Other Inbox Application untuk Yahoo Mail dan GMail
Salam
Hari ni nak kongsi sikit pasal satu application yang ada kat Yahoo Mail dan GMail. Tak tahu kalau boleh guna kat platform e-mail yang lain, tapi yang pastinya dua-dua ni boleh dan aku sendiri mencuba untuk Yahoo Mail. Terima kasih kepada Cik Ain, kawan saya yang menunjukkan pasal Application ni dan saya explore sendiri untuk tujukkan di post ini.
Application Other Inbox ini adalah applikasi yang boleh dibuat di dalam e-mail anda untuk mengatasi masalah mengagihkan e-mail yang penting dengan yang kurang penting. Contoh yang selalu berlaku sekarang ini adalah, jika yang join Group kat Facebook, mesti inbox korang penuh dengan notification e-mail yang datang dari Group tu. Sampai korang tak nampak e-mail penting yang perlu korang baca.
Jadi untuk menyelesaikan masalah itu, aktifkan Other Inbox.
Kat sini korang leh tengok, bila korang activatekan Other Inbox tuh, korang hanya perlu assign folder 'OIB' untuk capture e-mail penting/xpenting korang.
Contoh yang aku buat kat atas ni adalah OIB untuk Social Network aku. Kiranya, e-mail untuk Facebook, Friendster (Kalau ada), dan mostly group Facebook, aku assign untuk capture masuk dalam folder ni.
Korang boleh buat folder lain ikut kreativiti korang.
Contoh lain yang ada kat dalam gambar atas tuh adalah OIB Jobstreet. Haa, semua offer keja daripada Jobstreet leh cek kat dalam tuh saja. So korang takyah nak skrol banyak-banyak kat Inbox biasa korang.
Cara nak activate senang je. Cari butang Application (untuk Yahoo Mail) di bawah Tab Folder. Dan double klik je kat situ, yang dibulatkan merah itu.
Bila dah double klik, klik activate sampai laa dapat kat screen ni.
Macam mana kalau, Automatic Organizer takde dalam senarai pilihan application. Jangan nanges k. Ikut je seperti gambar rajah di bawah.
Kat butang application tuh ada simbol tambah. Ha, klik aja kat situ.
Bila dah klik, akan ada senarai application yang lain, dan cuma aktifkan application tuh. Lepas dah aktifkan, follow je step yang ada kat atas tadi.
Kat laman web Other Inbox ni akan ajar korang cam ne nak guna applicatio ni. Jadi jangan risau k. Ikut je. Senang paham. Dan mungkin anda kena bersabar sikit, sebab pada permulaanya memang tak ok. Dah lama guna baru ok.
Sebab, application ni tak leh bertindak terus untuk mengagihkan e-mail anda automatik. Tapi korang kena bagitahu kat applikasi tuh, (contohnya) e-mail yang datang dari Facebook, sila masukkan ke dalam 'OIB Social Networking'. Haa, lepas tuh, e-mail yang masuk selepas tuh akan masuk ke OIB tersebut.
Bila orang kat group naik gila, jadilaa penuh inbox macam ni;
Hahah. 800+ .. Kalau kat inbox biasa, dah lebam nak asingkan.
Bila dah masuk siap-siap kat dalam folder tuh, bila rasa cam dah semak sangat. Klik 'tick all' dan lepas tuh 'Delete'. Dan ia akan delete semua e-mel dalam folder tuh. Haa, kan senang hidup den macam tuh.
Oh yea, kalau ada apa-apa problem, pergi je kat teknikal support dia dan bagitahu masalah kat dia. Dia akan tolong secepat mungkin.
Selamat mencuba
5 comments:
Post a Comment