Nuffnang ads

Jiran Terbaik ♥ S U T E R A K A S I H ♥

Sunday, May 22, 2011

Kejadian tanah runtuh yang meranapkan asrama Persatuan Anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat

Salam

Gambar oleh Aizuddin Saad, Metro

 Petang tadi kita digemparkan dengan berita tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat yang meranapkan asrama Persatuan Anak Yatim Malaysia. Secara peribadi, aku berasa terkejut dan kasihan apabila, mangsa anak yatim ini ada yang terselamat dan ada yang meninggal dunia.

Ketika berita ini disiarkan di TV, aku masih berada di dalam kereta di kawasan yang berdekatan dengan tempat kejadian, yang ketika itu menghantar teman pulang ke rumahnya. Semasa on d way tuh, memang aku nampak banyak pasukan penyelamat dan ambulans yang memintas kereta. Teman aku berandaian, mungkin ada rumah dinaiki banjir dan ada juga andaian pokok tumbang. Sebab menurut teman, di kawasan tersebut kalau hujan lebat, boleh banjir, dan orang-orang yang tinggal di dalam tuh sukar nak keluar dari kawasan tersebut. Dan time tuh pulak memang hujan lebat, dan sebab itu andaian seperti dua peristiwa dinyatakan di atas dibuat.

Tapi bila tiba di rumah, punya laa terkejut rupanya rumah anak yatim yang tertibus. Patutlah, banyak ambulans yang masuk dan keluar. Dan ada juga lori Majlis Perbandaran juga masuk. Ingatkan nak angkat pokok tumbang, rupanya kejadian tanah runtuh.

Marilah sedekahkan Al-Fatihah kepada anak-anak yatim yang kembali ke Rahmatullah. Al Fatihah.

1 ngomelan:

restu resort said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

agar mereka semua di tempatkan bersama orang2 soleh & solehah..

close button
ShoutMix chat widget
Twitter Bird Gadget