Journey Back To Life

May 20, 2011 iPai 8 Comments

Salam





Dalam dua tiga hari ni, akan tamat laa aku baca buku ni. Buku tentang kisah hidup Lance Armstrong yang berkisar tentang dia menghidap penyakit cancer dan usaha dia untuk pulihkan kareer dia.

Buku ini dihadiahkan oleh Cik Valerie Yee, kenalan semasa aku internship kat Petronas hari tuh. Dia kata hadiah yang dia bagi ini adalah buku pembina semangat tentang kehidupan. Dan Cik Valerie Yee ni bagi, sebab aku banyak tolong dia habiskan kerja-kerja yang ada kat department tuh. Terharu plak aku.

Walaupun dah kira setahun juga buku ni dengan aku, tapi baru sekarang baru kesempatan nak baca dan habiskan. Dan kini, aku di dalam muka surat yang nak habis (padahal ada 50 muka surat lagi .. Haha).

Masa dapat buku ni, aku tak kenal pon siapa orang ni, tapi bila baca baru laa tau yang dia ni pelumba basikal. Dan setakat yang aku baca ni, perasaan yang wujud dalam mukasurat-mukasurat yang aku baca ni sangat-sangat jujur dan macam datang daripada hati dia sendiri.

Dengan masalah cancer yang dialami, dia berusaha sedaya upaya untuk melawan penyakit tersebut yang akhirnya dia berjaya singkirkan penyakit cancer tuh. Tapi apa yang buat aku terharu bila baca adalah apabila, saat dia ingin kembali semula ke kareer ye. Yang pada ketika dia jatuh sakit, semua sponsor dia, tinggalkan dia macam tuh saja.

Dan usaha untuk dia kembali itu adalah lebih dasat yang orang boleh bayangkan. Dan hinggakan dia dapat pecahkan rekod 5 kali juara Tour de France, yang dikira yang dasat dan pertandingan besar. Ketika aku membaca ye, aku berasa syukur atas nikmat kesihatan yang diberikan serta nikmat2 dan rezeki kerja yang aku dapat. Kerana, pada ketika ini, aku tiba-tiba rasa takut untuk melangkah ke alam pekerjaan.

My favourite page is within 195-200. Sebab, pada waktu itu, disebabkan penyakit cancer dia, dia jadi tidak semangat nak teruskan untuk menjadi pelumba basikal dan putus asa. Tapi pada ketika muka surat itu, dia sedar, segala kesengsaraan yang dialami semasa berlumba basikal itu, adalah kebahagiaan dirinya.

Ia ibaratkan seorang kanak-kanak yang sungguh hendak masuk ke bangunan shopping complex. Beria sungguh, gembira sungguh, berkehendak sungguh dia masuk. Kononnya seperti mahu jadi raja di shopping complex tuh. Namun di saat melangkah masuk pintu shopping complex itu, kanak-kanak tersebut jadi takut. Dengan tempat yang besar dan orang ramai yang tidak dikenalinya.

Ya, itulah keaadaan aku sekarang. Harapnya aku kuat dan boleh teruskan perjuangan ini. Boleh aku berjuang macam Lance Armstrong ni dapatkan hidup dia semula. Bagi sesiapa yang nak cari, boleh laa cari kat MPH dan popular, dah boleh dapat harga murah (maybe half price) sebab buku lama.

8 comments:

mye said...

insyaAllah anda blh mnjdi kuat dan tbah jika anda mnjdikan Allah swt tman rapat anda..
huhuu

iPai said...

thank you mye

shinoda said...

mcm best j dgr sinopsis buku ni...

iPai said...

best2 .. baca2 .. huhu

Unknown said...

cool sgt hobi ko skang, membaca dan berkongsi.

bacalah byk2 buku, boleh share lg, bg inspirasi org yg xdpat sumber lg, heh ;)

Anonymous said...

Once I was thinking of quitting when I was diagnosed with brain, lung and testicular cancer all at the same time. But I got back on the bike and won the Tour de France five times in a row. I'm sure you have a good reason to quit. So what are you dying of that's make you want to quit?
--Lance Armstrong--

senyumSOYA said...

based on true story kan? huhuhu..
ada manusia yang kuat mentalnya.. da2 supaya Allah sentisa teguhkan hati kita.(^^!

iPai said...

Jay ~ takde laa banyak .. itu pon malas2 juga

Anonymous ~ eh ni mcm summary ni, tak pernah jumpa phrase ni lagi ni .. tp, buat yang nak baca ini laah summary yang terbaik .. Thank you