Lawatan Industri ke Petronas Penapisan Melaka

March 30, 2011 iPai 3 Comments

Salam

Daripada hari Isnin sampailah hari ini, tersangatlah busy. Semua benda yang dibuat terkejar-kejar. Ia dimulakan dengan lawatan industri ke Melaka, iaitu Petronas Penapisan Melaka.

Aku bercita-cita nak keja kat sini. Inilah tempat idaman aku. Jauh daripada bandar, takde jam, makan dan perbelanjaan yang murah. Wahai Melaka Refinery Malaysia, ambillah aku sebagai engineer korang.

Lawatan ini adalah diadakan oleh Dr. Suhairi dengan bertujuan untuk mendedahkan pelajar yang mengambil subjek 'Advance Process Control'  kepada topik yang sedang dipelajari sekarang iaitu, Model Predictive Controller. Nak explain, karang panjang plak, boleh google that keyword ok.

Delegasi bergerak pada petang Isnin dan tiba kembali ke USM pada pukul 2.15 pagi hari Rabu. Di Melaka, kami semua menginap di Universiti Teknikal Malaysia. Menariknya di UTEM ini, asramanya tidak berada di dalam kampus. Kami yang menginap di Kolej Kediaman Emerald (Lelaki) dan Kolej Kediaman Bunga Raya (Wanita) mendapat pengalaman yang berbeza menginap di kolej kediamaan ini. Kolej kediaman mereka berada di luar kampus, dan biliknya merupakan rekabentuk seperti rumah. Yang dalamnya mempunyai 4 bilik kecil. Bilik kecil ini boleh memuatkan 2 orang pelajar yang dilengkapi dengan almari, katil dan meja belajar. Setiap hari, mereka akan di hantar ke kelas dengan menggunakan perkhidmatan bas UTEM. Jadi, kalau dah bangun lewat, susah laa ek? EHehe.

Enough said bout UTEM, budak-budak UTEM lagi banyak tahu, tanya je diorang. Meh tengok gambar pasal trip tuh.
Dr. Suhari dengan engineer MPC Petronas Melaka. Brother ni sempoi je


Group kami yang baru sampai dengan semuanya berbaju merah

Waktu Zohor di Surau An-Nur Petronas Melaka. Semua pakai baju kuning ni. Cam stylo gile


Pelajar Mixed mode juga join trip ni.


Bila dah abes trip, jalan-jalan kat Bandar Hilir. Hee, aku g naik ke A Famosa, nampak couple tengah duk tangkap gambar wedding. Apa lagi, aku join sekali tangkap laa.


Group yang sampai A Famosa dulu, then nak turun dah

Bandar Hilir Melaka dengan Menara Taming Sari


A Famosa


Gadis-gadis Chemical Eng


Geng-geng shopping
Dalam pukul 6 petang, kami semua bergerak pulang ke kampus, dan selamat sampai ke USM. Bagi aku, trip-trip macam ni laa diperlukan oleh student. It is true for engineer to have strong theory, but, if they don't know what they are calculate, then we would not have sense of number. LOL

Ada kisah best lepas balik tuh, sampai aku tak dapat tidur pukul 4 pagi tadi. Nasib still leh pergi kelas kul 9 tadi. uhuhuh.

3 comments:

amny said...

nice blog..^^

iPai said...

thank u !!

mas saari said...

singgah dari segmen deco-deco beng beng booongg!

blog dah smart so keep it up!