Kelas tusyen #1 Bermulanya kelas tusyen

May 09, 2011 iPai 4 Comments

Salam

Baru sampai rumah daripada USM. bayangkan pukul 10.30 pagi daripada ibong Tebal, 2.50 petang dah sampai umah. Amacam ? Laju tak aku bawa ? Hahah. Stret tak berenti. Kalau berenti pun, isi minyak je. Sampai rumah je, terus panggil adik aku paling last, untuk start kelas tusyen. Huhuu

Dalam post sebelum ni aku ada cerita pasal menjadi cikgu tusyen untuk adik aku kan ? Haa, ni laa dia, gambar dia tengah kusyuk study.. Aku bukan mengajar r .. aku lebih kepada tutor .. menyuruh apa yang nak dibuat dan memberi tunjuk ajar kepada benda-benda yang dia tak tahu ..

Setakat ni, takda jadual yang tetap cuma kitorang dah set time, time bila yang dia kena fokus kat belajar. Aku berharap ini dapat membantu untuk dia paham, apa benda yang nak dibuat untuk belajar. Yela, dulu masa zaman aku, benda paling kuat nak menganggu aku study adalah internet dengan PSone. Yang dia ni, semua benda ada, PS2 la, PSP la, gitar lagi, keyboard lagi, internet lagi. Mana nak study ye. Uhuuh/ Harapnya usaha ini dapat mengubah impian menjadi realiti (wah Akademi Fantasiano)

Jadual waktu .. Nampak tak yang petak-petak merah macam ala-ala nak bulat tuh. Haa, tu kelas tusyen aku. Satu hari 5 jam ok. Biar lebam kepala aku dengan adik aku sekali. hahah

4 comments:

d2z said...

Abg dia pandai mmg best aa..hehe

sweetpearl24 said...

kelas muzik pon ade!
nk join..men gitar, hehe

Nisa Salleh said...

baiknya abang dia....abang mithali la ni....hehehe

iPai said...

d2z ~ kita dah lepas boleh laa kata senang kan ?

wani ~ eh yg tuh bukan saya ajar .. haha

nisa ~ nak jadi adik saya tak ? ngeh2 ..