Nuffnang ads

Jiran Terbaik ♥ S U T E R A K A S I H ♥

Thursday, September 22, 2011

Bab 6 Lelaki seperti 'Gelung Getah' | Men are from Mars, Women are from Venus

Salam

*Lama dah tak sambung pasal ni. Macam tak sempat khatamkan je. Baca jauh dah, tapi tulis kat dalam blog je sikit. Hee.


Idea asal adalah daripada Men are from Mars, Women are from Venus, John Gray

Dalam bab ni, perempuan akan tahu bahawa lelaki mempunyai 'rentak kesayangan' dia, di mana seseorang lelaki ada fasa menjauhkan/mengasingkan diri daripada orang yang dia sayang kemudiannya dia akan sayang.


Sebab itu, lelaki diibaratkan seperti gelung getah. Apabila ia ditarik, maksudnya lelaki tersebut semakin menjauhi daripada kekasih dia, tetapi bila gelung getah itu dilepaskan, ia akan kembali kepada asal seperti juga seseorang lelaki itu kembali memadu kasihnya. Semakin jauh kita tarik gelung getah, semakin kuat sakit latunan getah mengenai tangan kita, dan seperti itulah kekuatan kasih sayang lelaki bila ia kembali berdasarkan betapa jauhnya dia pada fasa sebelum itu.


Lelaki menyendiri dan mengasingkan diri adalah kerana memang sifat berdikarinya. Lelaki ingin merasai yang dia boleh melakukan sesuatu dengan usaha dia sendiri. Dan apabila ia tercapai, dia bermula fasa keperluan perhatian daripada pihak kekasihnya. Jadi, wanita jangan sesekali salah anggap kalau korang jumpa fasa lelaki macam ni dan beranggapan yang lelaki seperti ini tak sayangkan korang. Ini merupakan keperluan lelaki. 


Bila wanita beri peluang sebaiknya kepada lelaki, lelaki sendiri akan sedar mengenai fasa ini dan akan berubah mengikut rentak wanita. Tempoh masa adalah berbeza mengikut pasangan. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Di mana, pada saat itu nanti, lelaki itu sendiri akan pandai menyusun masa keperluannya dengan masa yang hendak digunakan bersama kekasihnya. 




Olahan aku sendiri selepas membaca Men are from Mars, Women are from Venus.
Kredit kepada John Gray

11 ngomelan:

alif haris said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

boleh jadi pakar motivasi ni ipai hehe :)

Hanie_Dew said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

begitu ke. oo..maknanya tak bole nak demand selalu nak jumpe nanti lelaki cepat bosan.

pompuan kene cool. kalau lama tak umpe lek je. nanti lelaki sendiri akan terasa kan.

hira said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hari tu dah usya tapi tak terbeli. huhu. mahal :p

Anif Abdullah| AA said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak jadi gelung getah yang berkualiti ah cmni..huhu..

Aemy Shamy said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rubber band...hmmm that's a great metaphor...nice! :D

[sutera kasih] said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yeke camtu ipai?hmmm
jadi silap sy ka ya ? :(



tetibe rindu dia..huhu *terjiwang*

Iz.Eusof (Abg Stalker) said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

prmpn seperti gula getah..hbs gula,getah dibuang.kita jgn la bt mcm tu plk..

abglan said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Janji dua-dua bergetah...

siti kektus said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

anda di tag, tp tak tau lah sempat join ke tak, sebab 12 tga ari ni dah tutup. ;)

http://sitikektus.blogspot.com/2011/09/jom-menonton-filem-libas-by-mak-dara.html

siti kektus said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

owh. itu sebabnya. baru ku tahu.

sesekali kite kena biarkan dia dengan cara dia lah kan. ;)

Jue said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku tlalu cool smpi bf aku tensen aku x mintak tolong dia hahaha

oh ni la entry yg Hanie ckp tuu

close button
ShoutMix chat widget