Post yang ke-200 !!!! Dan tempahan header free !!

February 08, 2011 iPai 2 Comments

Salam

Bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya sampai ke tahap ini. Turun naik dalam dunia blog, kini sudah post yang ke 200. Kalau dulu masa mula-mula buat blog hanya suka-suka, kini sudah lain visinya. Menzahirkan perkembangan dan percambahan idea seorang budak lelaki kepada seorang yang lebih dewasa. (Hahah. Dewasa ke ?)

Untuk entry yang kali ke-200, adalah special kepada Kak Fizah yang menerima header blog yang direka khas oleh saya. Harapnya, Kak Fizah suka dengan design yang dibuat. Kak Fizah kata cantik, husband kak Fizah pun kata cantik. So, ok laa tuh. Meh serbu ke blog Kak Fizah ni;


Hee.. Alkisahnya, aku berjalan-jalan di alam dunia blog ini lalu aku tersempak dengan blog Kak Fizah. (Tak ingat sangat daripada link blog mana aku tekan dan sampai ke blog Kak Fizah). Buka-buka je, post yang berada kat atas sekali adalah post pasal header lama dia. Dan dia mencari sesiapa yang boleh designkan header blog dia. Aku dengan rela hati terus reply kata nak tolong.

Bila ditanya reason kenapa Kak Fizah ? Atau siapa Kak Fizah sampai dia special sangat dapat design header free ni ? Aku sendiri pun tak boleh jawab. Sebab, seingat aku, itu post pertama yang aku nampak kat blog tuh, dan hati kecil aku berkata "Aku nak buat". Macam tiba-tiba tergerak hati, gitu laa. Sebab sebelum ini aku memang tak pernah baca blog kak Fizah ni pun, memang tak kenal. Maybe blog Kak Fizah ni ada magic kot.

Dulu ada plan nak buka tempahan header blog  dan design benda-benda lain. Tapi memandangkan terlalu busy dengan tanggungjawab hakiki dan pengalaman design yang cukup sikit, aku kuburkan sahaja niat tuh. (Jadi cita-cita nak buka tempahan header blog ni belum nak bangkit dari kubur lagi.) Maka, aku buat free untuk yang mana yang sempat tolong je.

Kalau anda nak juga, doa-doalah hati saya ringan nak pergi blog anda. Kot-kot ditakdirkan saya baca post yang sama dengan kak Fizah dan hati tergerak nak tolong, saya cuba sebaik mungkin ya.

2 comments:

starsyeea said...

owh...cun ko wat header :)

aku folo sini la! hehe...

iPai said...

hee .. thanx nanti aku folow balik