Kuala Lumpur - Bahrain - Dammam
SalamMalaysia: 10.46 AM
Jubail: 5.46 AM (Dah Syuruk)
Gulf Air di Bahrain
Perjalanan aku ke Jubail adalah melalui Gulf Air dari Kuala Lumpur ke Dammam dan transit di Bahrain selama 4 jam. Perjalanan selama 7 jam tidak begitu penat sebab layanan Gulf Air ni sebaik MAS di Malaysia. Dalam kapal terbang yang sama tersempak juga dengan student Malaysia yang nak ke Mesir untuk Medic.
McD kat Bahrain
Di Bahrain, aku sangat terkejut yang mata wang Bahrain Dinnar (BD) adalah lebih tinggi daripada US Dollar. Aku ternampak handphone nokia X1 yang di Malaysia harganya RM 150 dan di Bahrain BD 15 sahaja.
Dammam waktu malam
Sampai sahaja di Dammam, Saudi Arabia aku dikejutkan dengan senario perangai pegawai imigresen yang sangat teruk dengan etika kerja. Yang aku perhatikan dan diberitahu oleh orang sini, orang Saudi Arabia sangat tidak menyukai bangsa asing, sama seperti kita, orang Malaysia tidak beberapa gemar dengan bangsa asing. Sambil-sambil pegawai ni cek passport, mereka melambatkan kerja mereka dengan berborak dengan rakan-rakan, melayan telefon dengan nak main sms dan pergi berehat di kawasan bilik.
Aku dan kawan aku tersekat dalam barisan beratur, bediri tegak selama 8 jam. Kami sampai pukul 6 petang waktu tempatan dan keluar dari kawasan imigresen pukul 2.30 pagi. Pengalaman yang paling dasat untuk aku dan daripada staf syarikat aku.
Tips berada di sini, ringankan memberi salam kepada orang arab. Kerana pada orang arab mereka amat suka bila dapat tahu kita daripada Malaysia (kiranya boleh jadi double standard antara orang Malaysia dengan bangsa yang lain). Seperti bangganya mereka bila dapat kenalan daripada Malaysia. Tetapi kalau untuk 1st impression mereka anggap kita seperti orang Nepal yang lain.
P/S:
- Masih menyusun jadual aktiviti dan waktu tidur.
- Hari ni Jumaat, hari cuti !!
- Terima kasih kepada Cik Atirah atas hadiah pilihan kek harijadi yang aku buat hari tuh. Doodle ni lawa !!!
Thank you Athirah !!!
29 comments:
Post a Comment