Selamat Pengantin Baru buat Abg Dawos n Kak Syidah

December 19, 2010 iPai 0 Comments

Salam.

Saya ingin mengucapkan "Selamat pengantin baru!!!!" dan "Tahniah" kepada pasangan Ahmad Firdawos Fauzi dan Syahidatul Mazidah Ismail .

Source: Tuan punya kamera. Kak Hani yang upload.
Moga berbahagia ke anak cucu dan kekal hingga ke hujung nyawa. Amin.

Semalam, merupakan kenduri kahwin bagi pihak lelaki, di Sungai Besar, Sabak Bernam (Sori Kak Syidah, Abg Dawos, sebab tak dapat datang). Fuh, tema kuning, macam raja laa plak.

Abang Dawos ni merupakan housemate aku masa aku praktikal bulan kedua kat KLCC. Dan sangat-sangat terima kasih kepada dia, sebab kerana dia offer jadi haousemate tuh la, takde laa penat sangat hari-hari nak datang kerja. Sebab bulan pertama, aku duduk Putrajaya. Bayangkan je la, travel 1 jam, 3 tren hari-hari ke tempat kerja. Keluar rumah pukul 6.30 pagi. Bila dah duduk dengan abang Dawos, takde laa tergesa-gesa sangat sebab tumpang kereta dia je. Thank you abg Dawos.

Kak Syidah ni, antara orang terawal aku kenal masa aku kat praktikal. First time jumpa, dia sergah aku, macam nak marah gitu. Hahah. kak Syidah ni muslimah skit tapi ada rock2 skit. Nakal sikit, suka kacau orang. Dan terima kasih pada dia juga laa, sebab banyak bagi tunjuk ajar masa aku praktikal untuk memahami selok belok department.

Diorang berdua ni asalnya satu pejabat, dan dah tiga tahun duduk dalam ofis yang sama. Tapi masa aku praktikal minggu ketiga atau keempat, Abang Dawos ni kene transfer pergi Menara Citibank (Petronas sewa pejabat kat situ juga). Jadi selama mana aku kenal diorang berdua ni, tak pernah terlintas di hati aku yang diorang ni akan kawin, even aku teman diorang dinner 2 kali pun, macam biasa-biasa je. Haish. Sehebat-hebat aku yang dapat mengesan perasaan orang ni, tak dapat terkesan aku dengan diorang berdua ni. Tensen juga aku dibuatnya, sebab macam takde konspirasi langsung, macam kawan biasa je dan abang Dawos plak pandai buat-buat macam tak de sapa-sapa. Hahah.

Tapi Alhamdulillah, diorang kawin dah. Huhuhu. Ada peluang nanti, nak pergi jumpa diorang laa. Tahniah sekali lagi kepada abg Dawos n Kak Syidah !! Luv u all

0 comments: