Kelas tusyen #2 Masalah student sekolah zaman sekarang
SalamWah, takde de setiap kali kelas nak kena update kan blog kan. Cuma terpanggil nak cerita-cerita sedikit. Sekarang ni adalah 10 minit terakhir untuk sesi tusyen waktu malam adik aku. Tadi ajar start dengan math, tukar sains, then pergi math balik dan kemudian BM dan sekarang last sekali sains.
Huhu. Banyak tak ? Harapnya tak pening laa. Sebab aku perasan, bila aku belajar dalam kelas (even para motivater pun banyak yang cakap) tumpuan hanya boleh diberikan pada 20 minit yang pertama sahaja. Selepas tuh dia makin turun. Jadi strategi aku, kita tukar setiap kali 20 minit tuh sampai, sebab setiap kali tukar, mesti tumpuan tuh akan refresh baru dan timing pon start balik, konon-konon macam time reset laa. Ngeh2.
Berbalik kepada tajuk kat atas tuh, masalah student zaman sekarang, khususnya murid-murid yang belajar Sains dalam bahasa Inggeris. Tadi masa mengajar Sains, aku start dengan suruh dia baca sendiri 4 mukasurat selama 20 minit. Then lepas baca, aku suruh adik aku ni cerita balik. Korang tahu apa dia jawab, dia tak tahu.
Terkejut beruk aku. Aku ingat dia tak tahu ak cerita apa, rupanya, dia tak tahu langsung apa yang dia baca. Pergh. Tapi bila aku ajar, dan translate dalam BM cepat pulak dia paham dan siap boleh ajar aku balik apa yang dia paham. Di sini aku dapat simpulkan, kesan negatif pelajar-pelajar sekolah belajar dalam English.
Bila aku kenang semula, masa zaman aku belajar dahulu (memang laa selalu dapat C je Sains tuh) tapi paling kurang, aku paham apa yang aku belajar dan aku ingat konsep. Then, bila dah malas nak baca buku tuh, memang dapat Cincau je laa kat exam. Maka, di sini kita boleh lihat kerugian yang dialami murid-murid ni. Tak macam zaman aku dulu, belajar dan paham je dalam BM. Masa kat matrix, translate ke English je.
Aku tahu hal ini mungkin dah basi, even aku sendiri ada sedikit-sedikit hujah pasal benda tuh. Cuma, yang di'highlight' di sini adalah bukti yang ada di depan mata aku, adik aku sendiri. Harapnya bimbingan ini dapat membantu beliau. InsyALLAH
Sekarang: Tengah suruh adik aku lukis jantung besau-besau kat kertas A4. Siap ada warna merah dan biru dengan label. Huhu. Korang tau, dia lukis jantung tuh lawa gila. Macam sketch dah aku tengok. Ngeh3.
2 comments:
betul2 ipai...mmg bagi kesan tol bjlr sains dalam bi... ak pom dok wat kelas tuisyen tok anak buah aku gak. tapi satu masalah lagi.xlh nk tgk laptop.mla ar fokus hlg..adey..
haa, ni sape yg hilang fokus ni .. ko ke atau anak buah ko .. kalau cikgu ye ilang fokus, susah r ..
Post a Comment