Duit Duit .. Di mana kau duit ?
Salam ...Now, I'm officially broke. Both my Bank Islam and Tabung Haji Account are less then RM 20. Selain daripada itu, hutang-hutang orang lain kat aku ada, tapi tak ingat semua. Yang penting-penting saja yang aku ingat, yang lain-lain tak ingat. Harapnya yang berhutang tuh, jangan plak nak buat-buat lupa. Yang mana hutang penting tuh, boleh laa aku tuntut sekarang. Tapi segan juga nak minta, tak tahu kenapa. Maka, sesiapa yang berhutang, tolong lah tampilkan diri dah selesaikannya ye. Kalo nak suh aku minta macam AhLong pon boleh, tapi bagitahu awal-awal k.
Bila dah takde duit ni kan, baru aku paham cam ne pemikiran orang-orang yang tak senang duduk dengan masalah duit ni. Sampaikan mereka semua ini, pergi meminjam kat orang lain. Mula-mula nak pinjam kat sedara-mara. Bila tak dapat pinjam kawan-kawan. Tapi kalau kawan pun ada masalah kewangan, mulalah nak pinjam kat AhLong. Macam tuh laah pengaruh duit dalam hidup kita. Bila tak duit, mula la nak emosi, nak marah-marah. Haish, macam-macam lagi laa.
Jadi, dengan keadaan aku yang tak berduit ni, aku renungkanlah kembali macam mana la leh jadi macam. Kalau aku, beli laptop baru untuk ganti laptop rosak sem lepas, menyebabkan semua budgetku lari macam kudaku lari gagah berani. Memang gagah sampai, hilang semua duit.
Maka, kita jangan laa cepat gelabah dan bertindak mahu meminjam sana sini. Lebih baik bertenang, dan merangka strategi, apa silapnya dan lakukan perubahan. Bila aku renung dan fikir baik-baik, aku dapat rasakan macam mana laa orang susah hidup kat dunia ni. (dulu memang rasa juga, tapi lagi rasa kalau betul-betul takde duit). Bagaimana nilainya seposen itu.
Menabung itu amalan mulia. (Ntah mana-mana ntah aku petik). Tapi memang benar, kalau kita menabung, duit yang kita simpan boleh digunakan untuk masa kecemasan, macam laa sekarang ni. Tapi bila duit kecemasan pun habis, maka, sila laa dail *100# (Amaran:Pegguna talian Maxis sahaja dibenarkan), dan mohon laa SOS To up. Nanti dapatlah dua hengget ...
Nak tau strategi aku ?
Owh yeah .. Dalam teddy bear tuh ada seposen je tau.. dulu penah kira, ada RM20~ juga laa. yang susun-susun kat tepi tuh, duit breakfast pagi ni and maybe snack sket, sebab lapo sangat. Haa, yang belakang tuh, laptop penyebab lari budget.
Amacam, style x ?
Boleh masuk pertandingan 'Ini Style saya' nih.
7 comments:
masa nih laa boleh jual apa2 yg patut..psp kaa..kn2..lol
owh, naufal dah senget sebab takdak duit..kami pon bakal senget tak lama lagi..hahahha :D
d2z ~ waaa ... yg tuh tk sanggup ... harta pusaka tuh... nanti sunyi2, ade teman ... hahah ...
wani ~ sengetkan .. jalan pon dah senget .. uhuhuh
dulu mcm tu laa jgak rasa..tp skrg nk jual sbb x rmai membe ada psp. xle lawan2. bosan..nk jual nk cari teman baru. huahaha
betul juga tuh .. uhuh .. dah takde member ek .. wah nak cari member baru ... iPod kah ? uhuh ke dah ada iPod .. iPad kah ?
ipod ada dah. sama2 kita nntkan..lol tp bkn iPad lah..
wah ... ramai2, kita tunggu .. ngeh3 ..
Post a Comment