PHOTO CONTEST - The Best SUNSET In Your Life and the 7th Wonder Of USM Engineering

May 10, 2011 iPai 5 Comments

Salam


Kawan-kawan aku ramai yang dah join kontest ni. Meh tengok diorang punya post. Gempak seh. Wani, d2z. (eh 2 orang je, tak ramai pon). Hee, diorang ni dah promote suh masuk cepat-cepat. Sapa-sapa nak join leh pergi kat sini. Ini pagi, baru duk godek cari gambar kat dalam laptop, dan akhirnya aku jumpa satu ini. Yang agak ok2 laa (sebab gambar dia agak shaky). Dengan ini, gambar SUNSET aku adalah (Tak nampak matahari pun takpe kan? .. heheh);


Al-kisahnya,
Gambar ini diambil semasa meniti hari-hari terakhir di USM. Pada ketika satu petang, aku baru pulang daripada jogging, tiba-tiba aku terperasan suasana bertukar menjadi sangat merah. (Kamera tak canggih sangat, so tak nampak merah tuh. Nampak sikit-sikit je ek). Dan aku lihat melalui tingkap bilik aku, rupanya SUNSET yang mahu berlabuh di ufuk Barat menandakan waktu siang yang akan tamat, bermulanya waktu malam. Dengan itu juga, bilangan hari aku berada di USM berkurang menghampiri hari yang terakhir.

Wonder of USM Engineering Campus #7
Di kampus Engineering ni, tempatnya berkumpul pelajar-pelajar serta pensyarah daripada seluruh Malaysia mahupun serata dunia. Daripada pelajar yang masuk, freshman year merupakan tahun yang bahagia dengan proses mengenali dunia luar.

Saban tahun, pelbagai ilmu yang dipelajari. Ia adalah ilmu kejuruteraan dan ada juga ilmu mengenai kehidupan. Pelbagai pengalaman yang ditempuhi bersama rakan-rakan.

Jatuh naik dalam keputusan yang diperolehi setiap semester

Masuk ke dalam lab, yang rasanya macam tak pernah nak habis

Perasaan hairan yang teramat sangat, apabila lecturer masuk dan mula bercakap, rasa cam nak tido je

Bermandi-manda di Sungai Batu Hampar, Sungai Sedim dan Bukit Hijau

Menonton wayang bersama di Megamall, Sunway atau mungkin di Queensbay

Menjejak hutan di Taman Negara Pulau Pinang

Bersama dan berkonvoi ke Cameron Highland, demi merealisasikan trip yang gila.


Dan akhirnya, bagai matahari yang ingin melabuhkan diri, semua pengalaman bersama rakan-rakan itu tamat. Sinarnya merah, dan makin lama, makin pudar warnanya. Masing-masing membawa hala tuju sendiri, mencari dan membina kerjaya. Kelak, pada satu masa nanti, sinar seorang demi seorang bekas pelajar Engineering Campus USM akan bersinar menyinari malam yang kelam, menemani bulan yang berderang.

Dahulunya seorang pelajar tahun pertama yang masuk tidak mempunyai apa-apa, dan kini sudah tamat pengajian 4 tahun, bersedia menghadapi cabaran dunia.

Me
vs
The World

5 comments:

d2z said...

aku ada jgak gambar sunset usm :D :D

sweetpearl24 said...

wow....penceritaan yang bagus.. kalau gambaq tu nmpak matahari antara blok atau pokok tu mesti lagi gempak kn

bagus2 =)

iPai said...

d2z ~ uhuh .. memang lawa lagi r .. uhuh

wani ~ betui2 .. kalo nampak matahari mesti lagi lawa ..

EB said...

Nice!

fandi said...

USM gak ke? =)