Gambar Semasa berhingus
SalamAdeh ramai yang view kat blog nih (tengok sat kat statistik) tapi aku plak tak update apa-apa kan? Segan-segan. Kena update ni.
Sapa kat sini berani letak gambar dia masa kecik-kecik dulu ? Hahah. Zaman di mana korang selekeh, tak lawa, tak hensem, kiut (maybe sikit), dan banyak hingus dulu.
Gambar-gambar ni aku dapat daripada seorang sedara (Mak dia, sepupu aku, so kiranya anak sedara sepupu laa kan?). Agaknya koleksi-koleksi yang dia ada, diletaknya di Facebook dan aku ambil untuk diletakkan di sini
Kredit to Nur Adilah
Gambar ni, gambar adik beradik aku dengan adik-beradik diorang. Umur kitorang lebih kurang sama je.
Yang abang sulong tuh, sama dengan umur dengan aku.
Yang abg second sama umur dengan adik aku no.2
Ha, cuma adik aku yang last tuh je yang tak sama. tapi beza umur setahun je laa
Tapi, pangkat adik beradik aku dengan adik beradik mereka ni, adalah anak sedara.
Sebab, adik beradik aku ini, sepupu dengan emak mereka.
Comel tak kami. Cari laa kami
Yang dalam gambar ni, memang sepupu aku. Cuba tengok seragam je kan.
Cuba laa cari aku mana satu ye.
Yang ini pula, gambar pergi melawat Singapore tahun 1996.
Aku pun tak ingat sangat kitorang pergi jalan mana.
Aku pun tak ingat sangat kitorang pergi jalan mana.
Tapi berdarkan gambar yang ditangkap, jauh juga laa berjalannya.
Mak aku kata, kat Singapore ada sedara-mara, tapi
aku sendiri pun tak pasti relationshipnya macam mana.
Mak cik kah, atuk kah atau sepupu kah
Memang tak tau.
Haa, apa lagi, teka laa mana satu aku
Yang dapat aku bagi cokelat 2 posen
5 comments:
gile susah nak carik, malaslah!haha
gambar satu.
yg nek kerete kecik tuh.
gmabar 2. yang pkai bju purple, putih sket (Asal putih haa??)..kedua dari kanan la kirenye..aisehhh..terpuji lak..
gambar 3:
yang tnjuk no 1 tuh. asal ekk? agknye kalo masih mentah, stage pertama satu jari dulu je kottt..hahahahhaha..
betol x? betol x??
hahahahhaa...
susah nak teka... semua muka sama jeh.. huhu
put ~ hee, takpe enjoy laa tgk muka kiut-kiut2 itu ek
izyan ~
gambar 1 - betui
gambar 2 - betui .. aku mmg putih ok
gambar 3 - salah .. hahha
ogy ~ sila menikmati muka bdk kiut itu eh
alorh, kiut banget. nk teka, dh ade org teka plak. x)
Post a Comment