Yang mana satu idaman kalbu

May 06, 2011 iPai 5 Comments

Salam

Serius ... Bila decide nak duk rumah petang tadi, aku rasa lega sangat. Tak rasa macam terkejar dan rasa boleh berehat sepenuhnya. Harap semuanya baiklah hendaknya.

Maka, aktiviti yang ada kat rumah ni adalah aktiviti sendiri. Dan mungkin akan jadi cikgu tusyen adik sendiri .. huhu. Style sikit .. tolong adik sendiri .. Di samping itu, untuk aktiviti sendiri, tak tau mane satu nak stat, sama ada;

#1 Baca Novel: Cinta Sufi
Sapa kate lelaki takleh baca novel. Sapa kata laki baca novel tuh pelik, meh nak shepuk (tiru ayat Yuyu).
Aku mengikuti penulisan Ramlee Awang Murshid sejak aku berada di tingkatan 4. Penulisan dia yang gempak dan aku berani kata, dia satu-satunya penulis berbahasa Malaysia yang menulis genre thriller. (Tak tau pulak kalau dah ada penulis baru). Tapi yang pastinya, aku suka. Paling aku suka, adalah bila dia tulis cerita yang bercampuk aduk timeline dia. Kejap tahun 2011 kejap 1980. Dan ada juga dia tulis lain-lain watak, tapi rupa-rupanya orang yang sama tapi ada masalah hilang ingatan.

Jadi buku ni aku dah kira utang sejak 3rd year ari tu. Beli tapi tak baca lagi. Maka nekad mahu habiskan sebelum start keja. More info sila ke blog Ramlee Awang Murshid atau baca post Cinta Sufi ni.

#2 Main game PSP: Patapon 3
Lama dah aku tunggu game ni kluar. Akhirnya muncul juga. Setakat yang aku tengok kat Youtube, memang best gile kot. 
Haa, jangan ingat game budak-budak ekh. Game ni game hardcore strategi, budak-budak takleh main game ni sebab perlukan pemikiran. Uhuh. Meh tengok reviewnya kat sini;


So, mana satu aku patut start. Wakaka.


Aku pilih, SUSUN STRATEGI KELAS TUSYEN ADIK AKU DULU !! yeay !!

5 comments:

senyumSOYA said...

cinta sufi ni smbungn trilogi bagaikan puterikan?? heheheh...
x sempat nk usha lagi...

Unknown said...

wahhh~
ipai kaki novel..
cweeet nye...:P

iPai said...

soya ~ yup2 ... bagaikan puteri dengan hijab sang pencinta .. baca tau .. best2 ... sgt best ..

husna ~ eh .. sweet ke ?? (malu2) .. baca laa Ramlee Awang Murshid ni best tau ..

ipai: walaweh.. orang dah masuk novel ke lima la smbungan novel cinta sufi ni.. terbaru, Sutera Bidadari.. tapi dah mhal beb.. RM22.. hurm.. best la..aku otw baca..heee

iPai said...

eh .. ada baru lagi ke ?? argh .. tak tau plak .. dah lama tinggal ni ..