Kelas tusyen #4 Lepas kelas kita main game sama-sama
SalamHari Sabtu hari tuh, ada beli buku untuk Ayoi. Buku latihan Sains, Geografi dan Kemahiran Hidup. Ini merupakan salah satu cara belajar ekspress di mana, study jawapan. Aku sendiri penah guna cara ni masa belajar kat sekolah dulu.
CIkgu kata, buat soalan latihan lepas tuh tanda sendiri. Untuk awalnya, jangan tulis jawapan di dalam buku tersebut, tetapi tulis jawapan di kertas lain contohnya kertas A4. Jawab dan tanda sendiri. Setiap salah yang dapat, perlu dihukum/disuruh membaca topik tersebut sampai hafal. Kemudian, jawab sekali lagi dan masih di kertas A4 yang lain pula. Proses ini berulang sehingga dapat markah 90 % betul dan ke atas.
Kemudian, apabila peperiksaan PMR akan tiba dalam tempoh sebulan, boleh laa mula membuat latihan yang sama di dalam buku tersebut sampai habis kesemuanya. Dan bandingkan markah latihan dulu dan markah latihan yang baru. Semak kelemahan dan perbaiki.
Berkesan kat aku untuk subjek Geografi aku yang selalu dapat C. Hahaha. Masa betul-betul dapat A. Alhamdulillah.
Lepas dah penat belajar, cikgu ajak laa anak murid berehatkan minda. Tapi kadang-kadang aktiviti ni juga membuatkan kelas tu tertunda dan tercancel secara tidak sengaja. Opss.
Main Patapon 3 Multiplayer. Ngeh3
5 comments:
haha.cikgu ngan anak murid sama je.huhu
wakaka ... biasa r .. mesti laa bersama2 ... uhuhuh
wah best r dpt guru mcm nie..
hahaha
mye ~ trimas .. salah satu strategi nak pancing anak murid ..
ishk2. kelas tussssyyeenn apa niii :p
Post a Comment