Kelas tusyen #3 Cikgu harus mempunyai kesabaran yang tinggi
SalamHari ini dah masuk hari keempat aku ajar adik aku. Aku dah banyak tahu apa kelemahan dia. Dan ada certain menda aku agak-agak ada cara nak counter benda tuh, ada sesetengahnya tidak. Contohnya, macam mana nak ajar Kemahiran hidup dan Geografi ? Kemahiran hidup banyaknya nak kena ada praktikal, baru laa elok kan. Aku pun, bukannya terer sangat bab bertukang ni. Kalau Geografi tuh, lagi harammm r. Form 3 dulu pun aku selalu je dapat C, tak tahu napa masa PMR leh dapat ok.
So berbalik kepada tajuk, cikgu ni memang kena ada banyak kesabaran. Ada laa juga dalam 4 hari ini, rasa geram sangat dengan adik aku. Sekali tuh, aku geram sebab dah ajar, lepas tuh dia punya tulisan kat kertas tuh, macam malas nak tulis. Lepas tuh kan, tulis meleret-leret. Ala-ala malas nak tulis. Haish. Dalam hati geram je. Nasib baik pendam je, dan tak hambur gitu je. (huhu. Kena cari berhikmah laa kononnya)
Ada sekali tuh lagi la, dah ajar tapi buat-buat tak reti. Haa, yang ni rasanya banyak cikgu pun menghadapi masalah yang sama. Dah ajar cara gitu gini, tapi tak paham juga. Tiba-tiba rasa lesu dan tak bermaya. Tak bersemangat banyaknya.
Jadi konklusinya, jadi cikgu ni kenalah banyak bersabar. Sangat-sangat banyak bersabar. Ni baru sorang. Kalau dapat satu kelas, dah pening lagi banyak. Lepas tuh, learning speed masing-masing lain plak. Kalau wat stail Universiti, konfirm tak pass budak-budak ni nanti. Mental cikgu ni memang kena kuat
Dan bagi aku, cikgu ni kena kreatif juga. Kalau satu cara ni tak dapat pahamkan budak, kena cari cara lain. Mungkin video ke, praktikal, atau pun wat demo.
Oh ye, nak tanya, cam ne nak ajar adik aku ni negative number. Selalu sangat dia wat silap laa. Aku ajar cara yang hutang dan bayar hutang, tapi tak pass. Korang ada idea tak ? Nak shikit.
Selamat Hari Guru
3 comments:
ipai..
me busy sekarg ni.. my part time job.. cikgu tuisyen kat pusat tuisyen pakcik..hak2.. masalah sama.. tp agak ok sebab me ajar addmath untuk kazen2.. so boleh la kan.. Btw, pasal number negative tu, suya pun ada masalah nak ajar anak-anak saudara.. haisyyy pening2~
wah2 ... sama2 laa kongsi tips k .. ni mesti bz betul ni ..
weh..mak ak cikgu geografi..
Post a Comment