Kawan saya sejak daripada tadika

Memberi dorongan secara tidak langsung pada aku.

Dan tidak lupa juga kepada yang istimewa di hati saya sekarang. Blog beliau digunakan untuk saya (tiba-tiba je tukar saya) kenal dan mengetahui cara dia berfikir. Bagi saya, cara berfikir adalah yang paling penting bagi saya memastikan membuat pilihan yang betul (walaupun sekarang tidak begitu aktif)

Dan yang memberi aku inspirasi untuk terus berjuang dalam blog ini, adalah rakan-rakan sekarang. Bulan November 2010 merupakan kebangkitan aku. Aku mula bergiat kembali dalam blog dan aku tukar dengan alamat baru dengan sebab-sebab tersendiri yang kebanyakan aku SELFISH macam korang juga. Korang ada sampai tiga blog, aku pun nak buat lebih daripada satu juga !!! Maka lahirlah

Reminiscene

Terima kasih kepada link-link yang ada kat sidebar tuh ketika ini (15 Januari 2011), mereka semualah memberi semangat kepada aku untuk teruskan mem'blog'. (Sebab tuh, link diorang ada kat sidebar aku). Aku memberikan penghargaan kepada mereka dengan meletakkan link mereka di sidebar aku. 

Terima Kasih Kepada KORANG !!!! Kerana menyokong aku !!

Masihkah kau ingat benda yang kau tak reti buat (Nasihat ?) ?
Pertanyaan dalam pertanyaan. Nasihat. Kepada blogger baru. Aku takde tips untuk korang punya blog jadi paling popular dapat no satu diundi oleh orang lain. Tapi, nasihat yang aku mahu berikan adalah;

Jadilah selfish, kerana kita semua begitu. 
Selfish dengan erti kata, selfish ingin majukan diri. Selfish untuk belajar benda baru (seperti buat blog). Selfish untuk tahu benda baru (baca info daripada blog lain). Selfish mahukan lebih baik daripada yang lain.

Jika ada tiga benda tuh (sebab yang kedua dan ketiga tuh menda sama), jangan risaulah pasal nak cari idea untuk post blog la, malas nak edit blog la. dan Semua alasan-alasan yang sewaktu dengannya

Masihkah kau ingat URL yang kau follow hari ni ?
Of course laa ingat. Hari ni maa. Kalau tak ingat, ada problem maa. Ni laa Blog yang aku follow hari ni.

Sebab kenapa aku follow ? Sebab, dalam banyak-banyak aku godek-godek blog orang lain, nama dia ni juga laa yang keluar. Dulu penah buka sekali, macam biasa je. Tapi bila godek-godek lagi, jumpa lagi link dia. Bila, kaji sikit-sikit dalam blog dia, blog dia menarik sebenarnya. Dan bila korang tengok blog dia, senang je nak ingat k, badan tough, tangan besau, pegang kamera. Style je kan. (Bro Shaari, jangan risau k, ni bukan nak kipas-kipas bro. Ni aku taip je). 

Aku penah baca blog cikDa, yang dia ada buat statement bagitau pasal Bro Shaari membantu blogger baru untuk berkecimpung (Tajuk post: Aku Budak Baru laa). Maka aku rasakan itu merupakan usaha yang sangat murni. Dan bila korang tengok pasal segmen yang aku join ni pun, dia ada letak kriteria no. 4, Nasihat buat blogger baru. Bagi aku, bila kita memblog ni, otak dan minda kita akan bergerak dan berfikir. 

Tak kisah laa, kalau Ashaari ni nak promote blog dia aja nak kasi ramai orang baca. Tapi ini merupakan usaha yang kecil yang memberikan impak yang besar untuk majukan masyarakat negara kita, Malaysia. Ingin menge'post' kena ada ilmu. Maka kena laa banyak baca. Kalau orang kata, orang Malaysia tak banyak membaca buku, kata kat diorang balik, kita baca blog untuk tambahkan ilmu !! Maka AKU MENYOKONG USAHA INI. Aku impikan, akan datang, aku dapat membantu usaha ini juga.

Itu sahaja daripada aku. Tata. Salam (Panjang betul aku taip ni. Macam kene pukau pun ada juga. Ashaari, apa kau buat kat aku ni)

19 comments:

kehkeh...header tu lawak kott ;p

AnakPakZohar said...

huhuhu... golek3 dari BA...

iPai said...

dyba ~ hee .. trimas ..

yad'z ~ BA tuh kat mane ?

BA tu mr ben ashaari la..

Mar said...

menjengah ke sini dari blog ba

FR said...

yeap .abg Ben mmg byk tlong org =)
salam kenal!

Naz Al Yahya said...

abg ben mmg best, buat segmen camni kan..kan..kan ? :)

NadiRah said...

datang sini...
dari entry abg ben.. =)

McCat said...

dtg dr Mr ben...style penulisan awk sgt sempoi n direct but sopan...i loike...teruskan selfish ahahaha

farhanieza said...

wah...panjangnye cerite kamoo~ tp xpe.. best dibace.. hehehehe... papepon, saye dah folo sini, jom folo balik..

http://holylightfarhaniza.blogspot.com/

iPai said...

wargh ... speechless .. tiba2 ramai orang kat sini .. terima kasih kerana lawat n beri komen yang membina ..

yang mane follow tuh, saya akan try follow balik k .. thank you

I will take note bout BA tuh !! =)

Muhammad said...

hai awak..mamat pun dah join..
kita sama2 join segmen abg ben..he3

Anonymous said...

nak jadi selfish jugak boleh?? hahha~ thru friendster baru tau pasal blog. and easily get addicted to any blog i read. but xpenah follow any because i love to read a lot new story from new blog i found. suke tengok cerita archieve yang lame-lame and mendalami tuan empunya blog. sometimes i really feel so close with that particular blogger padahal xkenal pon. wah entry sungguh berkesan.lol


btw epai, keep up everything good in u and this blog. selamat berjaya =)

hee~~ habadd betoii abunk ben segmenn dier gamaii owang joinn :)) bes2 :))

Hanim Mahali said...

ingat ingat...saya tak lupa...kehkehkeh...sejarah blog yang panjang...teruskan usaha berblog

iPai said...

anonymous ~ heheh .. thank u .. hang dekat ngan aku kaa ? hari2 jumpa kan ?

cik gayah ~ betoi2 .. ni 1st time jumpa dan try segmen ni ..

Hanim ~ a ah .. pjg sgt, patut ringkaskan sket .. tp takleh, sbb nak bg penghargaan kat orang lain tuh

mngapa tiba2 naufal femes nie! jeles lah camnie!haha.. btw gigih anda menulis entry panjang ye!hehe. tahniah!

iPai said...

put ~ tak famous .. mereka2 ni rajin memblogwalking .. jadi, alu-alukan mereka tinggalkan komen je ..

Yang panjang ni, sebab kene rasuk .. hahah .. tibe2 banyak plak idea nak taip .. adeh ..

Mr.Superman said...

tu ke mle2 blog ko?

aku nk gelak jp r..HAHAHAHAHAH ;))

xpe pai,aku rs ko pny better lg r dr aku pny dlu.aku lpe lak nk print screen.klu x mst ko muntah darah pny r.

HAHAHAH ;D