Dan sebenarnya, Nuffnang dan Advertlets kawan baik

February 04, 2011 iPai 10 Comments

Salam
 
Haa, agak-agak kita boleh buat lagu baru tak? Minta Kak Yuna tukar lirik sikit dan sesuaikan dengan tajuk post ni. Ok, dalam hidup kita ni, kita kena try dan cuba. Macam aku la, aku suka mengexperiment benda yang aku tak reti. Itu pun kalau aku rajin k.

Kalau sesiapa yang perasaan dan perasan dalam blog aku ini ada iklan Nuffnang dan iklan Advertlets. Siap ada yang tegur daripada blogger lain. Dia tak kata tak boleh, tapi dia macam hairan kot, kenapa aku letak dua-dua kat dalam blog aku ini.

Sebelum aku meneruskan lebih jauh, kot-kot ada blogger yang tak tau pasal Nuffnang dan Advertlets ni. 2 nama tuh adalah nama company yang menjalankan perniagaan melalui pengiklanan. Blogger-blogger seperti kita boleh mendaftar di bawah naungannya dan copy past code iklan tersebut, letakkan dalam blog kita dan kita hanya perlu pastikan, ramai baca blog kita, dan kemudian kita akan dapat duit. Pak cik Kayo !! Tapi kalau nak keluarkan duit tuh, minimum kena ada RM 50.

Jadi kepada blogger baru yang tak tahu, pergi pilih antara dua, daftar dan copy paste saja code iklan tuh dan letak kat blog korang. Walaupun korang tak nak duit tuh pun, letak saja kod tuh pada blog korang. Nanti kalau ada rezeki murah, tiba-tiba dapat banyak pula, haa, boleh bagi pak cik sikit. Pak cik pon ikot kayo.

Seperti yang aku pernah beritahu dahulu, aku dah lama berblog, bertahun dah kot, tapi aku baru tahu pasal pengiklanan ni, baru je 3 bulan lebih. Ok, apa yang aku nak sampaikan di sini adalah aku punya sample experiment untuk tempoh masa pada kala ini. Sila rujuk gambar di bawah;

 Orait. Di bawah ini adalah senarai bayaran yang aku dapat melalui Nuffnang. 
(Jangan gelakkan saya eh, still sikit lagi.. hehe)
Kalau dilihat pada tarikh bayaran pertama daripada Nuffnang adalah pada 19 Dec.




Yang ini pula adalah bayaran daripada Advertlets. Haa, amacam ? kat situ ada tarikh daftar lagi.
Maksudnya dah 2 minggu aku masuk Advertlets.


Jadi, kalau dilihat kepada kedua-dua earning ni, apa yang aku boleh simpulkan adalah;
  • Anda akan dapat lebih banyak daripada Nuffnang, kalau banyak pengunjung datang ke blog anda. Sebab, bila korang tengok pada bayaran untuk 19 Dec dan 16 Jan, aku dah boleh dapat seringgit dah. Tapi kalau tak de orang datang baca, korang takde bayaran. Sebab ? Blog korang tak dipilih untuk diletakkan iklan
  • Anda akan sentiasa dapat sedikti demi sedikit daripada Advertlets. Aku perasaan duit yang korang dapat daripada Advertlets ni, sentiasa meningkat. Sedikit demi sedikit. Bayangkan je laa. Baru 2 minggu aku dapat 50 sen. Kalau sama lama dengan Nuffnang, aku akan dapat lagi banyak daripada apa yang aku dapat daripada Nuffnang sekarang.

