Kepada Bob a.k.a Farhan

December 14, 2010 iPai 5 Comments

Salam

Post kali ini kita semua akan membaca tentang seseorang yang dipanggil Bob atau nama penuhnya Muhammad Farhan Bin Abd Rahim. Nak tau sebab kenapa kita membaca tentang dia, kenala habiskan bacaan post ni dulu ye.






Aku sendiri tak boleh recall macam mana aku jumpa dia ni untuk kali pertamanya, tapi yang aku pasti di USM ni laa aku kenal dia. Tak macam universiti lain, batch yang ramai akan dipecah kelas yang lebih kecil, tapi di USM Kejuruteraan Kimia, kita akan berada dengan rakan kelas kita daripada 1st year sampai laa 4th year.

Jadi selama-lama 1st year dan 2nd year, aku tak penah rapat dengan dia dan aku pun takde cuba nak kenal lagi dekat, mungkin kerana masing-masing dengan hal masing-masing. Yang aku tahu, dia tinggal di KL, pelajar hayat dan sekarang amik kejuruteraan (senasib) dan suka bermain ragbi. (Kat dalam kelas kitorg ni, tak ramai yang main sukan, hanya beberapa orang saja). Kami pernah bersama dalam satu projek, Ekspo Pendidikan dan Kerjaya, EKSPEN 2008, dan pada masa itu pun tak banyak sangat bercakap.

Tapi bila dah 3rd  year, haluan takdir telah berubah kepada sesuatu yang lebih menarik. Bob lebih rapat kepada kami (rakan-rakan kelas lelaki) dan perubahan takdir ini membuatkan kami sekelas kenal Bob dengan lebih baik. Dan aku katakan yang aku tak pernah jumpa orang semacam dia. (Bob, jangan kembang ye)

Semua orang adalah stereotype dan Bob tidak steretype yang disangka. Kelakuan dia tak macam orang yang mempunyai badan yang besar seperti dia. Pemikiran dia, tak seperti yang aku kenal sebelum ini, yang mempunyai cara pemikiran yang simple dan percaya pada apa yang dia tahu. Seorang yang supportive, rendah diri dan seorang yang inginkan sesuatu dengan usaha yang gigih. Yang menariknya, dia merendah diri dan sangat jujur dengan kelemahannya. Aku pernah nampak cara dia berbual dengan wanita di dalam kelas, huuuhuh, cara berbual yang sweet, tapi bukan sweet yang nak menggoda tetapi sweet yang jujur dan ikhlas daripada hati. Sebab tu aku kate Bob ni lain. Minggu lepas, kami keluar beramai-ramai ke Batu Feringgi, seorang rakan yang baru mengenali Bob seharian mengatakan Bob seorang (aku tak ingat apa perkataan yang disebut, tapi aku pasti dengan cara dia cakap tuh macam Bob ni seorang yang) FUN. Owh yea, tambahan, Bob ni seorang yang pemalu dengan wanita yang dia baru kenal. hehehhe

Jadi kepada pembaca di luar sana, kalau ada yang single dan berminat nak kenal dengan Bob ni, bagitau saya eh, saya arrange kan.

Heheh ... takat itu sahaja yang terlintas di kepala, kalau ada lagi, nanti aku tambah. Haa, nak tau kenapa aku post pasal dia ? Sebenarnya, birthday dia 4th December ari tuh.






Jadi Selamat Hari Ulangtahun ke 22 buat Bob a.k.a Muhammad Farhan Bin Abd Rahim. Semoga anda panjang umur, murah rezeki dan dapat awek cepat yee. Moga dapat merealisasikan segala impian anda.

5 comments:

IR Chabal said...

hehe....sweet la ko nie pai......thanks a lot pai huhu....

Cik Pelangi said...

nak kenal! nak kenal! bleh?

iPai said...

Chabal ~ owh aku tak tau ko ada blog .. uuhuh

me ~ utk awak, kenal je laa .. tak yah arrange .. heheh

sweetpearl24 said...

waaaaahhhhh~~ bobi pemalu eyh...hik hik hik

tentang ayat ini:
[Jadi kepada pembaca di luar sana, kalau ada yang single dan berminat nak kenal dengan Bob ni, bagitau saya eh, saya arrange kan]

hai bobi...saye shingle..hahahhaha

ps-apala naufal ni...dia dah lama kot ada blog..

iPai said...

tu laa .. baru berkecimpung balik dalam dunia blog .. hehehe