Zaman sekolah tingkatan 4 dan tingkatan 5..
SalamWah, hari Sabtu dan hari Ahad. Sudah sekian lamanya, aku tak pernah rasa begitu lapang. Hahaha. Rasa nak gila pun ada juga, sebab lapang sangat. Tapi kena laa bersyukur sebab ada juga untuk masa berehat, kalau tak, mesti tengah drive kaa, tengah lari-lari ka, tengah sesat kaa atau pun tengah tahan mengantuk kat wayang. Haha.
Jadi godek punya godek kat internet, terjumpa Facebook Group aku yang baru dicipta. Group masa kat sekolah dulu, Sekolah Menengah Sains Seremban, SASER. Waduih, terkenang laa plak. Ramai yang kata, kat sekolah ni laa banyak pengalaman manis yang kita dapat. Pengalaman pahit pun, nanti kita cakap manis juga.
Memang macam-macam hal laa jadi kat sekolah ni. Dan aku rasa kalau aku tak masuk SASER ni, aku mesti tak sampai ke tahap sekarang ni. Tu laa indahnya, takdir. Kalau kita betul-betul menilai, gerenti punya laa, dia akan kata, apa yang terjadi pada dia tuh, adalah paling terbaik bagi diri dia.
Jadi, kat group diorang ni upload gambar-gambar zaman sekolah dulu dan tak silap aku laa, semua gambar-gambar ni aku yang tangkap dulu, pakai kamera filem. Bukan sebarang kamera tau, kamera filem betul-betul manual, yang kalau lepas tangkap gambar, kene scroll filem sendiri. Aku tangkap dan aku jual kat diorang, tak amik untung banyak pun untuk semua gambar-gambar tuh. Diorang ni scan gambar-gambar ni bawa masuk facebook.
Yang ni, setiap orang mesti buat masa zaman sekolah, amik 'kertas cecair' (cam ne laa kertas leh ada dalam bentuk cecair), dan conteng kat atas kerusi dan atas meja. Haa, yang dalam gambar ni, atas kerusi. Zeta tuh nama kelas kitorg dan kami adalah batch ketiga sekolah kami, sekolah baru tapi bangunan lama.
Yang ni nama-nama yang ada atas kerusi yang sempat masuk dalam kamera. Biawak, Pidos Salem, E-Pai (aku laa tuh), Dain, Epul dan Kamal. Biawak tuh adalah nama yang diberikan kepada kawan aku sebab dia pemain ragbi dan lari sangat laju. Kan biawak lari laju, kalau nak try, cuba kejar sekor. Laju waa cakap lu.
Yang ni gambar kelas masa trip pergi Port Dickson untuk belajar pasal spesis paya bakau. Terima kasih kepada cikgu-cikgu biologi yang bertungkus lumus nak bawa kami jalan-jalan pergi Port Dickson. Tengok semua skema je. Yang baju kelabu tuh, cikgu PJK dan juga warden dan juga cikgu paling popular selama aku 2 tahun kat sana (rasanya rekodnya memang tak penah turun pada tahun-tahun berikutnya), Cikgu Shahrul. Cikgu memang rock r !! (Cikgu ni kenal atuk aku dan dia satu kelas dengan mak su aku. Kecik betul dunia)
Gambar ni diambil selepas, menconteng bangku yang ada kat atas tadi tuh. Tapi kenapa semua tengah rilex je ek. Mana cikgu pergi.
Ok, yang ber'vest' gelap itu aku. Huhuh. Sapa-sapa yang pakai vest tuh, adalah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Time ni tengah nak amik kertas untuk note subjek apa ntah.
Yang ni plak gambar dalam makmal kimia. Tengah buat antara experiment terawal masa tingkatan 4. Experiment nak cari suhu untuk pemejalwapan bagi naphtalena. Antara subjek yang paling aku suka kat SASER, sebab kimia tuh seronok dan cikgu yang ajar pun bagus.
Nak tau betapa bagusnya cikgu ni, kelas pertama kimia kitorg, kitorang diberi masa satu hari untuk menghafal 20 nombor-nombor ion yang akan berlajar dalam tingkatan 5 dan tingkatan 4, contoh ion sulfat (SO4) ionnya -2. Dan subjek kimia merupakan subjek Top 5 daripada 10 subjek lain yang ramai pelajar dapat A1.
Huhuh, memang macam-macam. Kepada pembaca yang mungkin ada adik-adik yang masih bersekolah, nasihatlah mereka supaya jangan sia-siakan zaman persekolahan mereka dengan gejala tidak elok.
Majulah Sekolah Untuk Negara
2 comments:
suka sangat zaman sekolah
yup2 .. zaman innocent .. haha
Post a Comment