NOW OPENING KTM Komuter: SENAWANG - SUNGAI GADUT LINE

May 19, 2011 iPai 4 Comments

Salam

Sebenarnyakan, sejak aku balik kat Senawang ni, banyak sangat perubahan yang berlaku kat tempat tinggal aku. Maka, aku rasa tak lama lagi, Senawang akan sesak macam Seremban, dan Seremban pula akan sesak macam KL.

Dan kesesakan itu, menyebabkan tempat-tempat baru harus dibuka supaya tidak sesak kepada satu tempat yang khusus sahaja, dan dipecahkan dan diagihka ke tempat penempatan yang berhampiran.

Punya laa bangga aku rasa, dekat-dekat rumah aku dah ada 2 stesen KTM Komuter yang dekat gila dengan rumah. Dekatnya tuh, takda laa sampai leh jalan kaki, (boleh tuh boleh, cuma bahaya sikit laa sebab nak lintas jalan, bahaya).

Sejarahnya aku dengan KTM Komuter ni, inilah transportation yang ada untuk aku pergi ke KL, Low Yatt dan Mid Valley, sebelum bertukar ke bas. Masa zaman matrik dan awal-awal first year dulu, rajin laa buat gathering, semuanya naik Komuter. Dan dulu, nak naik kena pergi kat stesen Seremban. Sekarang ? tidak lagi. Sebab dah ada Stesen Senawang dan Sungai Gadut. Wah. Wah. Bangga aku.


 Maklumat lanjut bolehlah ke laman web KTM Komuter

4 comments:

Unknown said...

baru oerasan jugak.dia dah sambungkan lagi jauh =)

Cik Para said...

...i bau je smpi sbn ptg tadi... bnyk yg dh lain.. =) org sbn ek?

mye said...

oOo.. org smban.. xtaw pn..
hehe..
mye dok paroi jek..huhu..
yup lps nie agknya dah da fly over lak..
huhu..

iPai said...

rozuan ~ wah tau juga ek ..

rockstar chan ~ wah, awak orang seremban juga ke ?? saya duk kat senawang

mye ~ wah paroi .. selalu lalu paroi nak masuk lekas .. dah lain kan kawasan sini ..