Tapi kan, kenapa ramai yang pilih Nuffnang ? (Daripada pandangan aku laa, aku tak tau laa kalau-kalau orang lain kata, lagi ramai pakai Advertlets);
  • Sebab, kat Nuffnang, ada comunity. Macam korang ada geng laa dalam tuh. Nuffnang sangat menjaga blogger di bawah naungannya. Siap ada tiket free pergi tengok wayang kan ? Walaupun aku tak pernah nak dapat, bila aku dengar kawan aku dapat or ada blogger cerita pasal dia dapat tiket free tuh, secara tidak langsung, korang nak jadi geng dengan Nuffnang juga. Betui tak ?
  • Keduanya, Nuffnang ada Buffered earnings. Haa, yang ini, aku nak cerita lebih pun aku tak boleh, sebab, aku pun tak pernah dapat. Tapi dikatakan kalau pengunjung ke blog anda seramai 200 ke 300 keatas, korang akan dapat. Cuba search google sikit, untuk dapatkan tips daripada mereka-mereka ya.
Haish, puji Nuffnang je lebih, Advertlets takda puji-puji ke?
  • Aku baru lagi, aku pun takda banyak pengalaman lagi dengan Advertlets. Semuanya yang aku dapat setakat ini ada pada point pasal Advertlets kat atas tuh.
  • Yang aku tau, iklan-iklan Advertlets mesti lagi comel dan smart daripada Nuffnang. Ngeh3.
  • Memberi peluang kepada blogger yang daftar kat Advertlets untuk berkongsi idea.
Berjaga-jaga.
Korang hanya boleh pilih salah satu sahaja tau. Kalau tak jadi macam ni;

Haa, membership korang akan jadi non-exclusive. Bermaksud, semua yang aku cerita pasal tiket wayang free tuh, korang takkan dapat. Dan korang punya reward pun lagi rendah daripada biasa.
Nak tau korang Exclusive atau tak, dia akan tulis kat korang 'Glitterati'. Tak payah daftar-daftar, diorang akan set automatik (dalam masa 4 hari) sama ada korang Glitterati atau tak.

Apa yang korang perlu buat sekarang;
  • Buatlah keputusan, korang nak jadi blogger macam mana. Kepada sesiapa yang nak dapatkan tips-tips nak upkan blog korang, korang boleh pergi tanya dengan En. Jay yang setakat ini, dialah yang banyak memberi nasihat dan padangan kat aku. banyak lagi dia tau daripada aku tuh.

Benda lain yang korang boleh tahu;
  • Haa, korang boleh daftar untuk iklan yang ini. Sambil-sambil tempah barang daripada diorang, korang boleh jadi ejen iklan diorang. Korang jangan risau, Heartbeat ni, bukan musuh kepada Nuffnang dan Adverlets. Maka silalah daftar segera. Dapatkan wang saku tambahan anda daripada heartbeat. Klik kat banner bawah tuh; (Korang kena daftar akaun kemudian kena daftar akaun HB Affiliate Program, baru korang boleh dapat code iklan korang - pendek cerita ada 2 peringkat daftar)
 Sini bannernya, klik laa


Haa, itu sahaja buat hari ni.

10 comments:

Mr. A said...

oh yeah!

incik nuffnang ni mmg sgt baik, tp nk dapatkan habuan mmg sukar...
setelah setahun bernuffnang pun, still x cecah 10 hengget...HAHA...ni sebb xrajin blogwalking laa ni...hehe

iPai said...

betui2 .. huhuh ..

kalo sempat blogwalking laa eh ..

Aieda Adnan said...

cambest je bernuffnang nih..hehe

:) :) :)
banyak lagi faedah glitteri sebenornya.. duit iklan lebih dari ordinary
terbaeekkk!!!!

singgah dari mknace unlimited

iPai said...

lan ~ yup lan .. nanti try r ..

tgk memang banyak lagi dia punya faedahnya .. klik laa kat mknace tuh

Unknown said...

nuffnang memang lagi okay setakat ni. tapi tak tau la pesal dia tak nak bagi buffered earning langsung dekat salwa. padahal traffic maintain 350uv tiap hari. orang cakap kena rajin update survey, semua dah buat. tapi tetap jgk tak dapat. frust gila. hahaha


http://salwaismail.blogspot.com

iPai said...

salwa ~ bapak ah ... 350 UV ? banyak gile .. kite ye baru 100+ je ..

ingatkan baru nak merajuk dengan nuffnang .. tapi kalau org yg ada 350 uv pon tak dapat .. mmg jauh lagi r ..

Tea Dno said...

nk banyak dpt earning kt nuffnang ni pegi tanya dia banyak2. tup2 ade melekat BE baru. huu.

Tea Dno said...

sume nk main kipas je. biasalah..

Mr.Superman said...

argghh..yg pasti aku benci nuff sbb dia bg aweks2 je BE.pastu siap bg tiket wyg free.