Tontonan umum: Hantu Kak Limah Balik Rumah .

December 21, 2010 iPai 2 Comments

Salam ..

Semalam, tibe-tibe datang gila sekejap, semua member school pergi tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mula ditayangkan arahan Mamat Khalid.
Source: murai.com

Asalnya, memang tak tengok sangat cerita-cerita begini sebab terasa sangat nak guna duit yang berharga. Tapi selepas menerima feedback bagus daripada rakan-rakan yang dipercayai (siap nak tengok 2x) , kami seschool pergi la tengok malam semalam.

Jadi pada padangan aku, aku rasa kualiti keseluruhan, aku rasa bawah sket je dari average. 2 1/4 Bintang.
Antara yang aku nak highlight adalah
  • Teknik kamera yang sangat bagus daripada filem yang lepas. Banyak cara teknik kamera shot yg lain dan kretif. (aku takde laa belajar pasal teknik kamera-kamera ni tapi, aku dapat mengesan penambahbaikan dalam filem ini). Sangat suka teknik kamera lari lintang pukang
  • Elemen seram yang sangat bagus. Bila part cite seram tuh, tiba-tiba rasa cam tengok cite seram dan bukan cite kelakar. So, elemen seram yang ditonjolkan sangat-sangat berkesan.
  • Kesan effect bunyi bertambah baik daripada yang lepas, cuma ada rasa cam missing something sana-sini.
  • Ada part yang merapu yang terlalu panjang sampai mula rasa bosan. Part Awie nyanyi dengan band zombie.
  • Plot cerita still ada merapu yang takde fungi. Kalau cerita merapu yang bagus, setiap merapu yang dikeluarkan ada fungsi dalam plot cerita. (Memberi impak besar kat bintang yang aku bagi tu)
  • Tak banyak benda yang masuk akal contoh part ada pembangunan kat kampung tuh. Tetiba je. Sebab kebanyakan yang tak masuk akal, ada diexplain dalam minit berikutnya.
  • Elemen kelakar, yang ni memang superb. Gelak laa puas-puas.
Maka itu saja, review yang saya ingin ketengahkan. Bagi sesiapa yang nak tengok, bolehlah pergi tengok untuk menyokong industri perfileman Malaysia. Bagi aku the best karya Mamat Khalid yang aku penah tengok laa.

Tahniah Mamat Khalid !!! Teruskan usaha anda !!!

2 comments:

2 suku bintang?kejam gile..hahahaha..
thanx for d review..ak mmg xtgk cite seram la..

iPai said...

yup ... sebab kalo average 3 bintang .. best 4 bintang .. n best gile2 5 bintang ..

dah tgk ke ?