Ekspedisi Cameron Highland (22 jam) - Part 1

April 19, 2011 iPai 4 Comments

Salam

Post ini dihupdate sedikit demi sedikit. Huhuhu. Kalau tak moh baca yang ini, boleh baca kat Wani.

Opz, tajuk salah ke ? Post sebelum ni kata 20 jam, ni 22 jam pulak. Heheh. Seharian tak tidur tuh yang otak jadi mengong tuh. Hee, panjang nak cerita ni, jadi kena ubah ikut timeline. Kalau tak melalut laa aku cerita nanti.

Sebelum kita pergi jauh pasal cerita timeline ni, aku cuma nak bagitahu, sebab kenapa trip ini dibuat. Trip ini diadakan bagi meraikan hari birthday Cik Nurulain yang sudah masuk 23 tahun. Dah tua dah. Dan trip ini juga diadakan kerana sudah habis segala viva di school Chemical Engineering, USM bagi batch kami ini. Maka, 2 geng kereta telah dibentuk dan bergerak ke Cameron Highland untuk melihat matahari terbit dan matahari terbenam !!!! Wargh !!!!


Friday, 15 April 2011

1.30 pagi
Aku baru bangun daripada tidur selama 1 jam 30 minit. Tengok telefon, tiada miss call tetapi ada message. Bila dilihat, message Cik Wani yang sedang mengejutkan aku bangun dari tidur. "Aik, anta message je, cam ne nak bangun macam ni". Selepas ngadu kat Wani pasal sudah lewat 30 minit, aku pun pergi ke Bilik Bob dan kejutkan dia sampai bangun. 2 kali juga laa nak gerak dia.

2.00 pagi
Panaskan enjin. Geng wanita sudah bersedia di perkarangan blok. Aku menunggu Bob turun daripada blok

2.30 pagi
Semua anggota unit sudah berkumpul di Blok 3. Sedang mengemas bonet serta semakan kereta kali terakhir. Saufi tolong aku menyapu bahan kimia untuk membantu cermin membilas air sebagai persediaan hari hujan.

2.45 pagi
Baru keluar daripada school bahan, selepas Cik Ain menghantar sesuatu kepada bilik yang aku tak pasti. Kami bergerak terus ke tol Bandar Bharu.

3.45 pagi
Sampai di Perhentian Sungai Perak. Berehat ? Minum pagi ? Bergelak ketawa yang menimbulkan kekecohan di RnR tersebut. Dan kami mula bergerak semula pada pukul 4 pagi ke persimpangan Simpang Pulai

4.30 pagi
Sampai di Stesen Minyak Petronas di jalan sebelum naik ke Cameron Highland. Aku mengisi minyak. Semua bersiap untuk bergerak ke Cameron Highland pada pukul 4.45 pagi.

6.00 pagi
Sampai di Masjid di area Brinchang. Semua yang sampai mengambil baju tebal dan bergerak ke arah masjid untuk ke tandas dan membuat persiapan solat Subuh.

7.00 pagi
Berada di perkarangan Equitorial Hotel. Setelah berpusing-pusing mencari port untuk menunggu matahari terbit.
Tapi malangnya, matahari tak timbui-timbui. Ini mungkin kerana keadaan musim hujan yang menyebabkan lindungan matahari oleh awanan hujan. Bukan rezeki kami laa tuh

8.00 pagi
Bergeraklah kami mencari alas perut. Medan selera di Brinchang menjadi sasaran kami. Kata Saufi, 'Makanannya boleh tahan'. Tahan atau tidak tahan, badan sudah sejuk, maka disapu jua.

9.00 pagi
Pengembaraan diteruskan dengan perjalanan ke Bharat Tea Farm. Tak minum teh, tapi duk photoshoot saja.
Tapi sebelum sesi photoshoot bermula, celebration besday Ain sekejap. Simple je, janji ikhlas kan.
Dengan Strawberry Cheese Cake

Dan maka, sesi photoshoot pun bermula 


10.00 pagi
Lepas tuh bergeraklah kami ke Bee Farm. Mencari produk-produk madu dan lebah. Siapa-siapa yang berminat nak cari tempat prewedding, haa, meh laa datang ke sini ye.


11.00 pagi
Lepas tuh, singgahlah kami ke satu tempat yang sudah mati kedainya. Terdapat satu air tejun yang kecil sesuai untuk gambarku di atas itu. Maka selepas itu, bersiaplah kami ke masjid untuk solat Jumaat.

Bersambung...

4 comments:

Unknown said...

wah!bestnye,,huhu..Cameron..tak pernah pergi sana

sweetpearl24 said...

wow! gambaq bob kat bee farm tu sangat stail, hahahhahah

iPai said...

Rozuan ~ anda kena pergi sana .. nanti pg laa

Wani ~ hee, nampak kurus ek ..

cinda said...

wah bestnyerr...salam perkenalan...singgah dr blog abg ben...i dah folow u...meh jengah n folow me back