Pak Su Ikan Bawal Goreng !!

December 14, 2010 iPai 0 Comments

Salam ...

Yaa .. hari ni nak berkongsi tempat makan best yang ada kat Parit Buntar... Kalo mai Parit Buntar mesti kena try datang sini. Pak Su Ikan Bawal Goreng.





Apa yang best kat sini ? Of course laa Ikan bawal goreng panasnya dan juga ada Sup gear box. Ok, aku tak penah nak try sup gear box tuh, tapi ikan bawal goreng ni memang best. Depa ni jual dalam set. Set ikan bawal tuh anda akan dapat nasi putih, ulaman, kari dan sambal belacan. Sedap woo.. meleleh air liur ... Selain set ikan bawal tuh, ada set ayam goreng, set ikan keli dan juga set ayam kampung. Terdapat juga set Nasi Ayam dan set makanan yang saya tak berapa pasti. uhuhu

Wuish, bukan itu saja, anda boleh memesan gelas air buah yang besar punya. Saiz Giant. (Sori tak de sample gambar le). Tapi ada laa gambar set ikan bawal ni utk korang tengok dan lap air liur korang.

Bagi yang bermiat nak cari, sila tengok google maps dan lihat di sekitar Hospital Parit Buntar. Ataupun sila ke facebook Pak SU Ikan Bawal Goreng ini untuk keterangan lanjut.

0 comments: